=========================================
Tahukah anda apa itu eBay ?
Baiklah, biar saya terangkan sekali lagi. eBay adalah tempat lelongan barang secara online yang boleh didapati dengan harga lebih murah berbanding di kedai-kedai biasa.
Tak percaya ? Anda boleh check sendiri di kedai dan bandingkan dengan harga yang terdapat di laman eBay. Anda boleh mendapatkan barang di eBay dengan harga serendah $0.01.
Menarik bukan ? Itulah perbezaan antara membeli secara online dan juga offline.
Anda boleh berjimat dengan membeli pelbagai jenis barang dengan harga yang cukup murah. Belum tentu anda boleh mendapatkannya di pasaran luar ... hehe :)
Untuk permulaan di eBay, saya sarankan anda cari penjual yang mempunyai feedback yang tinggi. Anda boleh bertanyakan kepada penjual tersebut adakah dia menawarkan combine shipping bagi ke semua produk yang anda pilih dari stornya.
Bila dah ada pengalaman nanti, boleh la anda beli dari penjual yang masih newbie di eBay.
Sila berhati-hati dengan penjual yang mempunyai banyak feedback negatif berbanding feedback positif ... manalah tau kan :)
Lagi satu, jangan beli barang yang terlarang di eBay. Kalau anda dah habis baca panduan saya, mungkin anda faham apa yang dimaksudkan.
Baiklah sampai di sini saja untuk kali ini.
Jumpa lagi !
Farel Iskandar
www.gempaknewbie.com
Tuesday, January 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment