Link unit

Tuesday, January 19, 2010

MASALAH KETIDAKSUBURAN

==========================================

Tahukah anda bahawa ketidaksuburan adalah suatu masalah yang biasa didapati dalam mana-mana komuniti masyarakat. Menurut National Center for Health Statistics(NCHS), US, diangarkan bahawa 4.5 juta pasangan di US mengalami masalah ketidaksuburan setiap tahun. Kurang dari 2 juta daripada pasangan-pasangan ini yang mendapatkan bantuan khidmat nasihat dan rawatan kesuburan dari mana-mana pusat rawatan kesihatan. Ia adalah kurang dari separuh. Dari jumlah tersebut, 90% daripada mereka dapat dikenalpasti masalah-masalah yang dialami melalui diagnosis yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang fertiliti.

Hampir setiap orang mempunyai atau pernah mengenali sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga, rakan sekerja, jiran tetangga atau mana-mana individu yang mengalami masalah kesukaran untuk mendapat zuriat. Terdapat juga dikalangan mereka yang pernah hamil, tetapi mendapati bahawa mereka gagal dalam cubaan untuk hamil seterusnya selama beberapa tahun.

Ketidaksuburan adalah masalah yang sangat peribadi. Perasaan malu, rendah diri dan tertekan mungkin telah menghalang pasangan-pasangan ini dari mendapatkan khidmat nasihat dari mana-mana pusat rawatan. Ia juga mungkin disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang bila dan di mana untuk mendapatkan rawatan. Bahkan ada yang cuba menafikan bahawa mereka ada sebarang masalah masalah kesuburan.

Maka, atas sebab inilah, mudahhamil.com diwujudkan. Untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya untuk mengetahui ilmu-ilmu asas tentang kesuburan, punca-punca masalah kesuburan, di mana untuk mendapatkan rawatan, bila sepatutnya mula dijalankan diagnosis kesuburan dan segala kaedah perubatan alternatif yang ada di tawarkan.

Kami bukanlah pakar sakit puan atau pakar dalam mana-mana kaedah rawatan alternatif. Oleh itu, tidak ada sebarang rawatan dapat kami berikan. Tetapi, kami adalah pasangan suami isteri yang pernah mengalami masalah kesukaran mendapat zuriat semasa peringkat awal perkahwinan. Ia telah menggerakkan kami untuk membuat kajian yang mendalam tentang kesuburan. Melalui mudahhamil.com, kami akan berkongsi dengan anda hasil kajian-kajian tersebut.

Dari masa ke semasa kami akan berkomunikasi dengan anda bukan sebagai pakar perubatan, tetapi sebagai pasangan yang pernah melalui apa yang anda mungkin sedang lalui sekarang. Oleh itu, kami sarankan agar anda sentiasa memeriksa email dari kami yang akan mengandungi tips-tips dan maklumat-maklumat yang berguna berkenaan dengan kesuburan.

Selain itu, anda juga dijemput untuk melawat ke blog 'Rahsia Mudah Hamil' dari masa ke semasa kerana melalui blog tersebut juga kami sentiasa berkongsi artikel-artikel yang menarik dan berguna. Anda boleh klik ke www.MudahHamil.com/blog untuk melawat blog tersebut.

Mudah-mudahan melalui tips-tips dan panduan yang kami kongsikan dengan anda sama ada melalui report percuma, email atau blog, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam proses ikhtiar untuk menimang cahayamata.

Akhir sekali, jika anda telah berjaya hamil melalui mana-mana bahagian dari tips-tips dan panduan tersebut, kami berharap agar anda sudi untuk berkongsi dengan kami agar ia menjadi satu galakkan kepada rakan-rakan yang lain yang masih mencuba.

Sekian.

Sumbangan Ikhlas dari,
Abu Jarir & Ummu Aisyah
www.mudahhamil.com
www.MudahHamil.com/blog

No comments:

Post a Comment