Link unit

Thursday, January 28, 2010

CARA TAMBAH PELANGGAN & KEUNTUNGAN

==========================================

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah, untuk hari ini, mari kita mengulangkaji sedikit perkara asas untuk menambah pelanggan bagi produk ataupun servis anda .

1. Jaminan/Guarantee
Memberi jaminan adalah antara cara paling berkesan meningkatkan kepercayaan orang ramai mendapatkan sesuatu produk. Bakal pelanggan mempunyai pemikiran bahawa produk anda semestinya terbaik, berkesan, bermutu, tidak merugikan pelaburan mereka dan ikhlas. Bagi pihak anda pula, memberikan jaminan dapat menyakinkan pelanggan dengan kualiti produk anda disamping dapat membantu orang ramai dan memastikan pembelian pelanggan adalah berbaloi. Jadi, berikan jaminan bagi produk anda mulai sekarang sekiranya anda belum mencuba kaedah ini.

2. Teaser
Ingat tak semasa file tranformers dulu, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja teaser ditayangkan di TV. Masa tu, saya sudah berpuluh-puluh kali melihat teaser tranformers di Youtube, dan sangat teruja menantikan tayangannya. Mengapa teaser digunakan? Kerana ianya bertujuan untuk mengusik psikologi anda . Menimbulkan perasaan ingin tahu dan minat dalam diri seseorang. Jadi, terbukti disini, teaser memainkan peranan sangat besar dalam menarik pelanggan. Cumanya, adakah teaser tersebut benar-benar seperti yang diinginkan atau sekadar ingin mencari untung tapi tiada kualiti. Kalau anda perasan, telah ramai IM tempatan menggunakan teknik ini bagi menarik pembeli produk mereka. Ianya sangat-sangat berkesan.

3. Testimonial
Kalau laman web jualan anda tiada testimonial, anda sudah membuatkan bakal pelanggan merasa kurang 'bernafsu' untuk membeli. Ya, anda memang boleh mengangkat bakul sendiri dengan mengatakan produk anda lah yang terbaik, berkesan dan seumpama dengannya, tetapi adalah lebih elok ataupun memberi kesan yang efektif adalah dengan memberikan testimonial daripada pelanggan anda untuk disiarkan kepada bakal pelanggan. Ini menunjukkan orang lain telah pun memiliki/menggunakan produk/perkhidmatan anda dan mereka sudah pun menerima manfaatnya. Ini akan memudahkan anda membuat jualan! Hubungi 2-3 orang pelanggan dan nyatakan bahawa anda inginkan testimonial daripada mereka, sebagai alasannya, anda akan siarkan laman web mereka di laman utama produk/servis anda , sekaligus mempromosikan secara percuma nama mereka :)

4. Kupon Diskaun
Saya ada lakukan kaedah kupon ini, dan sememangnya, ianya sangat berkesan. Anda boleh berikan kupon diskaun ini samada sebelum atau selepas jualan pertama. Terpulang kepada kreativiti anda. Bagi saya, sekarang saya memberikan diskaun sebelum mereka mendapatkan servis saya. Bila anda memberikan kupon diskaun, anda sudah pun berjaya membuatkan bakal pelanggan selangkah mendapatkan produk/perkhidmatan yang anda tawarkan.

Banyak lagi cara menambah pelanggan dan apa yang saya kongsikan ini adalah sebahagiannya sahaja.

Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada anda .

Salah usahawan,
Mazlie Nadzri

TEKNIK HEBAT - TRAFIK PERCUMA

==========================================

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya doakan semoga anda senantiasa sihat dan ceria selalu di samping orang yang disayangi.Nampaknya saya semakin energetic di bulan2 terakhir tahun 2009 ini dengan pelbagai project business. Namun dengan masa yang ada ini saya ingin kongsikan satu part mudah SEO optimization supaya kita mendapat limpahan trafik dan visitor yang berpotensi utk memberi pulangan kepada web atau blog kita.

Bagaimanakah cara mudah untuk dapatkan trafik web percuma dan banyak?

Sebagai seorang blogger mahupun IM atau webmaster kita perlu peka dan responsif terhadap trend semasa di sesuatu tempat. Misalnya di Malaysia keyword yang popular sejak 23 oktober 2009 adalah berkaitan dgn Bajet 2010.Sekiranya anda peka sudah tentu anda akan buat satu artikel mengenainya dalam blog dan digg them up then socialize it.

Blog anda perlulah SEO-friendly, kene guna digg.com untuk submit artikel mengikut tajuk yang jelas dan popular dalam search engines. Kemudian socialize it dalam social bookmarking site atau social networking site.Semua ini percuma. Tapi impak yang akan diterima nanti cukup mengagumkan. Teknik percuma sepatutnya digunakan secara aktif serta bagus utk long term. Saya gunakan teknik percuma ini untuk dapatkan traffic yang berterusan.

Ini kerana search engines akan menyenaraikan artikel blog kita di dalam result page pertama seterusnya memberi limpahan traffic & visitor yang cukup berpotensi.Namun ada banyak lagi perkara yang mesti diketahui mengenai misteri & mitos search engines ini jika mahu dapatkan free traffic dengan mudah. Anda boleh download ebook percuma 12 SEO Myths dalam format PDF yang telah saya sediakan istimewa khususnya utk subscriber saya.

Apabila kita menguasai teknik SEO saya rasa tidak perlu bimbang lagi utk mencipta traffic percuma. Mentor saya amat tekankan teknik SEO berbanding PPC.Ini kerana SEO lebih bagus utk long-term berbanding PPC yang berbayar dan short-term sahaja bila tiada bajet yang mencukupi. Saya kini boleh menarik nafas lega apabila 5 jenis blogspot saya mendapat ranking pertama Google SERP dengan keyword-keyword yang popular.

Dalam keadaan ekonomi gawat pun still sales tetap masuk kerana limpahan traffic yang percuma hebat ini. Jika nak tau lebih lanjut teknik SEO ini boleh lihat artikel saya berkaitan SEO tips di web Rahsiaebiz.

Selamat membaca & mempraktiknya.

Setakat ini dulu dari saya, bertemu kita
di lain masa kelak.

Terima kasih ! :)

wassalam @ peace

Salam sukses,
Mohd Nuur Fahmy aka Code7
Admin rahsiaebiz.com

TUTORIAL BUAT DUIT PERCUMA #1

==========================================

Salam hormat.

Seperti yang pernah janjikan sebelum ini,saya pernah memberitahu anda untuk memberikan tutorial percuma mengenai cara mendapatkan income melalui internet.

Baik, apa-apa pun, sebelum tambah duit, pastikan takde duit bocor. Saya ada bincangkan isu ini di http://rajakamil.biz/2009/08/08/bisnes-oh-bisnes/

Baik, sekarang saya beritahu anda, apa yang diperlukan oleh seorang internet marketer.

1. Blog
2. Produk
3. Autoresponder
4. Iklan

Semua perkara di atas memerlukan duit. Tapi, saya nak beritahu anda satu rahsia, saya dulu bermula tanpa ada duit.

Serius.
Saya dapatkan semua tools di atas dengan menggunakan duit yang saya dapat dengan ...........kita bincang di bawah.

Ok, caranya ialah, jual barang-barang yang tidak perlu.

Pada waktu itu, tahun 2005, saya telah menjual sebuah handphone saya yang rosak di www.lelong.com.my

Duit daripada situ, saya jana lagi duit-duit lain. Istilah buat duit dengan duit, memang saya pegang dan pastikan segalanya ikut perancangan. Tapi, semuanya perlu ada duit. Masa tu pun, saya memang takde duit. Apa yang saya ada adalah pelbagai barang-barang yang sepatutnya dulu saya tak beli.

Guna sekali sekala je lepas tu terus campak belakang stor dan bawah katil.

Barang-barang tu
1. saya kasi bersih
2. saya tangkap gambar cantik-cantik guna kamera Abdullah bin Abd. Latif (jiran saya)
3. Saya iklankan di www.lelong.com.my

dan ka ching......... (bayangkan bunyi mesin duit kat kaunter pembayaran)

Hehe. Kisah tu, saya ada ceritakan dalam ebook percuma saya sebelum ini.

Baik. itu tahun 2005. Sekarang tahun 2009, lelong pun dah susah nak daftar. Kena bayar RM20 kalau nak iklankan barang-barang kita di sana.

Apa yang bestnya sekarang ialah, sekarang ini kita ada www.mudah.my .

Tak perlu daftar pun.
Saya ceritakan langkah-langkahnya ye.

1. Pergi ke www.mudah.my
2. pilih negeri tempat kita/barang nak jual berada
3. Klik pada 'post new ad' atau yang seumpama dengannya
4. Tuliskan iklan anda dan klik submit.
5. Dalam tempoh 2 jam, kalau semua ok, iklan anda akan disahkan
6. Jangan lupa masukkan no hp anda dalam iklan tu, jangan risau takde nye orang nak ngorat anda ^_^

Ok, jadi itu sahaja dalam tutorial #1 ni. Dapatkan duit modal terlebih dahulu.

Dalam tutorial seterusnya saya akan beritahu bagaimana cara yang betul untuk kita guna duit tadi untuk menjana lebih banyak duit di internet ini.

Oh ya, produk terbaru saya, Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my dapat membantu anda menghasilkan jualan dengan SANGAT PANTAS di mudah.my

Anda boleh dapatkan maklumat DI SINI

Harga produk ini sekarang ialah RM50. Dalam masa terdekat akan dinaikkan ke RM70

Sedikit info mengenai produk, selain menjadi produk anda 99.99% terjual di mudah.my, dalam panduan itu juga, saya ada ceritakan 5 cara bagaimana nak buat tambah pendapatan walaupun kita punya barang habis dijual.....

