Link unit

Wednesday, January 27, 2010

CIRI-CIRI SEORANG JUTAWAN INTERNET

===========================================

Salam Usahawan semua,

Setiap hari boleh dikatakan beratus-ratus usahawan internet dilahirkan atau dalam kata yang lain, yang hadir ke dalam dunia Internet Marketing ini. Malah ia boleh menjangkau ribuan orang.

Matlamat mereka yang biasa kita boleh dengar ialah nak kaya cepat! Sebab di internet ini pun merupakan suasana di mana semuanya berlaku dengan pantas. Jadi kalau jadi usahawan internet pun boleh lah jadi kaya cepat.

Owh tidak, betapa tersasarnya pemikiran tersebut sebenarnya. Oleh itu, di bawah ini akan diterangkan apakah ciri-ciri sebenar atau mindsetting yang harus ditanam sejak dari awal lagi penglibatan seseorang di dalam bidang perniagaan internet ini.

Perkara pertama yang harus ada pada setiap usahawan internet ialah dia sanggup untuk melaburkan wang untuk diri sendiri. Ini merupakan peraturan nombor satu untuk mana-mana usahawan internet yang tidak harus diabaikan.

Perniagaan internet bukanlah seperti perniagaan offline yang mempunyai kedai atau bangunan. Perniagaan internet wujud hanya di dalam minda atau diri seorang usahawan internet itu sendiri. Kalau bangunan boleh lah kita menaiktarafnya dengan pembelian perabot-perabot atau kelengkapan pejabat yang canggih-canggih. Tapi perniagaan internet ini kita tidak boleh lihat atau pegang dengan deria sentuhan kita.

Bagi perniagaan internet, diri anda lah yang harus anda naiktaraf dengan cara melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu pengetahuan mengenai perniagaan internet yang sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa.


Anda boleh laburkan masa untuk membaca artikel-artikel percuma di internet ataupun boleh juga melaburkan sedikit wang untuk menghadiri seminar atau nak senang beli produk panduan yang berkaitan perniagaan internet.

Mengapa saya sarankan untuk anda mendalami ilmu berkaitan panduan perniagaan internet?

Sebabnya mudah. anda kena faham, perniagaan internet ialah perniagaan berbentuk K-Economy. Nama penuhnya,Knowledge Economy. Kalau lah namanya pun Knowledge iaitu ilmu pengetahuan, dah tentulah anda memerlukan ilmu untuk terus survive dalam industri ini.

Mindsetting seterusnya ialah letakkan matlamat anda untuk menjalinkan kerjasama bukannya hanya bersaing semata-mata untuk kepentingan keuntungan sendiri sahaja.

Terdapat segelintir individu yang hanya ingin memikirkan persaingan untuk merebut kejayaan. Memang tidak salah untuk kita bersaing, tapi tahukah anda yang kita juga boleh memperolehi kejayaan ataupun keuntungan yang lebih berlipat-kali ganda melalui bekerjasama.

Jika anda lihat seperti permainan catur atau bolasepak, ia mempunyai penamat iaitu apabila suatu pihak itu menang di dalam sesebuah pertandingan. Sebab itulah di dalam situasi seperti berkenaan persaingan itu boleh dikatakan relevan.

Tapi, di dalam perniagaan interent, tidak ada penamat. Kerja anda tidak akan habis sampai bila-bila pun samada mencipta produk informasi, memasarkan produk-produk fizikal di internet, membangunkan laman web ataupun mencari pasaran-pasaran niche baru.

Tugas kita sebagai seorang usahawan internet haruslah terus bergerak maju kehadapan dan melalui budaya kerjasama sesama para usahawan internet yang lain, kita boleh mencapai kejayaan yang lebih besar dan tiada batasannya.

Semoga dengan penetapan minda atau mindsetting yang telah saya nyatakan diatas dapat menjadikan anda seorang usahawan internet yang cemerlang dan tidak mustahil juga bergelar jutawan!


Sahabat Digital Anda,
Khairul Hazwan
http://perniagaandigital.com

No comments:

Post a Comment