Link unit

Wednesday, January 27, 2010

USAHAWAN INTERNET MESTI MERANCANG

==========================================

Sebagai seorang usahawan internet, kita sangat-sangat memerlukan perancangan yang rapi. Perancangan yang dimaksudkan ialah perancangan mengenai projek atau kempen pemasaran yang bakal kita jalankan melalui internet.

Kepentingan perancangan dalam perniagaan ini tidak boleh diabaikan. Tentu anda masih ingat atau pernah dengar mengenai kejatuhan dot-com pada tahun 2000 yang lalu dimana beratus-ratus syarikat berasaskan internet telah gagal di saat kejatuhan ekonomi. Syarikat-syarikat tersebut dikatakan mempunyai perancangan yang lemah.

Beberapa faktor yang harus anda ambil kira dalam membuat perancangan untuk membina perniagaan internet adalah seperti apakah niche pasaran yang anda libatkan diri, persaingan, dan perkembangan permintaan terkini di pasaran.

Berikut saya kongsikan beberapa langkah penting yang boleh anda ambil ketika melakukan sesebuah perancangan dalam melancarkan sesuatu projek berkaitan bisnes internet.

Kajian pasaran dan permintaan ialah langkah pertama yang wajib kita lakukan. Kita mesti tahu apakah pasaran yang mempunyai permintaan dan mempunyai potensi untuk menjana pendapatan melaluinya.

Diantara pasaran yang mempunyai permintaan dan para prospek di dalam pasaran tersebut sanggup untuk membelanjakan wang adalah seperti pasaran kesihatan dan perhubungan (relationship seperti ber-dating & hal-hal hubungan suami isteri). Kedua-dua market ini memang terbukti lumayan dan orang sanggup bayar untuk mendapatkan produk berkaitan pasaran tersebut di internet.

Ini adalah dua contoh sahaja di mana masih terdapat lagi pasaran yang lumayan di luar sana.

Setelah anda mengenali pasaran yang mempunyai potensi untuk menjana wang, anda bolehlah membangunkan produk atau servis yang boleh memberi penyelesaian masalah di dalam pasaran berkenaan.

Sewaktu membuat perancangan tersebut, anda seharusnya berupaya menyenaraikan segala kebaikkan dan kekurangan produk yang bakal anda pasarkan, siapakah pesaing yang bakal anda hadapi dan siapakah prospek sasaran sebenar anda. Prospek sasaran mestilah spesifik di mana anda perlu mengetahui maklumat dari segi jantina, linkungan umur, tempat tinggal dan lain-lain ciri demografik yang lain.

Pepatah ada mengatakan "Not everyone is your prospect" harus anda pegang selagi anda menjalankan perniagaan. Anda yang menetapkan ciri-ciri demografik tersebut.

Begitu juga dari segi bajet kos modal yang diperlukan dan tempoh masa yang anda perlukan bagi menjalankan sesuatu projek atau kempen pemasaran internet anda. Adakah ia bersifat jangka masa pendek seperti membuat jualan promosi terhad ataupun ia bersifat jangka masa panjang seperti jualan akan di buka sepanjang tahun.

Maklumat-maklumat seperti di atas tidak harus anda abaikan ketika melakukan aktiviti perancangan dalam perniagaan internet.

Ketemu lagi kita di email saya yang akan datang. Saya akan berkongsi lebih banyak lagi info berguna untuk anda membina perniagaan internet yang sebenar.

Sahabat Digital Anda,
Khairul Hazwan
http://perniagaandigital.com

No comments:

Post a Comment