Link unit

Monday, January 25, 2010

KHASIAT HALIA

===================================


Halia ialah sejenis tumbuhan herba yang tinggi khasiatnya. Ia mengandungi vitamin A, B1, C, niasin dan protin. Ia juga mengandungi lebih kurang 6% bahan perubatan dan sering digunakan oleh ibu-ibu yang sedang berpantang serta sebagai ulam. Halia juga digunakan sebagai bahan untuk memasak yang boleh merangsang kelenjar dan meningkatkan sistem pencernaan. Ia juga berfaedah untuk membangkitkan nafsu makan.

Teh Halia

Dapat memanaskan tubuh dan memecahkan angin dalam badan. Juga dapat menghilangkan rasa letih atau lesu dan mempertingkatkan daya ingatan. Amalkan selalu kerana ia adalah salah satu perubatan tradisional yang telah diamalkan sejak turun temurun. Boleh juga diminum bersama susu untuk tingkatkan daya ingatan.

Losyen Tubuh

Halia berguna sebagai ubat gosok untuk tubuh. Halia segar digunakan dan ditumbuk halus. Rasa dan aromanya yang pedas membantu menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh. Ia juga dapat mengeluarkan angin daripada tubuh.

Jeruk Halia

Halia juga turut dijadikan jeruk kerana khasiatnya. Walaupun rasa dan baunya agak kuat sebagai tumbuhan herba tetapi jeruk halia mempunyai rasa yang agak enak dah juga berkhasiat untuk membuang angin dalam perut. Makan lah jeruk halia apabila anda terasa mual.

Bahan Penyedap Rasa

Banyak masakan terutamanya masakan cina dan melayu menggunakan halia sebagai penyedap rasa. Contoh masakan paling pepular ialah ayam masak halia. Selain menjadikan masakan bertambah wangi, ia juga menyelerakan dengan adanya aroma halia.
Halia juga dapat membantu menghilangkan sakit kepala, migrain, batuk, angin, reumatik dan lenguh badan.

Minyak Halia

Minyaknya bermanfaat kerana ia anti inflamasi dan anti bakteria. Dapat membantu menghilangkan lenguh-lenguh badan, mabuk perjalanan, panau, digigit haiwan berbisa seperti ular, ubat cacing gelang dan gatal-gatal akibat gigitan serangga.

Jus Halia

Air perahan umbi halia digunakan untuk merawat penyakit ketarak.Ia juga dapat mengubati luka luar dan dalam. Untuk ubat gatal-gatal, umbinya hendaklah ditumbuk halus.

No comments:

Post a Comment