Akhir kata, saya berharap agar tutorial ini dapat menjadi titik tolak buat anda untuk menjana pendapatan daripada online.

Nasihat saya, pakai apa yang perlu pakai.Kalau pakai hp mahal-mahal sekadar kemewahan, mungkin kita berkorban sedikit dulu. Konsep saya,pakai hp/kereta/laptop murah-murah sekrang untuk pakai hp/kereta/laptop yang lebih mewah akan datang.

Yang Benar;
RK
www.rajakamil.biz

SUAMI BOROI TANDA BAHAGIA !!!

===========================================





Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel menarik yang bertajuk "Suami Boroi Tanda Bahagia". Selamat membaca.

------------------------------------------
Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita.. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.

Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah.. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Sekian untuk kali ini, semoga bertemu lagi di lain masa.

Yang Benar,

Mohd Suhaimy a.k.a shuth
www.maskahwin.com

TEMPAT TINGGAL SELEPAS BERNIKAH BHG II

===========================================

Assalammualaikum..

Bertemu lagi kita untuk sambungan seterusnya....

Semalam saya ada bagitau anda tentang dilemma saya memasuki rumah baru selepas berkahwin. Dengan bajet yang agak terhad, saya perlu bijak merancang, peralatan apakah yang perlu di beli terlebih dahulu dan ruang manakah yang perlu dilengkapkan terlebih dahulu.

Hari ini... saya akan bagikan jawapannya.

Pertama sekali, apa yang perlu kita fahami ialah, setiap orang mempunyai tahap keselesaan, cara pemikiran serta persekitaran hidup yang berbeza-beza. Oleh itu, sudah pastinya, jawapan bagi soalan yang berbentuk "pendapat" seperti ini akan mempunyai jawapan yang berbeza-beza. Tiada jawapan yang salah atau betul bagi soalan seperti ini.

Bagi sesetengah orang.. menikmati masakan si isteri itu adalah perkara yang sangat penting dan mampu memberikan kebahagian. Bagi sesetengah orang yang lain pula.. suasana duduk berdua-duaan sambil menonton rancangan TV kesukaan adalah lebih menyeronokan.

Tapi.. bagi saya... suasana berdua-duaan di atas katil yang empuk dengan suasana lampu yang malap itu, adalah suasana yang lebih menyeronokkan dan membahagiakan... ho! ho! ho!.. maaf, jika saya membuatkan diri anda berasa lebih ghairah dan tidak sabar-sabar untuk berkahwin.

Sekarang, baru saya tahu, mengapa ibu-bapa saya dahulu, sibuk menyuruh anak-anak mereka (termasuk saya) yang ingin mendirikan rumahtangga, membeli set bilik tidur sempena perkahwinan mereka. Rupa-rupanya, disitulah bermulanya rahsia kebahagian & kenikmatan hidup berumahtangga. :)

Namun begitu, seperti yang saya nyatakan diatas, setiap orang mempunyai pandangan serta bajet yang berbeza-beza. Adalah baik juga, jika anda dapat melengkapkan kesemua ruangan rumah anda dengan perkara-perkara yang asas seperti, hanya tilam di bilik, hanya TV diruang tamu, dapur & tong gas di dapur dan sebagainya. Apa-apa pun, bijaklah berbelanja & rancanglah bajet anda dengan teliti. Kehidupan rumahtangga anda baru sahaja bermula, masih banyak lagi masa dan cabaran yang perlu di hadapi.

Oklah! Sampai disini sahajalah dulu kali ini. Kepada anda yang sudah mempunyai kekasih hati itu.. jangan tunggu lama-lama. Ajaklah si dia berkahwin... seronok woo kahwin...!

Semoga bertemu lagi di lain kali. Bye.. wassalam

Mohd Suhaimy Abu Bakar
www.maskahwin.com

TEMPAT TINGGAL SELEPAS BERNIKAH

==========================================

Assalammualaikum....

Hari ini saya ingin bercerita tentang pengalaman saya.

Dulu, selepas saya bertunang dengan bakal isteri saya. Saya sudah mula membayangkan tempat tinggal (rumah) yang akan kami diami sebagai suami isteri kelak, selepas berkahwin nanti...

Beberapa perkara telah timbul di fikiran saya sewaktu membayangkan tempat tinggal impian saya dengan isteri nanti..
- bagaimanakah rupa bentuk rumah yang ingin kami diami nanti?
- rumah jenis apakah yang ingin kami diami? rumah teres? apartment? kondo?
- apakah peralatan-perlatan yang perlu ada? sofa? dapur? set bilik tidur?
- perlukah kami membeli rumah atau menyewa sahaja terlebih dahulu?

dan sebagainya...

Memandangkan saya bukanlah dari golongan orang-orang yang "berada", jadi, selepas puas berbincang, berhujah, bergaduh dan bertukar-tukar fikiran dengan bakal isteri saya, kami pun akhirnya telah bersetuju untuk menyewa rumah apartment sahaja selepas berkahwin nanti di dalam memulakan kehidupan kami sebagai suami isteri.

Jadi, sebulan sebelum saya diijabkabulkan, saya sudah pun mula menyewa sebuah rumah apartment untuk tempat tinggal kami berdua selepas berkahwin nanti.

Selepas saya menyewa rumah apartment tersebut, satu persoalan timbul, memandangkan rumah tersebut mempunyai bilik tidur, ruang ramu, serta ruang dapur, dan... memandangkan bajet yang saya ada pula agak terhad , maka satu persoalan yang timbul difikiran saya.... ruang manakah yang perlu dilengkapkan terlebih dahulu? adakah peralatan-peralatan di ruang dapur? atau peralatan-peralatan di ruang tamu? atau set kelengkapan di bilik tidur?.. Manakah yang lebih penting di dalam usaha membina rumahtangga yang bahagia?

Lama juga saya memikirkan hal ini... memandangkan saya akan berumahtangga dan akan mempunyai isteri, maka, sudah pastinya saya ingin merasakan masakan isteri saya nanti.. bukankah itu yang di idam-idamkan oleh seorang bujang yang akan bergelar suami. Menjamah masakan si isteri.. oh! sudah pastinya enak masakan isteri ku nanti.. (saya berangan dalam hati) Tapi! untuk itu.. saya perlulah terlebih dahulu menyediakan alat-alat kelengkapan untuk isteri saya memasak. Jadi.. set kelengkapan memasak agak penting juga untuk membina rumahtangga yang bahagia.

Tetapi, ruang tamu juga agak penting, bayangkan hidup anda tanpa TV dan radio.. anda pulang ke rumah, melihat isteri anda.. dan keadaan rumah anda yang sungguh sunyi sepi, seperti berada di kawasan perkuburan.. Oh! Tidak.. anda mesti memiliki TV. Bila ada tv, mestilah nak ada tempat letak tv, dvd palayer, sofa untuk rileks-rileks serta carpet di ruang tamu. Hmm.. banyak juga belanjanya itu.

Bagaimana pula dengan set bilik tidur? Takkan ingin tidur diatas simen yang beralaskan tikar sahaja? Oh! Abislah sakit-sakit seluruh badan nanti. Almari untuk letak baju serta meja solek juga penting untuk anda berhias dan mempersiapkan diri untuk pergi ke tempat kerja.

Oh!.... satu persoalan yang nampak agak remeh, tapi agak memeningkan kepala juga. Lebih-lebih lagi jika bajet anda untuk rumah baru ini sangat kecil (sebab banyak bajet dah digunakan untuk belanja kahwin).

Jadi, saya ingin bertanya kepada anda.. jika anda!... ruang manakah yang anda akan lengkapkan terlebih dahulu? Adakah ruang di bilik tidur? Ruang tamu? ataupun ruang dapur rumah anda?

Saya mahu anda peningkan kepala dulu untuk fikirkan jawapannya sebelum saya berikan jawapan saya...

Insyallah, jika berkesempatan, dilain hari, saya akan beritahu anda, apa yang telah saya beli dahulu untuk rumah saya, bagi kehidupan baru saya itu.


Oklah, Sekian dulu untuk kali ini.

Wassalam.
mohd suhaimy a.k.a shuth
www.maskahwin.com

TIPS RAJA SEHARI

==========================================

Assalammulaikum,

Pada mussim cuti sekolah yang akan datang, seorang rakan saya akan menamatkan zaman bujang beliau, maklumlah, musim cuti sekolah.. memang ramai yang akan mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Mungkin anda juga salah seorang daripada orang-orang yang akan menempuh hari bahagia tersebut. Tahniah saya ucapkan jika benar begitu.. semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Petang semalam.. saya bersembang dengan rakan-rakan saya, 4 orang darinya telah berkahwin dan seorang akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan hadapan.

Fuh.. memang tak senang duduk la rakan saya yang bujang itu.. macam-macam tips yang di terima dari rakan-rakan saya yang lain yang telahpun berumahtangga. Ada yang suruh pergi berurut la.. ada yang surut hafal doa qunut la.. ada yang suruh simpan janggut panjang2 .. dan yang paling ganas yang pernah saya dengar.. masa hari akad nikah tu, pastikan si pengantin lelaki memakai seluar dalam terbalik. Ha! ha! ha!.. kononnya, ia boleh mengelakkan daripada terkena "buatan orang" semasa majlis akad nikah berlangsung.. kata rakan saya..ha! ha! ha!.. macam-macam...

Oklah.. itu cerita rakan saya, sekarang ini, saya nak berikan anda beberapa tips sewaktu majlis raja sehari anda nanti. Terpulang pada anda sama ada nak ikuti atau tidak.. :)

#1 : Sentiasa memberikan senyuman..
Di hari tersebut, pastikan diri anda sentiasa tersenyum. Jika anda seorang yang kurang memberikan senyuman, maka, anda boleh praktisnya dari sekarang. Senyuman ini penting, selain menunjukkan yang anda amat gembira pada hari tersebut, ia juga akan memberikan impak yang mendalam pada gambar-gambar perkahwinan anda kelak.


#2 : Sediakan Upah yg Secukupnya.
Mungkin ramai yang tidak maklum lagi, selepas akad nikah, anda perlu memberikan sedikit upah kepada tok kadi yang menikahkan anda. Jumlah ini adalah tetap mengikut negeri, namun jika anda tidak tahu berapa kadar bayarannya, sediakan sahaja RM100 - RM150, jika ada bajet lebih, mungkin juga anda boleh berikan sedikit saguhati kepada 2 orang yang menjadi saksi pernikahan anda. Masukkan duit tersebut dalam sampul surat/bekas angpau siap-siap.

#3 : Solat Sunat Sebelum & Selepas Akad
Mengikut trend terkini, majlis pernikahan biasanya akan diadakan di dalam masjid. Jadi, bagi bakal pengantin lelaki,adalah elok anda melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas akad nikah,semoga rumahtangga yang dibina lebih diberkati dan dirahmati.

#4 : Makan
Sewaktu makan, memang kena control skit. Biasalah.. pengantin, takkan nak makan dengan gelojoh pula kan? Jadi, nak tak nak. anda kena sedikit control gaya anda menikmati juadah pengantin.. dan disebabkan itu, maka, memang tidak banyak yang anda akan dapat makan.. ala kadar sahaja orang kata. Disebabkan itulah, maka, adalah penting untuk anda mendapatkan sarapan di waktu pagi, semasa hari majlis perkahwinan anda. Kemungkinan anda terpaksa untuk menahan lapar sepanjang hari adalah agak tinggi. Jadi, makan dulu siap-siap pada pagi itu. Kalau tidak, mesti muka anda akan masam sahaja nanti sewaktu sedang bersanding di atas pelamin, sedang kelaparan lah katakan.

#5 : Solat jamak
Ermm.. "jamak" yer!.. bukan "jimak".. jauh maksudnya itu. Bagi pengantin yang datang dari jauh, bolehlah anda gunakan kemudahan yang disediakan oleh syariat ini. Dihari perkahwinan anda, sudah pastinya anda adalah watak utama pada hari tersebut dan agak sukar untuk anda melarikan diri sebentar untuk menunaikan solat. Jadi, berniatlah untuk menunaikan solat jamak, jika tidak pasti bagaimana melakukan solat jamak dengan betul serta apa syarat-syarat untuk mengerjakan solat tersebut. Dapatkan segera buku panduan solat tersebut di kedai-kedai buku yang berhampiran.

Itulah antara beberapa tips yang saya mampu kongsikan untuk kali ini. Mungkin tips ini kelihatan agak remeh-temeh, tapi, kadangkala, perkara remeh-temeh inilah yang akan mengganggu kelancaran majlis perkahwinan anda itu. Apa-apa pun, saya doakan agar majlis perkahwinan anda kelak akan berjalan lancar dan meriah.

Sekian sahaja untuk kali ini.. sehingga bertemu lagi.Jika ada masa, jangan lupa lawati http://www.maskahwin.com atau dapatkan ebook "maskahwin yang hilang" untuk jalan mudah ke gerbang perkahwinan anda.

Wassalam

Mohd Suhaimy a.k.a shuth
www.maskahwin.com

TIPS BERTEMU BAKAL MERTUA

==========================================
Assalammualaikum....

Apa khabar, semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan ceria selalu disamping orang yang disayangi.

Oklah, pada kali ni, saya nak bagi satu tips. Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.

Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".

Silap hari bulan... anda yang akan "surprise".


Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.

Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.


Tips #3 : Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai "topik perbualan", maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?. Saya dahulu pun mengalami masalah ini.. tak tahu apa yang hendak dibualkan apabila bertemu dengan bakal mertua saya dahulu. Sudahlah saya ini seorang yang pemalu dan pendiam.. bakal mertua saya tu pun sama.. jenis pendiam juga orangnya, Oh!.. memang sunyi sepilah sewaktu pertemuan itu nanti.

Jadi, disini, saya nak bagi satu tips (alangkah baiknya jika saya tahu tips ini sebelum bertemu bakal mertua saya dahulu) . Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan).

Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke"kampung"an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan.. :). Tak percaya? Anda boleh cuba...

Oklah!.. panjang pula cerita saya kali ini. Saya rasa, cukuplah sampai disini sahaja dulu untuk kali ini, insyallah.. jika ada masa kita bertemu lagi di lain kali. Akhir kata, saya doakan saat pertemuaan anda dengan bakal mertua anda berjalan lancar dan selamat menawan hati bakal mertua anda. Untung-untung.. kuranglah sedikit wang hantaran anda nanti.. he! he! he!...

Wassalam...

Mohd Suhaimy Abu Bakar
www.maskahwin.com

P/s:- Jangan lupa dapatkan ebook "maskahwin yang hilang" untuk jalan mudah ke gerbang perkahwinan anda.. KLIK DI SINI

Wednesday, January 27, 2010

USAHAWAN INTERNET MESTI MERANCANG

==========================================

Sebagai seorang usahawan internet, kita sangat-sangat memerlukan perancangan yang rapi. Perancangan yang dimaksudkan ialah perancangan mengenai projek atau kempen pemasaran yang bakal kita jalankan melalui internet.

Kepentingan perancangan dalam perniagaan ini tidak boleh diabaikan. Tentu anda masih ingat atau pernah dengar mengenai kejatuhan dot-com pada tahun 2000 yang lalu dimana beratus-ratus syarikat berasaskan internet telah gagal di saat kejatuhan ekonomi. Syarikat-syarikat tersebut dikatakan mempunyai perancangan yang lemah.

Beberapa faktor yang harus anda ambil kira dalam membuat perancangan untuk membina perniagaan internet adalah seperti apakah niche pasaran yang anda libatkan diri, persaingan, dan perkembangan permintaan terkini di pasaran.

Berikut saya kongsikan beberapa langkah penting yang boleh anda ambil ketika melakukan sesebuah perancangan dalam melancarkan sesuatu projek berkaitan bisnes internet.

Kajian pasaran dan permintaan ialah langkah pertama yang wajib kita lakukan. Kita mesti tahu apakah pasaran yang mempunyai permintaan dan mempunyai potensi untuk menjana pendapatan melaluinya.

Diantara pasaran yang mempunyai permintaan dan para prospek di dalam pasaran tersebut sanggup untuk membelanjakan wang adalah seperti pasaran kesihatan dan perhubungan (relationship seperti ber-dating & hal-hal hubungan suami isteri). Kedua-dua market ini memang terbukti lumayan dan orang sanggup bayar untuk mendapatkan produk berkaitan pasaran tersebut di internet.

Ini adalah dua contoh sahaja di mana masih terdapat lagi pasaran yang lumayan di luar sana.

Setelah anda mengenali pasaran yang mempunyai potensi untuk menjana wang, anda bolehlah membangunkan produk atau servis yang boleh memberi penyelesaian masalah di dalam pasaran berkenaan.

Sewaktu membuat perancangan tersebut, anda seharusnya berupaya menyenaraikan segala kebaikkan dan kekurangan produk yang bakal anda pasarkan, siapakah pesaing yang bakal anda hadapi dan siapakah prospek sasaran sebenar anda. Prospek sasaran mestilah spesifik di mana anda perlu mengetahui maklumat dari segi jantina, linkungan umur, tempat tinggal dan lain-lain ciri demografik yang lain.

Pepatah ada mengatakan "Not everyone is your prospect" harus anda pegang selagi anda menjalankan perniagaan. Anda yang menetapkan ciri-ciri demografik tersebut.

Begitu juga dari segi bajet kos modal yang diperlukan dan tempoh masa yang anda perlukan bagi menjalankan sesuatu projek atau kempen pemasaran internet anda. Adakah ia bersifat jangka masa pendek seperti membuat jualan promosi terhad ataupun ia bersifat jangka masa panjang seperti jualan akan di buka sepanjang tahun.

Maklumat-maklumat seperti di atas tidak harus anda abaikan ketika melakukan aktiviti perancangan dalam perniagaan internet.

Ketemu lagi kita di email saya yang akan datang. Saya akan berkongsi lebih banyak lagi info berguna untuk anda membina perniagaan internet yang sebenar.

Sahabat Digital Anda,
Khairul Hazwan
http://perniagaandigital.com

3 PERKARA ASAS SEBELUM MEMULAKAN BLOG

===========================================

Secara jujur saya katakan yang saya tidak ada ilmu asas tentang benda-benda buat website, internet, blog, kod-kod html, css, php dan yang sewaktu dengannya semasa mula-mula berblog dulu-dulu. Maklumlah, saya ni bukan basic IT atau komputer pun...

Tetapi minat yang tinggi menjadi pendorong saya untuk berkarya (menulis) dan membuatkan blog saya menjadi blog yang lebih menarik.

Walaupun saya sibuk, tak sempat, tak pandai, tetapi sebab keazaman saya yang tinggi menyebabkan saya ingin belajar dan memajukan diri supaya mahir dan terror berblog. Bila ada keazaman yang tinggi, maka semuanya menjadi mudah.

Oleh itu sebagai permulaan, saya tekankan yang anda perlu ada 3 elemen berikut untuk meluncur laju buat permulaan:

1. Minat + Sedikit masa + Dedikasi = Kejayaan

2. Sedikit ilmu html, ftp, etc

3. Teknik + strategi yang betul


Ok, buat masa ini, saya biarkan anda faham dan menyelami konsep 3 elemen asas di atas. Biar anda fikir dan seterusnya mengatur langkah bagaimana hendak membina blog-blog yang mampu menjana wang lumayan untuk anda. Dalam email akan datang, saya akan kupaskan macam ketiga-tiga perkasa asas di atas.

