Link unit

Wednesday, January 20, 2010

INI RAHSIA ORANG KAYA

=====================================

Kunci Duit Anda! Anda Pasti BOLEH !!!

Kunci duit??

Tajuk hari ini ialah kunci duit, jangan biar duit anda lesap. Saya tak tipu, kalau anda ada 'kunci' yang bagus, keadaan kewangan anda pasti 'sihat'. 'Kunci' terbaik ialah "Jangan Tambah Hutang!" Langsaikan dulu hutang sekarang jika boleh dan jangan tambah hutang lain. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang. Jangan mudah terpedaya dengan skim belian ansuran, kemudahan kad kredit dan sebagainya. Beli hanya yang perlu, tangguhkan atau batalkan pembelian yang bersifat 'kehendak' dan bukan 'keperluan'

Jimat + Alternatif = Kunci duit;

Berjimat adalah perkara senang tetapi diabaikan. Bukan bermakna anda kedekut, tetapi berhemah. Contohnya belian ubat gigi, cari semasa harga promosi seperti beli 2 percuma 1. Begitu juga dengan barangan lain, cuba cari alternatif yang lebih murah, contohnya anda boleh berjimat dalam pembelian Kasut Adidas dengan pembelian di rangkaian al-Ikhwan berbanding di butik Adidas sendiri. Anda juga boleh memilih alternatif jenama lain yang lebih murah.

Jadi alternatif bukan sahaja aspek 'tempat pembelian' tapi juga 'fungsi/tujuan' dan 'banding harga'. Jika tujuan atau fungsinya sama, mengapa anda harus bayar lebih hanya kerana jenama? Ada sesetengah perkara 'jenama' penting, tapi banyak yang tak penting. Contohnya apa perlu jenama untuk pisau cukur, pen, wallet? Untuk fungsi yang biasa, anda boleh berjimat dengan mencari alternatif! Jangan pandang remeh tentang 2 perkara penting ini, kerana inilah antara rahsia bagaimana orang kaya kekal kaya! Lakukan sedikit 'survey' sebelum membeli.

Kisah Teladan;

Pernah satu ketika seorang hartawan menaiki kapalterbang 'Kelas Ekonomi' yang biasanya diduduki oleh orang-orang biasa. Tidak sesuai langsung dengan status nya seorang hartawan terkenal. Lalu ditanya kepadanya, kenapa tuan tidak menaiki 'Kelas Pertama' tetapi memilih 'Kelas Ekonomi' sedangkan tuan seorang yang kaya? Jawapannya simple dan bermakna, "Sebab itu lah saya kaya.."

Anda nampak jawapannya, walaupun lebih dari mampu, tetapi dia memilih untuk menjadi orang kebanyakan dan itulah kunci bagaimana dia menjadi kaya, hanya kerana dia mengamalkan 'JIMAT' dan 'ALTERNATIF'. Alternatif yang dimaksudkan ialah, tujuannya ialah sampai ke destinasi, yang mana adalah sama jika dia menaiki kelas pertama atau ekonomi, keduanya membawanya ke destinasi yang sama. Jadi dia memilih alternatif melalui 'fungsi/tujuan' dan 'banding harga'. Bila lagi kita semua nak bertindak sepertinya?

Bagaimana Dengan Menambah Duit ?

Nilai dulu keadaan kewangan anda, dan cuba akses kemampuan anda melalui catatan perbelanjaan bulanan. Setelah itu bincang dengan pasangan anda bagaimana keluarga anda boleh berjimat. Ketahui bagaimana cara anda boleh kawal dan optimasi kan wang bulanan anda. KWSP contohnya boleh dioptimasikan!

Nantikan email seterusnya dari kami nanti dan mula belajar bagaimana mahu me'ngetat'kan kewangan anda. Kalau anda ada akaun KWSP, ketahuilah banyak benda yang anda boleh manfaatkan dengannya.

Jumpa lagi !
Dari kami
team Pengurusanwang

No comments:

Post a Comment