Link unit

Thursday, January 21, 2010

TENTUKAN PERANCANGAN ANDA

===========================================

Apakah perancangan anda untuk tahun ini?

Apa lagi kalau bukan menambahkan pendapatan melalui internet marketing. Tapi sebelum melakukan apa-apa, anda perlukan satu Visi dan Misi.

Visi tidak sama dengan Misi...

Visi adalah satu perspektif kedudukan pada masa hadapan dan Misi adalah kaedah perlaksanaan sesuatu tugasan.

Anda perlu meramalkan kedudukan anda 1 tahun dari sekarang, 5 tahun akan datang, dan sedekad masa ke depan.

Selepas itu, anda perlu merangka tugasan yang hendak dilaksanakan untuk menjadikan ramalan menjadi kenyataan.

Apa yang boleh saya cadangkan untuk anda pada tahun ini adalah membina senarai email sebesar mungkin. Jangan pandang remeh dengan aktiviti membina senarai email kerana ianya adalah nadi aktiviti pemasaran di internet.

Itu cadangan saya kepada anda untuk tahun ini, tahun depan, tahun akan datang dan selagi anda bergelar seorang Usahawan internet.

Mulakan tahun baru anda dengan ilmu-ilmu dan tambahkan pengetahuan berkaitan dengan perniagaan internet.

Rammel Firdaus & Kasimo
SemarakHadiahRaya.com

No comments:

Post a Comment