Link unit

Monday, January 18, 2010

AMALAN BERDIET

============================================

Bijirin Oat, Asparagus,Avokado......Apa tu....?

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ceria!

Apa khabar hari ni? Dah makan? atau.... tengah berdiet?

Apakah sebenarnynya matlamat berdiet? Mesti ramai yang jawab untuk....mengurangkan berat badan @ melangsingkan badan!

Tahukah anda, amalan berdiet yang tidak teratur menjadikan anda sukar mengurangkan berat badan anda? Disebabkan terlalu ghairah berdiet, anda banyak mengabaikan makanan-makanan yang anda sangka menambah berat badan anda!

Janganlah keterlaluan semasa berdiet, itu tak boleh makan...ini tak boleh makan.... lama2 pengsan dek kerana tak makan!

Nikmati makanan kegemaran anda tetapi...hadkannya dalam kuantiti & jumlah kalori yang betul setiap hari & jangan lupa bersenam supaya anda lebih cergas & ceria!

Oklah, di sini saya listkan makanan-makanan yang bagus diambil semasa berdiet:-

1)kacang buncis & kacang panjang - banyak potassium.

2)Bijirin oat - antioksida & banyak serat, membakar lemak jadi anda bertenaga sepanjang hari!

3)limau & anggur - membantu membentuk kolagen,melancarkan perjalanan darah & memperkuatkan rambut.

4)Brokoli - rupanya macam bunga kobis,kaya dengan selenium,kalsium,beta karoten, Vitamin c & E.

5)Bawang putih & Bawang merah - kaya dengan sulfur,Vitamin c & E, bersifat antibiotik.

6)Pisang - tak kiralah apa pun jenis pisang-pisang emas,pisang berangan, pisang montel-kaya dng potassium $ vitamin.

7)nenas - banyak Vitamin C & kolagen (kat Johor kan banyak nenas...!)

8)Asparagus - ramai yang tak suka sayur ni.., ianya antioksida & membantu mengawal tekanan darah.

Banyak lagilah makanan kalau nak dibuat senarai...yang penting banyak-banyakkanlah makan sayur-sayuran,ulam-ulaman & buah-buahan, air kosong jangam lupa minum ya...

Oklah, jumpa di lain waktu.

Salam Sihat Ceria!
Sumbangan Azlina Mustafa @ Cikgu Ina

No comments:

Post a Comment