Tapi, saya dapat rasakan mungkin anda nak start set up blog dan mem"power"kan blog sehingga dapat menjana pendapatan yang lumayan. Bagus!!! Itu lah semangat yang kita nak tengok.

Kalau anda dah bersedia untuk memulakan blog, saya sarankan:

1. Pilih niche untuk blog anda
2. Gunakan blog berplatformkan wordpress
3. Beli nama domain
4. Beli hosting

Sehingga bertemu di email panduan seterusnya...

Selamat maju jaya.
Cyza Zakaria,
http://demamblog.com
http://cyza.us

PERNIAGAAN ONLINE

===========================================

Salam & selamat sejahtera,

Sebelum ini saya ada menerangkan tentang perniagaan offline. Pada kali ini saya akan menerangkan pula berkenaan perniagaan online. Peniagaan online ada beberapa kelebihan. Diantara kelebihannya ialah:

i. Tidak memerlukan pejabat. Jadi tidak adalah sewa bulanan bagi menyewa sebuah pejabat. :)

ii. Perniagaan anda boleh mendatangkan keuntungan walaupun pada ketika itu anda sedang tidur nyenyak.

iii. Tidak perlu berjumpa orang. Pelanggan akan mengetahui tentang anda melalui website.

iv. Tidak perlu bercakap banyak untuk meyakinkan pembeli.Cukuplah penerangan melalui website anda. :)

Ada orang yang mengatatakan perniagaan intenet ini banyak yang menipu, orang yang membuat perniagaan di internet tidak pergi ke mana pun dan berbagai-bagai lagi tanggapan yang dilemparkan.

Kenapa ada sesetengah daripada kita beranggapan negatif terhadap perniagaan internet ini?.

Di sinilah peranan mind set anda amat penting. Kalau anda dari awal lagi sudah berfikiran negatif, masakan akan memperolehi kejayaan. Pernah tidak anda mendengar laungan Malaysia Boleh!!!. Tapi pada kali ini anda pula laungkan pada diri sendiri
bahawa anda pun boleh. :). Boleh berjaya seperti orang yang telah berjaya dalam perniagaan intenet ini. Anda lah yang mencorak diri anda sendiri dan tidak ada orang lain lagi.

Mengapa anda tidak pandang pada orang yang sudah berjaya dalam perniagaan intenet ini. Di Malaysia terdapat beberapa individu yang berjaya dengan perniagaan intenet ini. Contohnya seperti Irfan Khairi, Gobala Krishnan dan mbeberapa orang lagi.

Lihatlah contoh orang yang berjaya. Anda pelajarilah teknik yang mereka gunakan untuk berjaya. Dapatkanlah juga tips-tips berguna daripada mereka.

Di mana ada kemahuan, di situ juga ada jalan.

Ikhlas,
Mat Borhan Bin Mohd Yatim

TEKNIK 'X' MENCARI IDEA MENULIS BLOG

===========================================

Apa khabar? Semoga anda ceria dan sihat walafiat sepanjang masa.

Jom kita terus ke tip seterusnya.Saya harap anda berjaya mempelajari beberapa perkara tentang membina sebuah blog yang berjaya.

Hari ni kita bincang tentang apakah teknik x supaya anda mendapat idea untuk membuat post pada blog anda.

===========================================
3 Teknik Mudah Mendapatkan Idea Menulis Blog
===========================================

Tip yang saya kongsikan pada hari yang lepas adalah tergantung sebenarnya (tidak lengkap)dan saya sengaja melakukan sebegitu. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana untuk mendapatkan idea menulis? Ya, itulah yang kurangnya pada tip dalam emel yang lepas.

Pada tip siri ini, saya akan memberikan 3 cara efektif dan mudah untuk mendapatkan idea menulis yang berkaitan dengan topik blog anda. Tiga cara tersebut adalah:

1. Melawat laman web yang berkaitan dengan topik blog anda

Untuk cara ini, saya berikan salah satu cara saya (psst, rahsia ni). Lawati laman web direktori artikel seperti http://ezinearticles.com/. Di sana terdapat begitu banyak artikel-artikel yang berlainan kategori, maka pilihlah artikel yang berkaitan dengan blog anda.

Baca beberapa artikel dan daripada pembacaan itu pilih salah satu tajuk artikel yang paling menarik minat anda dan tulis kembali mengikut cara dan gaya anda di blog. Ingat, jangan tiru bulat-bulat artikel tersebut, sebaliknya anda menulis daripada kefahaman selepas anda membaca artikel di laman web itu tadi.

2. Melawat blog yang sama bidang dengan anda

Anda lakukan lawatan ke beberapa blog lain untuk membaca apa yang ditulis mereka. Dari pembacaan itu, biasanya akan timbul dua perkara di fikiran anda:

a. Mengulas perkara yang lebih kurang sama dengan apa yang ditulis di blog tersebut

b. Mendapat idea atau sesuatu tajuk yang tertentu sebaik sahaja membaca tulisan-tulisan mereka. Perkara kedua ini secara biasanya akan berlaku.

3. Forum yang berkaitan dengan topik blog

Ini salah satu teknik saya juga. Teknik yang selalu saya guna pakai. Caranya sungguh mudah iaitu anda masuk ke forum yang berkaitan dengan topik blog anda.

Selidik dan perhatikan apakah topik panas yang sedang dibincangkan, atau apakah masalah yang sering dipersoalkan oleh ahli forum. Atau sekurang -kurangnya, apa sahaja topik dan masalah di forum tersebut. Pilih satu topik dan masalah dan tulis satu artikel di blog anda.


Ok, itu saja tip saya pada kali ini. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah hidupkan blog anda. Semoga tip-tip yang anda pelajari dapat membantu anda untuk membina sebuah blog yang berjaya. Jika ada sebarang persoalan berkenaan blog, jangan lupa emel saya masalah yang anda hadapi. Insya Allah saya akan membantu.

Untuk kejayaan anda,

yoji
www.yorizz.com

CIRI-CIRI SEORANG JUTAWAN INTERNET

===========================================

Salam Usahawan semua,

Setiap hari boleh dikatakan beratus-ratus usahawan internet dilahirkan atau dalam kata yang lain, yang hadir ke dalam dunia Internet Marketing ini. Malah ia boleh menjangkau ribuan orang.

Matlamat mereka yang biasa kita boleh dengar ialah nak kaya cepat! Sebab di internet ini pun merupakan suasana di mana semuanya berlaku dengan pantas. Jadi kalau jadi usahawan internet pun boleh lah jadi kaya cepat.

Owh tidak, betapa tersasarnya pemikiran tersebut sebenarnya. Oleh itu, di bawah ini akan diterangkan apakah ciri-ciri sebenar atau mindsetting yang harus ditanam sejak dari awal lagi penglibatan seseorang di dalam bidang perniagaan internet ini.

Perkara pertama yang harus ada pada setiap usahawan internet ialah dia sanggup untuk melaburkan wang untuk diri sendiri. Ini merupakan peraturan nombor satu untuk mana-mana usahawan internet yang tidak harus diabaikan.

Perniagaan internet bukanlah seperti perniagaan offline yang mempunyai kedai atau bangunan. Perniagaan internet wujud hanya di dalam minda atau diri seorang usahawan internet itu sendiri. Kalau bangunan boleh lah kita menaiktarafnya dengan pembelian perabot-perabot atau kelengkapan pejabat yang canggih-canggih. Tapi perniagaan internet ini kita tidak boleh lihat atau pegang dengan deria sentuhan kita.

Bagi perniagaan internet, diri anda lah yang harus anda naiktaraf dengan cara melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu pengetahuan mengenai perniagaan internet yang sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa.


Anda boleh laburkan masa untuk membaca artikel-artikel percuma di internet ataupun boleh juga melaburkan sedikit wang untuk menghadiri seminar atau nak senang beli produk panduan yang berkaitan perniagaan internet.

Mengapa saya sarankan untuk anda mendalami ilmu berkaitan panduan perniagaan internet?

Sebabnya mudah. anda kena faham, perniagaan internet ialah perniagaan berbentuk K-Economy. Nama penuhnya,Knowledge Economy. Kalau lah namanya pun Knowledge iaitu ilmu pengetahuan, dah tentulah anda memerlukan ilmu untuk terus survive dalam industri ini.

Mindsetting seterusnya ialah letakkan matlamat anda untuk menjalinkan kerjasama bukannya hanya bersaing semata-mata untuk kepentingan keuntungan sendiri sahaja.

Terdapat segelintir individu yang hanya ingin memikirkan persaingan untuk merebut kejayaan. Memang tidak salah untuk kita bersaing, tapi tahukah anda yang kita juga boleh memperolehi kejayaan ataupun keuntungan yang lebih berlipat-kali ganda melalui bekerjasama.

Jika anda lihat seperti permainan catur atau bolasepak, ia mempunyai penamat iaitu apabila suatu pihak itu menang di dalam sesebuah pertandingan. Sebab itulah di dalam situasi seperti berkenaan persaingan itu boleh dikatakan relevan.

Tapi, di dalam perniagaan interent, tidak ada penamat. Kerja anda tidak akan habis sampai bila-bila pun samada mencipta produk informasi, memasarkan produk-produk fizikal di internet, membangunkan laman web ataupun mencari pasaran-pasaran niche baru.

Tugas kita sebagai seorang usahawan internet haruslah terus bergerak maju kehadapan dan melalui budaya kerjasama sesama para usahawan internet yang lain, kita boleh mencapai kejayaan yang lebih besar dan tiada batasannya.

