Link unit

Thursday, January 21, 2010

3 CARA UNTUK BERJAYA SEPANTAS KILAT

==========================================

Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara yang boleh anda cuba praktikkan dalam usaha untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya dalam masa sepantas kilat!

Berjaya yang saya maksudkan boleh juga dalam konteks menjana pendapatan seperti yang anda mahukan ataupun menjadi seorang yang berpengaruh di dalam arena Internet Marketing itu sendiri di mana anda akan dipandang sebagai seorang yang mempunyai kredibiliti.

Cara Pertama
Ikut atau jadikan mana-mana usahawan internet yang anda kenali sebagai role model. Anda boleh ikut cara beliau menjalankan perniagaan beliau. Maksud tiru saya di sini bukanlah saya suruh anda tiru bulat-bulat sampai laman jualannya pun anda nak tiru sepatah-sepatah perkataan yang ada dalam tu. Don't plagiarize!

Anda boleh kaji dan cuba perbaiki lagi model perniagaan internet yang otai tersebut jalankan. Cara ini boleh saya katakan memang terbukti berkesan punya lah.

Sebab nya mudah, bila kita ikut sistem yang sudah BERJAYA, sudah pasti hasilnya pun sama sahaja yang bakal kita dapat iaitu KEJAYAAN.

Formulanya : Sistem perniagaan yang berjaya = Hasil yang berjaya

Jadi, jika anda ikut formula tersebut, maka anda juga turut akan berjaya.

Cara Kedua
Fokus pada satu projek sehingga berjaya. Cara ini boleh mengelakkan anda hilang fokus dan mengalami kerugian untuk jangka masa yang panjang setelah melaburkan modal terhadap sesuatu projek itu. Stick to one plan at a time.

Sebagai contoh, jika anda ada membeli sesuatu domain dan hosting yang baru, pastikan anda siapkan laman web dan segala content dalam laman web tersebut sehingga anda berjaya menjana pendapatan yang stabil untuk laman jualan tersebut. Jangan beli berpuluh-puluh nama domain dalam masa yang sama, tapi habuk pun takde. Pulangan keuntungan seperti yang diharapkan belum lagi nampak.

Cara Ketiga.
Anda haruslah menganggap bahawa melakukan bisnes internet ni full-time. Walaupun mungkin anda seorang yang kerja makan gaji. Anda mesti menetapkan minda anda yang anda sedang menjalankan perniagaan internet ini secara full-time.

Jika full-time sudah tentulah kita akan ambil serius dan menjadikan perniagaan internet ini sebagai kerjaya utama kita juga disamping kerja makan gaji. Anda perlu "makan IM, tido IM, minum IM".. :-)

Begitu juga jika anda seorang full-time IM (Internet Marketer), memang dah tak ada alasan lagi lah untuk anda ambil serius dan fokus 110% dalam IM ni. Sebabnya
IM ini lah 'periuk nasi' yang utama anda.

Jika anda betul-betul mengikuti 3 cara yang telah saya kongsikan di atas, saya percaya, ini dapat memendekkan perjalanan anda ke arah kejayaan dalam bisnes internet.

Sekian dahulu daripada Sahabat Digital Anda,

Khairul Hazwan
http://perniagaandigital.com

No comments:

Post a Comment