Link unit

Thursday, January 28, 2010

TEMPAT TINGGAL SELEPAS BERNIKAH BHG II

===========================================

Assalammualaikum..

Bertemu lagi kita untuk sambungan seterusnya....

Semalam saya ada bagitau anda tentang dilemma saya memasuki rumah baru selepas berkahwin. Dengan bajet yang agak terhad, saya perlu bijak merancang, peralatan apakah yang perlu di beli terlebih dahulu dan ruang manakah yang perlu dilengkapkan terlebih dahulu.

Hari ini... saya akan bagikan jawapannya.

Pertama sekali, apa yang perlu kita fahami ialah, setiap orang mempunyai tahap keselesaan, cara pemikiran serta persekitaran hidup yang berbeza-beza. Oleh itu, sudah pastinya, jawapan bagi soalan yang berbentuk "pendapat" seperti ini akan mempunyai jawapan yang berbeza-beza. Tiada jawapan yang salah atau betul bagi soalan seperti ini.

Bagi sesetengah orang.. menikmati masakan si isteri itu adalah perkara yang sangat penting dan mampu memberikan kebahagian. Bagi sesetengah orang yang lain pula.. suasana duduk berdua-duaan sambil menonton rancangan TV kesukaan adalah lebih menyeronokan.

Tapi.. bagi saya... suasana berdua-duaan di atas katil yang empuk dengan suasana lampu yang malap itu, adalah suasana yang lebih menyeronokkan dan membahagiakan... ho! ho! ho!.. maaf, jika saya membuatkan diri anda berasa lebih ghairah dan tidak sabar-sabar untuk berkahwin.

Sekarang, baru saya tahu, mengapa ibu-bapa saya dahulu, sibuk menyuruh anak-anak mereka (termasuk saya) yang ingin mendirikan rumahtangga, membeli set bilik tidur sempena perkahwinan mereka. Rupa-rupanya, disitulah bermulanya rahsia kebahagian & kenikmatan hidup berumahtangga. :)

Namun begitu, seperti yang saya nyatakan diatas, setiap orang mempunyai pandangan serta bajet yang berbeza-beza. Adalah baik juga, jika anda dapat melengkapkan kesemua ruangan rumah anda dengan perkara-perkara yang asas seperti, hanya tilam di bilik, hanya TV diruang tamu, dapur & tong gas di dapur dan sebagainya. Apa-apa pun, bijaklah berbelanja & rancanglah bajet anda dengan teliti. Kehidupan rumahtangga anda baru sahaja bermula, masih banyak lagi masa dan cabaran yang perlu di hadapi.

Oklah! Sampai disini sahajalah dulu kali ini. Kepada anda yang sudah mempunyai kekasih hati itu.. jangan tunggu lama-lama. Ajaklah si dia berkahwin... seronok woo kahwin...!

Semoga bertemu lagi di lain kali. Bye.. wassalam

Mohd Suhaimy Abu Bakar
www.maskahwin.com

No comments:

Post a Comment