==================================
Hanya Satu Yang Jadikan Anda Kaya
Satu konsep kekayaan yang mesti anda faham jika anda mahu menjana kekayaan dengan cepat dan mudah.
anda mesti faham apakah dia "Pendapatan Aktif & Pasif"
Jangan tunggu lagi, saya akan beritahu anda semuanya disini.
Pendapatan Aktif: anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja. (Lebih 90% orang kerja makan gaji!)
Pendapatan Pasif: anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)
Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.
Mereka bebas untuk:
- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!
Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif, mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.
Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.
Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.
Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada kita.
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak, anda sudah mula untuk
bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda
melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan.
Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :
* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:
“Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara
pasif?” Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda
bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.
Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan diatas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepada saya nanti ;)
"Meraih Kejayaan Anda"
______________________________________________
Sumber Petikan Dari
Saudara Abdul Azim
Usahawan Internet
http://www.affiliatewebpack.com/
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment