Link unit

Thursday, January 14, 2010

MAKLUMAT BERKAITAN PENGELUARAN KWSP

==========================================

Simpanan KWSP anda adalah merupakan simpanan wajib yang bertujuan untuk membantu anda semasa persaraan, ini tidak bermakna anda langsung tidak dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan KWSP anda sebelum anda bersara.

KWSP ada menyediakan beberapa kemudahan pengeluaran untuk anda. Kemudahan-kemudahan pengeluaran ini adalah terdiri daripada Pengeluaran Sebelum Persaraan dan Pengeluaran Persaraan.

Pengeluaran Sebelum Persaraan membenarkan anda mengeluarkan simpanan sebelum anda mencapai umur persaraan. Tujuannya ialah untuk membantu anda membuat persediaan untuk persaraan anda nanti.

Manakala Pengeluaran Persaraan pula membenarkan anda mengeluarkan simpanan setelah anda mencapai umur persaraan.

Selain daripada kemudahan pengeluaran, KWSP juga ada menyediakan kemudahan pengeluaran pelaburan untuk ahli KWSP.


Pengeluaran Sebelum Persaraan

Pengeluaran Sebelum Persaraan membenarkan ahli-ahli mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka sebelum mereka mencapai umur persaraan. Tujuannya ialah untuk membantu ahli-ahli membuat persediaan untuk persaraan mereka nanti.

Pengeluaran Persaraan

Pengeluaran Persaraan pula membenarkan ahli-ahli mengeluarkan simpanan setelah mereka mencapai umur persaraan. Selain daripada skim-skim pengeluaran tersebut, ahli-ahli KWSP juga boleh mengambil bahagian di dalam Pengeluaran Pelaburan.


Berikut adalah pengeluaran-pengeluaran simpanan KWSP:

•Pengeluaran Umur 50 Tahun
•Pengeluaran Umur 55 Tahun
•Pengeluaran Membeli Rumah
•Pengeluaran Membina Rumah
•Pengeluaran Mengurangkan / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
•Pengeluaran Hilang Upaya
•Pengeluaran Meninggalkan Negara
•Pengeluaran Kesihatan
•Pengeluaran Pendidikan Ahli / Anak-anak Ahli
•Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Persaraan Pilihan
•Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
•Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
•Pengeluaran Kematian
•Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

No comments:

Post a Comment