==========================================
Untuk perkongsian pada kali ini, ia mengenai pentingnya untuk kita membina sumber pendapatan di internet yang pelbagai.
Kaedah yang boleh anda gunakan untuk melipat gandakan hasil pendapatan daripada internet ialah membina sumber pendapatan di internet lebih daripada satu.
Pelbagaikan sumber-sumber pendapatan berkenaan.
Mengikut pemerhatian saya selama ini, saya tidak pernah lihat mana-mana usahawan internet yang betul-betul berjaya atau 'otai' hanya menumpukan atau mempunyai satu sahaja sumber pendapatan di internet.
Mereka semuanya mempunyai lebih daripada satu sumber pendapatan di internet dan mempunyai beberapa laman web jualan. Oleh itu, kita ikut sahaja langkah mereka ini. Sudah
tentunya kita juga turut akan berjaya seperti mereka.
Kita ambil contoh Mc'Donald.
Kalau anda perasan, saya suka betul gunakan Mc'D sebagai contoh. Sebabnya mudah. Bagi saya, Mc'D adalah diantara perniagaan yang paling berjaya di dunia ini.
Ingat tak email saya yang lepas? Kita ikut dan jadikan orang-orang berjaya sebagai role model :-)
Kalau anda pergi ke kaunter pembayaran Mc'D, mereka bukan sahaja menjual cheeseburger. Anda boleh membeli apple pie, sundae, french fries, ayam goreng dan sebagainya.
Mereka menjual lebih daripada satu jenis produk, bukan hanya burger sahaja.
Sebabnya mudah, orang ramai mempunyai kehendak yang berbeza dan tertarik kepada produk-produk yang berbeza.
Begitu juga halnya dengan internet marketing. Lebih banyak laman web jualan berbeza dan produk yang berlainan anda bina, lebih ramai lagi prospek yang berbeza yang boleh anda tarik perhatian seterusnya sudah tentulah potensi penjanaan pendapatan anda melalui internet akan bertambah.
Sebagai contoh, jika anda menjual ebook yang diberi lesen RR atau MRR. Jangan hanya menjual satu ebook sahaja. Bina lagi beberapa laman web yang menjual ebook yang and diberi lesen MRR atau RR dan sasarkan kepada prospek yang berlainan jenis. Tapi, pastikan terlebih dahulu anda dah setelkan satu persatu laman jualan baru bina laman jualan yang seterusnya. Ingat ye,
seperti dalam email saya yang lepas, ada saya sarankan untuk 'stick to one plan' at a time.
Semoga Berjaya....."
Salam Kejayan dari saya,
Khairul Hazwan
http://perniagaandigital.com
http://orderformmudah.com
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment