Link unit

Sunday, January 17, 2010

MENTOR KEWANGAN

============================================

Macam mana status kewangan anda sekarang? Harap masih stabil dan semakin hari semakin bagus.

Apakah yang anda harus tahu, dalam prinsip pengurusan kewangan?

Bagi saya mencari mentor adalah sesuatu yang penting. Mentor akan menilai status kewangan anda, data masuk dan keluar serta sebagainya sebelum mengesahkan kedudukan kewangan dan mencadangkan plan kewangan yang sesuai.

Ada yang bertanyakan kepada saya mengenai perancangan kewangan peribadi dan pelaburan, tapi jawapan yang saya berikan adalah terhad. Ini kerana maklumat kewangan anda tidak lengkap untuk dikaji. Jadi saya cadangkan agar anda mencari "MENTOR" anda atau konsultan
untuk itu. Anda pasti akan terkejut dengan caj yang mahal yang dikenakan dan saya pernah mengikuti satu sesi perancangan kewangan yang harganya RM1800 tetapi amat berbaloi. Tapi anda jangan pula jadi seperti saya, anda carilah yang murah dan berbaloi, sebab kita nak buat duit dan bukan buang duit kan?

Jadi atas rasa tanggungjawab kepada mereka yang bertanya soalan dan pandangan, saya syorkan kepada anda 2 Khidmat Rundingan yang murah dan berbaloi;

1) Bengkel Bebas Hutang oleh En.Aziz Ibrahim (RM80-RM100)
Beliau merupakan seorang penulis Buku kewangan dan penasihat kewangan yang dikenali ramai. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di;

http://www.azizcfpx.com/workshop.htm

2) Pengurusan Kewangan Peribadi (rundingan asas-PERCUMA)
Antara perundingnya ialah Hjh Rohani Datuk Hj Mohd Shahir dan Hj Mahdzir Md Isa iaitu tetamu jemputan yang sering muncul di rancangan Bijak Wang anjuran TV3. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di:

http://hijrahwealth.com/?page_id=11

Oleh itu carilah mentor kewangan anda untuk kesejahteraan kewangan jangka masa panjang! Ambil peluang yang ada sementara masih ada ruang.

Salam kesihatan kewangan!

Sumbangan Muaz Hadi & Afraha Baiti
pengurusanwang.com

No comments:

Post a Comment