Semoga dengan penetapan minda atau mindsetting yang telah saya nyatakan diatas dapat menjadikan anda seorang usahawan internet yang cemerlang dan tidak mustahil juga bergelar jutawan!


Sahabat Digital Anda,
Khairul Hazwan
http://perniagaandigital.com

AFFILIATE, TEKNIK PALING MUDAH & MURAH!!!

===========================================

Assalamualaikum & apa khabar,

Kami harapkan anda sihat sentiasa, di email kali ini saya ingin berkongsi maklumat salah satu cara untuk membina perniagaan internet tanpa produk sendiri iaitu melalui program Affiliate.

Affiliate ialah satu program yang disediakan oleh seseorang pengelola laman web perniagaan yang menawarkan perkongsian keuntungan melalui penjualan produk-produknya.

Di alam realiti kita dikenali sebagai salesmen atau jurujual yang menjual produk orang lain dan kita dibayar komisyen mengikut jumlah yang laku.

Program Affiliate ini mampu memberikan keuntungan yang besar dan peluang perniagaan bagi sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam Perniagaan Internet tanpa mengeluarkan sebarang modal atau memiliki produk sendiri. Kebiasaannya pendaftaran bagi Affiliate ditawarkan secara percuma dengan mengisi borang yang disediakan oleh pihak pengelola Affiliate dan memasukkan maklumat peribadi dan akaun bank dan sebagainyai.

Di antara penyedia produk-produk affiliate yang terkenal di dunia ialah Clickbank yang mempunyai lebih dari 10,000 produk dari seluruh dunia. Anda pilih saja produk yang berkenan dan mulakan promosi anda mengikut kreativiti anda sendiri sama ada menggunakan promosi secara percuma atau berbayar!

Mudah bukan?

Rasanya itu saja buat hari ini mengenai program affiliate yang merupakan salah satu teknik paling mudah untuk membina perniagaan atau menjana wang secara online tanpa memiliki produk sendiri.

Berjumpa lagi dilain waktu, Insya-Allah

Terima Kasih
Abooain

BISNES ERA BARU

===========================================

Salam hormat,

Soalan yang saya bakal tanya kepada anda ini saya rasa amat sesuai untuk anda.

"Adakah bisnes anda bisnes era baru?"

Untuk menjawab soalan ini, mari kita lihat perkembangan zaman.

Pada era sebelum tamadun, "Hunter-Gatherer Age", kehidupan manusia adalah sama. Walaupun ada seorang ketua puak namun pemimpin puak tersebut tidak memiliki segala kemewahan hidup seperti jet peribadi dan hartanah yang luas mata memandang. Mereka sama-sama keluar memburu, mendapatkan keperluan hidup dan sama-sama merasai hasil buruan mereka secara berkumpulan.

Kemudian, datang pula era pertanian, "Agrarian Age" di mana kaum bangsawan memiliki hartanah yang banyak. Kaum bangsawan ini bersama dengan rakan-rakan mereka adalah satu golongan yang kaya-raya. Satu golongan lagi cuma bekerja untuk kaum bangsawan ini dan mereka, sampai bila pun, tidak akan memiliki hartanah tuan mereka dan kekal miskin.

Maka terhasillah 2 golongan manusia yang ekstrim – yang hidup mewah dan kaya-raya dan yang miskin dan tidak memiliki apa-apa harta.

Selepas era pertanian, muncul pula era industri, "Industrial Age", di mana demokrasi pun diwujudkan. Maka tercipta jugalah golongan pertengahan yang terletak di antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Golongan pertengahan ini mampu hidup dengan selesa dengan mencukupkan keperluan hidup bagi diri dan keluarga.

Pada masa kini, era industri ini sudahpun beralih kepada era informasi,"Information Age", di mana anda sendiri mengalami pelbagai perubahan ketara di dalam sistem ekonomi sekarang. Secara perlahan-lahan, saiz golongan pertengahan ini menguncup dan menjadi kecil. Pada masa yang sama, golongan miskin dan kaya-raya masih kekal (ataupun semakin meningkat).

Persoalannya ialah... adakah kita sedar bahawa zaman di mana kita hidup sekarang sudahpun berlainan dengan zaman di mana ibu bapa kita hidup? Jadi, mungkin bisnes yang anda lakukan pun perlu mengikuti perkembangan zaman supaya lebih banyak kemewahan dapat dicapai.

Saya tak katakan bisnes lama atau konvensional tidak penting. Ianya penting kerana sesetengah bisnes konvensional tak lapuk dek hujan. Tapi, kalau anda sedang mencari bisnes apa untuk anda lakukan pada 2010, anda boleh pertimbangkan bisnes yang sesuai untuk zaman informasi ini.

ikhlas,
Zamri Nanyan

Tuesday, January 26, 2010

BAGAIMANA MEMULAKAN EBIZ ( BHG 2)

==========================================

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Ok hari ini saya ingin sambung menjawab soalan para pembaca... Ini merupakan part 2 jadi, anda sepatutnya membaca part 1 dahulu sebelum membaca newsletter ini.

Baiklah soalan seterusnya yang anda perlu tanya ialah apakah target market anda?

Yer betul... saya tahu target market anda ialah pengguna Internet. Tetapi jawab soalan saya ini dulu.. Anda ingat berapa orang yer pengguna Internet? Mustahil anda dapat fokus kepada semua pengguna Internet untuk pemasaran! Saya ulangi M-U-S-T-A-H-I-L! Jadi anda perlulah kecilkan sedikit skop target market anda supaya anda tidak akan melakukan promosi yang sia-sia. Dengan mengetahui skop promosi anda.. promosi anda akan lebih berkesan.

Jika anda ingin menjual video menukar tiub anda perlulah melakukan promosi di forum-forum basikal,kereta dan sebagainya dan bukanya promosi di forum-forum mencari jodoh dan sebagainya. Memanglah boleh anda lakukan promosi cuma mungkin akan kurang berkesan.

Baiklah adakah anda kenal Edmund Loh? Beliau merupakan salah seorang IM yang sudah terkenal dan beliau hanya menumpukan produk tentang Resell Rights(RR), Master Resell Rights(MRR) dan Private Label Rights(PLR). Lihat beliau mempunyai niche yang tersendiri :)

Akhir sekali bagaimana anda ingin bermula?

Pada pendapat saya anda perlu cari niche anda tersendiri dan FOKUS dalam niche anda. Jika anda ingin bergiat dalam adsense... tumpukan sepenuh perhatian anda dalam adsense dan jika sudah berpuas hati barulah beralih kebidang-bidang yang lain. Kuasa fokus ini bukan hanya perlu dalam perniagaan Internet malah dalam perniagaan online sekalipun kita memerlukan FOKUS supaya betul-betul berjaya.

Sudah ramai yang saya dengar rintihan para newbie.. cuba buat adsense... tapi sampai sekerat jalan mahu tukar bidang pulak. Tak tengok lagi berjaya atau tidak. Tapi jika anda dah cuba sedaya upaya(bukan sekerat jalan yer) dalam sesuatu niche namun tidak berjaya.. sila tukar niche anda dengan segera kerana niche tersebut mungkin tidak sesuai untuk anda.

Seperti kata-kata pujangga "Seorang pahlawan yang hebat tahu bila masanya untuk meletakkan pedang" (maksudnya seseorang yang ingin berjaya perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk berundur)

Baiklah saya sediakan step ringkas apa yang perlu anda lakukan untuk bermula dalam ebiz:

1) Beli domain + hosting

2) Buat web/blog anda

3) Promosi

4) Dapat duit anda sekarang! :)

Tidak salah untuk anda target mendapat pendapatan melalui Internet sebanyak RM1 juta. Tidak salah namun sebelum anda buat target begitu baiklah saya cadangkan anda buat dulu matlamat untuk short term biar dapat RM1 dulu daripada internet. Selepas dapat RM1 buat target baru iaitu RM10 dan seterusnya begitulah sampai anda dapat mencapai RM1 juta. Pendapatan kami sekarang ialah 5 angka sebulan.

Saya berharap ini sedikit sebanyak akan memberikan anda gambaran awal untuk menjana pendapatan di Internet. Tunggu emel seterusnya daripada saya!

Labanon,
Team FlareBiz,
http://MajalahIM.com
=====================================
Sumber:Newsletter Daripada Majalah IM
=====================================

BAGAIMANA MEMULAKAN EBIZ ( BHG 1)

===========================================

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah hari ini saya ingin menjawab salah satu soalan daripada rakan kita. Soalannya berbunyi lebih kurang begini "Bagaimana nak mula ebiz?". Baiklah saya cuba untuk berkongsi di sini agar pembaca lain juga boleh mendapat beberapa tip di sini secara tidak langsung akan menjadikan newsletter ini lebih berinformasi.

Baiklah langkah pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda hendak cuba cari duit secara online ni?

Anda perlu tanya diri anda dahulu kenapa...kenapa dan kenapa nak cuba perniagaan Internet. Jika jawapan anda hanya sekadar ingin mencuba.. saya nasihatkan agar lupakan sahaja kerana sudah ramai yang gagal kerana ingin sekadar mencuba tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk bermula dengan perniagaan Internet ini agar apabila anda ditimpa musibah ia tidak akan menjejaskan semangat anda yang sedang membara.

Bilakah anda ingin mulakan perniagaan Internet?

Ini juga merupakan soalan penting bila anda ingin mulakan perniagaan Internet. Jika anda jawab sekarang maka anda check dulu diri anda adakah ilmu sudah cukup? Adakah sudah baca semua ebook berkenaan perniagaan Internet? Adakah sudah menghadiri seminar? dan pelbagai jenis soalan lagi anda perlu tanya diri anda.

