Link unit

Sunday, January 17, 2010

PERANAN AUTORESPONDER DALAM BISNES ONLINE

==================================

Info Ini SANGAT PENTING!!!, jika anda ingin menceburi perniagaan secara online..

Tapi sebelum itu, ada 2 soalan yang anda mesti tanya dalam diri anda:

1) Apa Itu Autoresponder?
2) Apa Kegunaan Autoresponder dalam Perniagaan Online?


----------------------------------------------------
1) Apa Itu Autoresponder?
----------------------------------------------------

Autoresponder (Automatic Responder) adalah program yang mengirim email balasan secara automatik dengan isi kandungan yang sudah diset dan dibuat sebelumnya.

Sebagai contoh, jika ada pelanggan yang mengirimkan email ke alamat sales@domainanda.com, maka ia akan menerima email balasan secara automatik yang isi kandungannya sudah anda siapkan sebelumnya.


---------------------------------------------------------------
2) Apa Kegunaan Autoresponder dalam perniagaan Online ?
---------------------------------------------------------------

Kegunaan autoresponder yang paling besar dalam perniagaan online anda adalah untuk membina senarai prospek. Caranya adalah dengan menarik pengunjung web anda supaya memberikan email mereka kepada anda, dan sebagai “balasannya” anda memberikan informasi percuma yang sangat berguna untuk prospek.

Sebenarnya, teknik Ini adalah bertujuan untuk proses melakukan follow up kepada pelanggan yang tidak melakukan pembelian, selepas mereka keluar daripada web perniagaan yang
anda promosikan.

Perlu anda ketahui bahwa hampir seluruh orang yang berbelanja online tidak memutuskan untuk membeli disaat kali pertama datang ke web perniagaan anda. Kebanyakan mereka akan
berfikir dahulu dan akhirnya....lupa untuk membeli.

Inilah pentingya mengumpulkan email pengunjung web perniagaan anda, agar anda dapat menghubungi mereka kembali melalui email. Bahkan kebanyakan prospek anda akan membeli produk yang anda tawarkan setelah 5-7 kali anda “ingatkan” melalui email.

Maknanya, jika anda menjual sesuatu melalui internet baik sebagai afiliate maupun sebagai affiliate merchant (pemilik produk, seperti saya), maka sangatlah bijaksana jika anda mengarahkan semua pengunjung web perniagaan anda untuk beri email ke autoresponder anda.

Setelah orang memasukkan emailnya ke autoresponder anda melalui web form, maka anda boleh mengirim serangkaian email kepada prospek. Di sinilah uniknya!!! anda boleh siapkan beberapa email sekaligus dan mengatur interval (jarak) hari untuk kirim setiap email.

Misalnya, anda boleh mengatur email pertama untuk terus terkirim sebaik sahaja seseorang berikan email kepada anda (biasanya isi kandungannya mengenai salam perkenalan), lalu email ke-2 terkirim 3 hari berikutnya, lalu email ke-3 terkirim 5 hari setelah email ke-2, dan seterusnya. SENANGKAN???

Jadi ...dimana HEBATnya????

Hebatnya, Kerja promosi/menjual produk anda berjalan 24jam, setiap hari, siang dan malam.
Dan semua promosi terkirim secara automatik kepada setiap orang yang masuk ke database autoresponder anda...


--------------------------------------------------------------
Biar autoresponder yang lakukannya untuk anda!!
--------------------------------------------------------------

Untuk pengetahuan anda, En. Abdul Azim, Usahawan Internet ada menyediakan Program Autoresponder dalam Affiliate Website Pack. Jika anda berhajat untuk menggunakannya,
anda boleh kunjungi ke web berikut untuk dapatkan maklumat lanjut: www.affiliatewebpack.com/

No comments:

Post a Comment