Link unit

Tuesday, January 19, 2010

CARA LAIN CIPTA E-BOOK

==========================================

Panduan Untuk Mencipta Ebook.

Adakah anda berminat untuk menulis ebook? Sekiranya ya, adakah anda tahu apakah topik yang anda ingin tuliskan? Dan yang lebih penting, adakah anda mempunyai idea tentang apa yang mahu anda tulis? Sekiranya ada, anda digesa untuk menulisnya sekarang.

Apabila dalam keadaan tertekan, kebanyakan pengarang, termasuklah penulis profesional tidak dapat mengingati semua idea yang mahu mereka masukkan ke dalam ebook mereka, termasuklah artikel yang biasa.

Menulis semua idea untuk ebook merupakan cara terbaik untuk memastikan bahawa anda tidak lupa mana-mana bahagian penting yang anda mahu sentuh. Walaupun menulis semua idea adalah bagus, anda mungkin mahu membawanya lebih ke hadapan. Anda mungkin mahu membuat garis kasarnya.

Garis kasar boleh bertindak sebagai panduan untuk anda. Panduan yang akan membantu anda memastikan yang anda tidak terlupa apa-apa, malah membantu anda menulis artikel yang lebih bagus.

Garis kasar, termasuklah garis kasar untuk ebook, datang dalam beberapa format. Walaupun banyak format yang berbeza, terdapat beberapa item yang hampir selalunya termasuk dalam garis kasar ini.

Item-item ini ialah :
kenyataan tesis atau topik utama ebook, kategori dan sub-kategori.

Apabila menulis ebook, anda mungkin mahu membuat garis kasar untuk setiap bab yang anda bercadang untuk tulis.

Walaupun ia nampak seperti remeh tetapi kerja ini akan membuahkan hasil kemudiannya. Seperti yang disebut di atas, anda boleh membuat format garis kasar anda sendiri, tetapi mungkin juga anda mahu menggunakan contoh di bawah ini.

BAB 1 (Poin/Kenyataan tesis) -

Perenggan #1 (Kategori) - Ini adalah di mana anda patut menulis poin utama yang anda akan fokuskan.

Perenggan #2 (Sub-kategori) - Di sini ialah di mana anda boleh menyentuh secara terperinci poin-poin yang anda mahu liputi dalam perenggan anda.

Contoh di atas hanyalah contoh format yang boleh anda gunakan. Secara jujurnya, adalah tidak penting bagaimana anda membuat garis kasar tetapi yang penting ialah anda mempunyainya.

Malah, ada beberapa kelebihan kalau membuat garis kasar terlebih dahulu untuk ebook anda. Seperti yang disebut sebelum ini, garis kasar mengurangkan kebarangkalian kalau-kalau anda terlupa sesuatu yang anda mahu masukkan ke dalam e-buku anda.

Di samping itu, ini akan meningkatkan kualiti produk anda. Malah, garis kasar mungkin membantu meletakkan ebook anda berbeza dari yang lain-lainnya.

Garis kasar ebook bukan sahaja akan membantu anda menghasilkan produk yang lebih bagus, malah ia juga membantu anda melakukannya dengan masa yang lebih pendek. Garis kasar atau panduan ini, termasuklah untuk sebuah e-book, diketahui dapat membuat proses penulisan berjalan lebih cepat.

Apabila anda mempunyai panduan, anda tahu dengan tepat apa yang ingin anda tulis dan bagaimana anda mahu menulisnya.

Ini memberikan fokus kepada penulisan anda.

Anda tidak lagi perlu berhenti dan memikirkan idea-idea baru atau memikirkan apa yang perlu ditulis. Malah, garis kasar membantu mengurangkan risiko anda mengalami tembok sebagai penulis.

Tembok penulis selalu dikaitkan dengan gangguan. Jika anda mempunyai garis kasar,anda akan mendapati bahawa anda jarang berhenti untuk berfikir.

ok, kita sambung lagi di lain kali....Insya Allah.

No comments:

Post a Comment