Jika nampak sudah ok maka mulalah sekarang! Jangan pula jadi macam sesetengah orang yang sudah membaca berpuluh-puluh ebook tetapi masih lagi tidak mengambil langkah pertama. "Just Do It"

Seperti kata pepatah:

"Jarak perjalanan tidaklah penting tetapi apa yang lebih penting ialah langkah pertama"

Nak berniaga apa di Internet?

Soalan ini merupakan perkara yang amat penting dimana akan mencorakkan kewangan peribadi anda nanti. Ramai orang yang pening nak berniaga apa di Internet ni... Nak berniaga apa yer?

Kaftan Team FlareBiz dah buat... Nak jual tudung orang dah buat...apa yer orang masih tak buat?

Jika itulah yang anda fikir maka sampai bila-bila pun anda tidak mampu untuk memulakan perniagaan Internet. Kenapa takut sangat dengan persaingan sihat ni?

Kenapa? Jika takut persaingan kenapa anda ingin berniaga?

Perniagaan Internet tetaplah suatu perniagaan walaupun anda tidak perlu bertentang muka dengan pelanggan. Lihat bagaimana saya tetap mengeluarkan ebook tentang adsense walaupun ramai yang kata ebook adsense dah berlambak kat Internet.

Teringat saya kepada satu kata-kata yang berbunyi "Ramai orang yang mempunyai banyak idea yang hebat tetapi tidak bertindak dan ramai yang bertindak tanpa idea yang bagus. Tanpa idea yang bagus dan tanpa tindakan yang sepatutnya, anda tidak akan berjaya"

Idea... Idea dan Idea.. Itulah yang anda perlu sentiasa fikir dan cari apakah produk yang sesuai untuk dijual di Internet. Baiklah saya bagi anda idea secara ringkas bagaimana anda ingin mencari wang secara online.

1) Jika anda mempunyai perniagaan secara offline, bawakan produk tersebut secara online. Tak rugipun hanya keluarkan modal untuk hosting + domain.

Contohnya anda berniaga minyak urut secara offline.. apa kata anda jual minyak urut tersebut secara online.

2) Jika anda tahu bagaimana hendak menukarkan tiub basikal, motor dan sebagainya (Jangan tiub kereta api sudah!) anda mungkin boleh buat blog untuk menerangkan step by step bagaimana untuk menukar tiub tersebut dan letakanlah kod adsense di blog anda. Secara tidak langsung anda boleh mendapatkan duit daripada program Google AdSense. Cara lain ialah anda mungkin boleh buat video menukar tiub tersebut dan jual video tersebut melalui Internet! Jaga pemasaran, Insyallah laku macam goreng pisang panas!

Baiklah, saya rasa ini sahaja emel buat kali ini. Nantikan pula sambungan emel ini dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Sekian,

Labanon,
Team FlareBiz,
http://MajalahIM.com
=====================================
Sumber:Newsletter Daripada Majalah IM
=====================================

KHASIAT BIJI BIJAN

===========================================

Pokok bijan tumbuh menegak setinggi 1 meter dan mengeluarkan bunga kecil berwarna putih keungguan serta berbau harum. Secara komersialnya, bijan ditanam untuk mendapatkan bijinya sahaja. Pokok bijan akan dipotong dan dikeringkan. Kapsul biji yang telah kering akan digoncangkan untuk mengeluarkan bijinya. Kulit bijinya pula perlu dibuang sebelum digunakan kerana rasanya agak pahit dan tidak dapat diekstrak oleh sistem badan manusia. (Dengan kata lain ia mampu mengikis usus perut kita).

Terdapat 3 jenis biji bijan di dunia ni iaitu hitam, putih dan merah. Antara ialah:

Jenis Bijan Hitam

- Dapat menghasilkan kualiti minyak yang terbaik.
- Amat sesuai untuk tujuan perubatan

Jenis Bijan Putih

- Kaya denga kalsium
- Amat berguna kepada mereka yang mampunyai masalah kekurangan kalsium

Jenis Bijan Merah

- Kaya dengan zat besi.

Biji-bijian bijan ini kaya dengan vitamin A dan E, protin dan lemak.
Juga mengandungi 55% minyak yang amat pepular dalam masakan cina.

Khasiat Minyak Bijan

- Mampu melegakan dan melembutkan kulit
- Boleh dijadikan tonik berkhasiat
- sebagai ubat julap
- sebagai ubat diuretik (ubat yang dapat mempercepatkan pembentukan urin)
- menghitamkan rambut
- mengatasi masalah rambut kering
- masalah rambut beruban
- mampu menguatkan tubuh badan
- baik untuk hati dan limpa manusia
- Sebagai bahan ganti untuk minyak zaitun untuk kegunaan luar
- sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.


Tidak dapat dinafikan bijan mempunyai banyak kegunaan selain digunakan sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis roti dan kuih-muih. Ramuan yang dihasilkan daripada daun dan akar pokoknya juga boleh dijadikan sebagai pencuci rambut.

Merawat Penyakit Buasir

- Hancurkan biji bijan, campurkan dengan air dan mentega lalu diminum
- Amat sesuai bagi mereka yang megalami buasir berdarah

Sebagai Alat Tuaman

- Panaskan biji bijan dan bungkuskan dalam kain, tuam ditempat yang sakit


Masalah ulser,Terbakar dan Melecur

- Campurkan minyak bijan dengan air limau dan sapukan ditempat sakit.

Penyakit Anemia (kurang darah)

- Rendam biji bijan hitam dalam air suam selama beberapa jam
- kemudian keringkan dan digiling halus
- campurkan 1 sudu kecil serbuk biji bijan hitam bersama segelas susu
- bagi minum kepada mereka yang menderita anemia

Masalah Disenteri & Diarea (Cirit-birit) yang kronik

- Ambil 2 sudu bijan dan digoreng tanpa minyak
- kisar halus jadi serbuk
- campurkan dengan 1 sudu minyak sapi (ghee)
- bahagikan kepada 3 bahagian
- campurkan 1 bahagian dengan susu kambing panas
- minum 3 kali sehari selama 6 hari

Penyawar Sakit Haid

- Biji bijan digoreng tanpa minyak
- kisar halus jadi serbuk
- campurkan 1 sudu teh serbuk bijan dengan air panas
- minum 2 kali sehari

Hilangkan kelemumur

- basahkan rambut
- ambil serbuk biji bijan dan lumurkan dikepala
- buat macam kita guna syampu rambut

3 LANGKAH DAPAT TRAFIK MELALUI YOUTUBE

===========================================

YouTube adalah satu laman sosial yang sangat berkuasa. Ianya perkara pertama yang orang akan semak apabila mereka ingin mencari klip video; dan video-video YouTube boleh secara mudahnya di sebarkan di Internet kepada pengguna-penggunanya di seluruh dunia. Oleh kerana secara naturalnya ia menyebarkan sesuatu, YouTube adalah satu alat pemasaran internet yang bagus. Di sini terdapat beberapa langkah yang anda perlu ikuti untuk melakukannya.

Anda mungkin pernah dengar mengenai YouTube. Siapa yang tidak pernah bukan? Jutaan orang memuat naik, melihat, memuat turun atau menyambungkan ke video di dalam YuoTube setiap hari. Jika anda mahu melihat satu video tentang sesuatu, anda boleh memeriksanya daripada YouTube.

YouTube adalah laman web perkongsian video percuma yang menggunakan aplikasi teknologi adobe flash untuk membolehkan memapar video-video yang di muat naik oleh jutaan ahli-ahlinya. Semua video ini dilihat dan ditonton oleh lebih kurang 20 juta orang pengunjung setiap bulan. Video-video di YouTube menampilkan ribuan orang yang diketahui dan tidak diketahui setiap hari.

Jika anda mempunyai satu laman web, satu akaun bersama YouTube tentunya akan memberi faedah untuk anda. Anda boleh mengambil kesempatan dengan perkongsian video secara percuma dengan rangkaian orang yang terlampau luas dan anda dapat memasarkan produk anda itu. Cuba bayangkan berapa banyak trafik yang laman anda akan gerakkan melalui video-video anda sendiri. Tiada apa yang lebih baik untuk megiklankan kepada jutaan orang secara percuma selain daripada YouTube. Menggunakan servis ini, anda boleh memaksimakan semua peluang pasaran internet. Di sini bagaimana anda boleh menggunakan YouTube secara efektif untuk usaha pemasaran internet anda.

===========================================
Langkah 1 : Cipta satu genre yang jelas untuk video anda
===========================================

Menentukan jenis apa video yang ingin anda cipta bergantung kepada peminatnya. Video yang penuh warna-warni dan interaktif sesuai untuk para remaja atau pelajar-pelajar kolej. Satu persembahan klasik lebih sesuai untuk golongan profesional dan pasaran kerja.

Pastikan yang mesej di dalam video anda adalah jelas tetapi ringkas. Pastikan bahawa klip anda tidak akan bermain lebih daripada 5 minit. Cipta satu impak dengan mesej anda. Cuba untuk memeranjatkan dan mengalih orang keluar daripada kebiasaan yang sama. Buatkan mereka rasa ingin tahu tentang produk anda, perniagaan atau servis anda dan buatkan mereka mahu untuk memiliki apa yang anda jual melalui kandungan video anda itu.

Pastikan anda dengan jelasnya memperkenalkan diri anda dengan video tersebut. Ia seharusnya mengandungi logo atau nama syarikat anda. Cara ini untuk memastikan bahawa mesej anda tidak akan hilang daripada penonton. Ambil masa anda untuk mencipta video anda. Pastikan produk yang akan anda hasilkan dapat memberi mesej yang anda ingin sampaikan.

===========================================
Langkah 2 : Dengan strategiknya meletakkan video anda di dalam internet
===========================================

Suatu penempatan yang strategik di dalam YouTube akan menarik minat orang ramai dan menonton video anda. Jadikan video anda yang paling mahu ditonton oleh mereka. Pastikan video anda berada di halaman utama YouTube kerana ia akan menarik minat seramai yang mungkin. Di sini lah pemasaran viral bermula. Video anda akan ditonton dan diberikan secara berterusan oleh lebih ramai dan ramai lagi orang.

===========================================
Langkah 3 : Mencipta satu link ke laman web anda
===========================================

Ingat bahawa tujuan video anda adalah untuk menarik lebih ramai orang melawat laman web anda. Walaubagaimanapun, jualan langsung yang dibuat daripada suatu video adalah tidak digemari di YouTube. Untuk mengelakkan video anda daripada dibuang (tetapi masih boleh membuat pengiklanan secara tidak langsung), letakkan suatu trailer sebagai umpan di akhir video anda. Letakkan nama syarikat anda di dalam trailer dan pastikan orang yang melihatnya akan mengetahui siapa yang boleh dikaitkan dengan video tersebut.


Aplikasikan tips ini dengan Sistem Bisnes Segera!! Anda boleh dapatkannya disini : http://sufibiz.com

Semoga berjaya!!

TEKNIK UNTUK JADI KAYA...

==========================================

Salam bahagia,
Harapan saya, semoga hari ini anda lebih sihat, cergas dan bersemangat menjalankan aktiviti harian. Saya ingin kongsi sebuah artikel daripada Razif Yusof mengenai kewangan.

-----------------------------------------
Saya bongkarkan rahsia bagaimana anda boleh menjadi kaya. Pasti anda terkejut apabila simpananlah penyebab seseorang itu menjadi kaya. Bagaimana..?

Apabila anda mempunyai simpanan, cara untuk meningkatkan nilai harta bersih anda (NetWorth) atau simpanan anda adalah dengan mengembangkan harta serta simpanan anda melalui pelaburan.

Di Malaysia ini, ada bermacam bentuk pelaburan yang boleh disesuaikan dengan profil risiko anda. Anda perlu kenal diri dan mengetahui apakah toleransi risiko yang boleh diterima anda.

Ada pelaburan berbentuk Capital Gain (peningkatan modal)dan ada juga yang berbentuk pendapatan (Income Generation),sebagai contoh Land Banking adalah pelaburan berbentuk peningkatan modal, ASB pula memberikan pendapatan manakala hartanah seperti kediaman dan komersil pula memberikan peningkatan modal dan pendapatan.

Asas kepada pelaburan adalah simpanan, bagaimana anda ingin melabur jika tidak mempunyai modal? Sedikit sebanyak anda memerlukan modal sendiri dari simpanan buat permulaan pelaburan sebelum anda boleh bersandar (leverage) kepada pihak ketiga seperti institusi kewangan bagi meningkatkan pegangan (ekuiti) pelaburan anda.

Pelaburan juga perlu bagi mengekalkan kekayaan anda, tanpanya bagaimana anda boleh mengekalkan harta dan nilai harta anda di masa depan tanpa pelaburan?

Selain itu hidup dalam keadaan ringkas atau kesederhanaan adalah amat penting. Tidak guna anda mempunyai pendapatan yang tinggi, simpanan yang tinggi serta pelaburan yang tinggi jika anda mempunyai taraf kehidupan yang tinggi kecualilah anda adalah seorang multi-millionaire atau billionaire yang mampu hidup serba mewah.

Apa yang perlu anda tahu, untuk mengekalkan kekayaan anda adalah dengan sikap anda sendiri. Tiada orang yang terus menjadi kaya kecuali menang loteri dan berkahwin dengan orang kaya. Jadi, melalui simpananlah segalanya akan bermula.

Mulakan penjimatan anda pada hari ini untuk memaksimukan simpanan anda secepat mungkin. Bayangkan simpanan anda pada 5 tahun yang akan datang jika anda fokus dalam simpanan anda mulai hari ini.

Saya amat menyarankan anda mendapatkan ebook TipsPenjimatan.com kerana ianya langkah pertama yang boleh membantu anda mencapai impian anda, dengan penjimatan yang baik, anda boleh menyimpan bermula RM100-RM250 setiap bulan.

ikhlas,
Rammel Firdaus

Monday, January 25, 2010

KHASIAT REMPAH RATUS

===========================================


Penggunaan rempah ratus dalam masakan sudah tidak asing lagi. Ianya telah diamalkan sejak turun temurun. Selain dapat menyedapkan masakan, ia juga digunakan untuk amalan perubatan.

Kayu Manis

- Amalkan 1 sudu sehari dalam masakan atau minuman
- Selain dapat menyedapkan masakan ia juga dapat menjaga kesihatan kita.
- Merupakan rempah yang aktif
- Dapat menambah glukos dalam badan
- Dapat mencegah kandungan gula yang berlebihan dalam darah
- Amalkan di musim hujan untuk mengelakkan badan dari kesejukan

Lada Hitam

- Mengandungi Piperine, iatu komponen yang aktif dalam lada hitam.
- Sesuai bagi mereka yang mengalami masalah pembuangan air kencing
- Dapat menggalakkan kadar metabolisma dalam tubuh badan.
- Berupaya menyerap lebih nutrien yang terdapat dalam makanan kedalam usus.

Jintan Putih

- Bersifat anti bakteria
- Dapat menghapuskan 80% bakteria atau fungus dalam makanan
- Dapat mematikan kuman
- Amalkan dalam masakan, dapat mengelak dari terkena strok
- Dapat menyekat pembekuan darah dalam tubuh

Jintan Manis

- Minyaknya dapat melegakan masalah kembung dan sakit perut
- Amalkan minum air bercampur jintan, dapat melegakan batuk

Cengkih

- Sebagai petua untuk menghalang semut dari menghurung gula dengan meletakkan cengkih dalam balang gula.
- Dapat juga diletakkan dalam bekas simpanan beras supaya beras tidak berbubuk.
- Dapat memelihara gigi dan gusi, kisar halus dan gunakan sebagai ubat gigi dan dapat menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut
- Mempunyai anti-bakteria yang baik
- Membantu memusnahkan E-coli yang terdapat dalam daging.

Bunga Lawang

- Untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi)
- Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh, boleh dijadikan ubat batuk.
- Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.
- Dapat melegakan demam dan selsema
- Kajian terbaru boleh dijadikan ubat penyembuh Influenza A (H1N1).
- Amalkan meminum air rebusannya atau jadikan sebagai penambah rasa dalam masakan.

KHASIAT HALIA

===================================


Halia ialah sejenis tumbuhan herba yang tinggi khasiatnya. Ia mengandungi vitamin A, B1, C, niasin dan protin. Ia juga mengandungi lebih kurang 6% bahan perubatan dan sering digunakan oleh ibu-ibu yang sedang berpantang serta sebagai ulam. Halia juga digunakan sebagai bahan untuk memasak yang boleh merangsang kelenjar dan meningkatkan sistem pencernaan. Ia juga berfaedah untuk membangkitkan nafsu makan.

Teh Halia

Dapat memanaskan tubuh dan memecahkan angin dalam badan. Juga dapat menghilangkan rasa letih atau lesu dan mempertingkatkan daya ingatan. Amalkan selalu kerana ia adalah salah satu perubatan tradisional yang telah diamalkan sejak turun temurun. Boleh juga diminum bersama susu untuk tingkatkan daya ingatan.

Losyen Tubuh

Halia berguna sebagai ubat gosok untuk tubuh. Halia segar digunakan dan ditumbuk halus. Rasa dan aromanya yang pedas membantu menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh. Ia juga dapat mengeluarkan angin daripada tubuh.

Jeruk Halia

Halia juga turut dijadikan jeruk kerana khasiatnya. Walaupun rasa dan baunya agak kuat sebagai tumbuhan herba tetapi jeruk halia mempunyai rasa yang agak enak dah juga berkhasiat untuk membuang angin dalam perut. Makan lah jeruk halia apabila anda terasa mual.

Bahan Penyedap Rasa

Banyak masakan terutamanya masakan cina dan melayu menggunakan halia sebagai penyedap rasa. Contoh masakan paling pepular ialah ayam masak halia. Selain menjadikan masakan bertambah wangi, ia juga menyelerakan dengan adanya aroma halia.
Halia juga dapat membantu menghilangkan sakit kepala, migrain, batuk, angin, reumatik dan lenguh badan.

Minyak Halia

Minyaknya bermanfaat kerana ia anti inflamasi dan anti bakteria. Dapat membantu menghilangkan lenguh-lenguh badan, mabuk perjalanan, panau, digigit haiwan berbisa seperti ular, ubat cacing gelang dan gatal-gatal akibat gigitan serangga.

Jus Halia

Air perahan umbi halia digunakan untuk merawat penyakit ketarak.Ia juga dapat mengubati luka luar dan dalam. Untuk ubat gatal-gatal, umbinya hendaklah ditumbuk halus.

PERUT BAYI KEMBUNG

==========================================

Bayi dan kembung perut adalah masalah sinonim. Ada banyak sebab yang membuatkan perut bayi kembung. Antaranya:

1. Bayi mungkin tertelan udara ketika minum susu atau semasa menangis.
2. Bayi mungkin alah kepada makanan atau tidak tahan dengan laktosa.
3. Bayi mungkin makan tidak mengikut waktu. Mereka mudah mengalami kembung perut jika perut mereka lapar dalam jangkawaktu yang lama.
4. Bayi mungkin mengalami ketidakhadaman makanan.

Untuk mangatasinya, cubalah cara semulajadi ini tanpa melibatkan sebarang ubat-ubatan:

1. Semasa menyusukan bayi, bagi bayi hisap buah dada kiri dahulu dan biarkan bayi mengereng sedikit ke bahagian kanan. kemudian tukar kepada buah dada kanan. Cara ini membolehkan susu terus masuk ke dalam perut bayi tanpa berlaku 'reflux'.

2. Jika memberi bayi hisap susu botol, pastikan botol disengetkan sedikit sehingga puting botol dipenuhi dengan susu. Cara ini menghalang angin dari botol dari memasuki perut bayi.

3. Anda juga boleh meletakkan tuala suam ke atas perut bayi.

4. Telangkupkan bayi dan usapkan perlahan-lahan belakang badannya.

5. Selain itu, anda boleh mengalihkan perhatian bayi dengan cara memandikannya.

Sunday, January 24, 2010

MADU PENYEMBUH LUKA

==========================================

Jika anda tiba-tiba terluka akibat terkena benda tajam, sapukan madu asli pada bahagian tersebut secepat mungkin. Ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan dapat menghalang bakteria dari berkembang serta membuatkan bakteria sukar bernafas didalam luka tersebut. Sebahagian para doktor juga bersetuju dan mengakui bahawa madu adalah agen penyembuh yang cukup berkesan.

15 JENIS BUNGA UNTUK MANDIAN

===========================================


1. Teratai : Warnanya yang putih dapat membantu memulihkan kepenatan.


2. Mawar Putih : Ia bagus sebagai anti penuaan dan untuk sistem endokrin. (Sistem endokrin terdiri daripada beberapa kelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormon terus ke dalam sistem peredaran darah)


3. Kamelia : Warna ungu berkesan untuk meredakan migrain, sakit kepala, tekanan dan trauma.


4. Phacelia : Warna ungunya berkesan unutk mengubati masalah pada hidung dan tonsil.


5. Orkid : Warna ungunya juga bagus untuk mengubati demam dan jangkitan pada telinga.


6. Rosemary : Warna ungunya bagus untuk mengubati tekanan.


7. Bluebell : Warna birunya berkesan untuk komunikasi, gangguan nafsu makan, masalah metabolisma, tiroid dan masalah berat badan.


8. Chickweed : Warna hijaunya bagus untuk orang yang sedang mengalami masalah dalam percintaan, masalah hidup, asma dan sistem respirasi (pernafasan).


9. Dandellion : Warna kuningnya bagus untuk sistem pencernaan,keberanian hidup, paru-paru dan kolesterol.


10. Evening Primrose : Warna kuningnya bagus untuk mengubati tekanan, sakit pinggang dan ginjal.


11. Daffodil : Warna kuningnya bagus untuk kulit, usus kecil, masalah kulit dan gigitan serangga.


12. Yellow Foxglove : Warna kuningnya bagus untuk keseimbangan gula dalam darah, masalah hidup dan masalah di sistem pankreas (pankreas adalah organ pada sistem pencernaan sebagai pengatur kadar gula darah).


13. Daisy : Warna jingganya bagus untuk sistem reproduksi uterus (sistem peranakan wanita), prostat (sistem organ lelaki), sakit menstruasi(haid) dan saluran kencing.


14. Arum Lily : Warna jingganya bagus untuk kesuburan dan kemampuan seksual.


15. Krisan Merah : Warna merahnya bagus untuk sembelit, cirit-birit dan kembung perut.

KHASIAT BUAH NENAS & NENAS BATU

===========================================

Nenas ialah sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas Cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungan gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A,B dan C. Jus nenas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka.

Nenas juga merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Selain itu, ia merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nenas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.

Dalam perubatan dan perbidanan tradisional, nenas dikatakan sangat berguna kepada kaum wanita. Antaranya:

1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda. Untuk proses ini ambil sekali sahaja dalam seminggu.

2. Dengan mengamalkan pengambilannya, jamu dan majun tidak perlu lagi digunakan. Di dalamnya sudah terkandung pelbagai khasiat.

3. Boleh dijadikan ubat untuk menjarakkan kelahiran seterusnya. Minum air nenas selama tempoh hendak menjarakkan anak.

4. Melawaskan kencing.

5. Membantu melancarkan pembuangan angin.

6. Membantu ibu-ibu yang bakal menopaus.

=========================================
Nenas Batu pula boleh mengetatkan vagina.
=========================================

Cara-caranya:

1. Bersihkan buah nenas batu
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas
3. Biarkan selama 1 jam (sehingga buah itu tenggelam)
4. Air tersebut boleh digunakan (diminum) selama 3 hari
5. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering. Selepas seminggu rendam semula seperti proses no.3
6. Nenas batu ketika direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia akan kembang semula apabila dijemur. Jika kelopaknya sudah tidak mengembang lagi bermakna khasiatnya sudah tiada. Boleh la dibuang.
7. Ia dapat bertahan selama setahun atau lebih bergantung kepada kekerapan penggunaanya.

Cara lain untuk guna Nenas Batu ni ialah dengan merebusnya. Tetapi warna airnya akan menjadi lebih kemerahan. Jangan rebus terlalu lama sebab takut anda tidak mampu untuk meminumnya...

Adalah lebih baik meminumnya pada waktu malam sebelum tidur. Kerana waktu malam lebih sejuk berbanding siang. Segelas sehari pun sudah mencukupi sebab ia boleh memanaskan badan anda.

Selain dapat mengetatkan vagina, Nenas Batu juga amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan,penurunan daya seksual, mengimbangi pengaliran darah, dapat memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yang rosak lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir dan kencing berdarah.

Peringatan: Wanita yang mengandung dilarang sama sekali meminum air nenas batu ini.

ANDA TAKKAN JADI KAYA JIKA...

==========================================

Anda tak akan kaya jika anda tidak MENYIMPAN!

Anda tak boleh MENYIMPAN jika anda tak tahu BERJIMAT!

Anda tak boleh BERJIMAT jika anda tak tahu CARANYA!


Antara kata-kata pakar kewangan:

Saya tidak perlu mengupas lebih panjang lebar tentang simpanan, ini kerana simpanan adalah asas kekayaan. Kunci kekayaan bukan pada pendapatan tetapi pada simpanan, rahsia kekayaan bukan bergantung kepada berapa banyak pendapatan anda tetapi berapa banyak yang boleh anda simpan dari pendapatan anda.

"It's not how much you make but how much you keep".

Lebih banyak simpanan anda secara automatik pendapatan anda akan meningkat. Jika anda masih tidak tahu bagaimana untuk menyimpan atau bagaimana simpanan dapat membantu anda, sampai bila-bila pun anda tidak akan jadi senang, tidak kira berapa banyak pendapatan anda sekalipun, anda akan menghabiskan banyak masa bekerja untuk mendapatkan pendapatan lebih dan terus membuang masa dan tenaga anda, tanpa anda sedari masa anda telah banyak dihabiskan. Apa yang ada didepan anda hanyalah barangan yang tidak bernilai walaupun wang anda telah banyak dikeluarkan, kini yang ada hanyalah sisa-sisa kehidupan dihari tua yang penuh dengan kegelapan.

Mereka yang mempunyai simpanan akan hidup lebih senang dan selesa dihari tua, ketika mereka tidak boleh lagi bekerja. Mereka masih boleh menjalani kehidupan tanpa perlukan bantuan sesiapa, hidup tenang tanpa beban kewangan.

Simpanan adalah asas kepada kekayaan.

Mahu memaksimumkan simpanan anda dengan pantas? Penjimatanlah caranya!

Banyak CARA dan JALAN untuk berjimat, tapi kita tak selalu perasan..

Setiap bulan anda akan mendapat gaji. Dari gaji tersebut anda membelanjakan wang anda bagi memenuhi keperluan hidup seharian anda. Mungkin antara belanja wajib yang perlu anda belanjakan adalah seperti di bawah:

Belanja dapur
Minyak kereta
Ansuran kereta
Sewa rumah
Bil Elektrik
Bil Air
Bil telefon
Bayaran pinjaman
Bayaran kad kredit
Dan lain-lain

Jika di lihat dari senarai di atas mungkin anda tidak tahu bahagian mana boleh anda kurangkan supaya pengeluaran wang anda dapat dikurangkan, kerana secara majoritinya jumlah yang perlu dibayar memang tidak boleh dikurangkan lagi.

Bagi anda yang sememangnya mempunyai gaji besar dan mempunyai lebihan wang sudah pasti anda tidak mengalami masalah dalam menghadapi kehidupan seharian namun bagi mengambil langkah persedian zaman gawat, anda juga perlu untuk mengurangkan pengaliran keluar wang anda.

Bagi anda yang boleh kata setiap bulan cukup-cukup makan sahaja perbelanjaan wang anda, anda harus ambil perhatian. Anda seumpama telur di hujung tanduk. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini maka anda berada dalam keadaan yang tidak selamat. Mengurangkan pengaliran keluar wang anda adalah sesuatu yang wajib.

Apatah lagi anda yang sentiasa garu kepala pening memikirkan wang yang tidak cukup setiap bulan. Mahu tidak mahu, susah atau senang anda terpaksa memaksa diri anda melakukan penjimatan dan seterusnya mengurangkan pengaliran keluar wang anda.

Apa pun keadaan ekonomi anda ‘PENJIMATAN’ mampu membantu anda mengurangkan pengaliran keluar wang anda.

Mula berjimat dari sekarang dan anda akan tersenyum di akhir bulan kerana anda ada wang lebih!

Jumpa lagi untuk tips lain. Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Muaz Hadi & Afraha Baiti
pengurusanwang.com