==========================================
Siri 1
==========================================
Siapa kata anda tidak berjimat? Jangan salah faham kawanku. Saya tidak ragu-ragu lagi anda pasti berjimat dengan sebaiknya. Tapi masalahnya anda tidak sedar bahawa anda bersikap boros. Jadi mari kita lihat sepintas lalu 4 daripada punca kenapa keadaan ini berlaku.
1. kita tidak diasuh berjimat
Oleh kerana impaknya tidak mendadak dan jauh di masa hadapan. Jadi sikap berjimat cermat jarang sekali diterapkan. Sikap yang baik ini kurang diberikan perhatian yang sewajarnya. Hanya setakat jangan menghabiskan wang belanja harian ke sekolah. Itu pun bukan semua keluarga mengamalkannya. Anak-anak kurang diterapkan dengan pendidikan kewangan.
2. kehendak yang banyak
Anda juga hendak membeli dan mengambil alih seterusnya menerajui Microsoft, TM, Sime Darby, Berkshire Hathway, Arcelor Mittal, Reliance Industries, ExxonMobil, Petronas, Toyota Motor, GM, HSBC Group dan Citigroup di bawah satu bumbung (dan ini adalah sama dengan anda hendak menjadi dewa). Anda mahukan segala-galanya. Hanya satu pesanan saya. Kehendak anda tidak terbatas manakala wang anda adalah sangat terhad.
3. keseronokan semasa berbelanja
Membeli belah adalah menyeronokkan. Anda akan berasa girang dan gembira selepas membeli belah. Bagi kebanyakkan dari kita, hari yang paling menyeronokkan dalam hidup ialah dimana gaji anda keluar. Sebab anda akan dapat pergi ke gedung-gedung pakaian, restoran makanan segera, membeli itu dan ini. Sepanjang bulan anda telah bersusah payah bekerja. Tugasan bertimbun. Dimarahi bos. Tidur sehingga lewat malam. Jadi inilah masanya anda menikmati segala penat lelah anda.
4. sektor perdagangan yang semakin berdaya saing
Syarikat-syarikat pengeluaran hadir dengan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang bagus. Mereka memiliki pekerja yang cemerlang. Mereka penuh inovasi dan kreatif. Dibungkus dengan berwarna warni. Mereka menambah baik barangan yang sedia ada. Para usahawan juga kini semakin handal. Mereka menjual segalanya. Menjual keperluan, menjual kehendak, menjual impian dan menjual kejayaan.
Jadi itulah dia sahabatku, 4 daripada sekian banyaknya punca keborosan kita. Kalau ada kesempatan kelak, kita akan membincangkan lagi punca-punca yang lain pula. Pada siri 2 e-Kursus nanti kita akan melihat apakah sebenarnya yang menakutkan sesetengah orang sehingga tidak berani berjimat.
________________________________________________
*(Sumber: Julmazli Dempollok merupakan penyedia newsletter dalam niche
penjimatan, kewangan dan motivasi. Sila ke www.KeajaibanPenjimatan.com
untuk melanggan newsletter percuma beliau.)
Thursday, January 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment