Link unit

Thursday, January 14, 2010

TIP BERHUTANG

==========================================

Di sini akan diterangkan sikit mengenai "Bad debt" dan "Good debt"

Umumnya, selalu kita katakan yang berhutang adalah tidak bagus, lagi-lagilah kalau kita terperangkap dengan belenggu hutang, lagi sakit kan? Kadar 'interest' yang membebankan sedangkan 'pokok' langsung tidak berganjak. Uishh tu yang bahaya.. Tapi tahukah anda
ada juga hutang yang bagus atau "Good Debt". Akan diterangkan secara ringkas apakah BD dan GD.

=============================
Apa itu "Bad debt" (BD)?
=============================
Ringkasnya, apa sahaja hutang yang merugikan kita, ianya adalah BD. Contohnya hutang 9 tahun untuk pembelian kereta peribadi, ianya amat merugikan. Anda boleh guna kalkulator pinjaman beli kereta yang diedarkan dulu dan tengok berapa 'interest' yang anda bayar! Contoh
lain ialah 'personal loan' untuk melancong, berhutang untuk pembelian perabot dan lain-lain hutang yang TIDAK MENDATANGKAN HASIL atau tidak membawa apa-apa wang masuk ke poket anda, itu semua adalah BD!

=============================
Apa pula "Good debt"(GD)?
=============================
Ringkasnya juga, ianya ialah hutang yang menguntungkan kita. Contohnya hutang untuk membeli kereta untuk disewakan, dengan hutang itu, ianya memberikan anda sedikit pendapatan tambahan di samping dapat menampung bayaran bulanan anda. Maknanya, anda BERHUTANG untuk MENDAPAT HASIL TAMBAHAN. Ini namanya manipulasi hutang! Begitu juga berhutang untuk membeli rumah untuk disewakan, berhutang membeli tanah atau berhutang untuk membeli saham Sime Darby apabila ianya jatuh sehingga RM3.70 seunit sebelum ini. Semua itu adalah GD. Secara ringkasnya GD ialah hutang;

- mendatangkan hasil tambahan untuk anda (kereta sewa, rumah sewa)
- tidak membebankan, bahkan menguntungkan (lebihan sewaan)
- menambah portfolio pelaburan anda (saham, bon)
- menambah portfolio aset anda (rumah, tanah)

Anda boleh ambil tindakan sekarang, anda boleh berhutang, tapi pastikan ianya GD dan bukan BD!

Salam keutuhan kewangan untuk semua!
___________________________________________________
Sumber Petikan dari:
Muaz Hadi & Afraha Baiti
pengurusanwang.com

p/s Tahukan anda, Robert T.Kiyosaki mengkategorikan hutang membeli
rumah untuk kita diami ialah BAD DEBT?? Alasannya simple, lagi
besar dan cantik rumah peribadi kita, lagi banyak duit yang keluar
dari poket kita dan tiada wang yang masuk ke poket kita dengan
rumah itu.. Fikir-fikirkan..

No comments:

Post a Comment