===========================================
Melicinkan Kulit Muka
Nak licinkan kulit muka? Ambil beberapa helai daun jambu muda, gosokkan di keseluruhan muka dlm beberapa minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.Insyallah, kulit muka anda licin & tidak bermasalah.
Mata Cantik Bersinar
Nak Mata Yang cantik dan bersinar - Ketika mandi, jangan pejamkan mata anda. Biarkan air melalui mata, memanglah pedih pada mulanya, lama2 jadi kebiasaan sekiranya dilakukan setiap hari (Alah bisa tegal biasa!) Insyallah, mata anda akan kelihatan cantik berseri
Nak haluskan kulit muka
Pakai bedak sejuk (bedak sejuk kan diperbuat daripada beras).Insyallah, kulit anda bertambah halus. (tak perlu membazir beli losyen muka mahal-mahal!)
Lebatkan Rambut
Ambil beberapa helai daun rambutan yang agak muda, bersihkan. Ramas ke dalam satu gayung air. Biarkan lendirnya keluar. Sapu pada rambut. Biarkan 20 minit, bersihkan rambut dengan air sejuk. Lakukan 2 kali sehari.
Awek Muda
Ambil 2 biji tomato, buangkan kulitnya dan hancurkan. Simpan dalam peti ais selama beberapa jam. Campurkan sedikit madu dan pupurkan pada wajah selam 20 ke 30 minit. Bersihkan muka denga air biasa. Lakukan 2 kali seminggu. Rasailah kesannya yang luar biasa dan wajah anda kelihatan lebih segar dan awek muda.
Atasi Wajah Kering
Ramai yang mengalami masalah kulit kering, mengelupas danalah pada sabun pencuci muka. Untuk atasinya, ambil beberapa kelopak kobis dan tumbuk sampai lumat. Campurkan sedikit madu dan sapu pada wajah selama sejam sebelum mandi. Amalkan selama seminggu. InsyaAllah.
Rambut Berkelemumur
Ambil 10 helai daun pandan yang agak tua, Kisar dengan 2 gelas air sampai halus. Tapis untuk membuang airnya dan sapukan pada rambut hingga rata selama setengah jam. Bilas dengan air bersih. Rambut anda akan berbau wangi dan kelemumur akan hilang.
Kulit Cerah Selepas Bersalin
Ambil secawan beras pulut, sedikit garam dan serbuk kunyit atau kunyit hidup. Kisar dengan pengisar kering. Jangan terlalu halus. Gunakan sebagai lulur mandi. Lakukan 2 hari sekali. Hasilnya kulit akan nampak cerah berseri, dan juga dapat menghilangkan gatal-gatal di kulit.
Tuesday, January 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment