==========================================
Beberapa hari lepas saya menerima sms dari sahabat saya, seorang usahawan yang berjaya.
SMS tersebut tertulis...
"Selamat Tahun Baru, Semuga Kau Buat Sejuta Ringgit Tahun Ini."
Saya menjawab,
"Terima kasih! Nampaknya saya perlu kerja lebih kuat!"
Selepas beberapa minit saya mendapat balasan daripada beliau:
"Tidak.Kau Silap. Kau hanya perlu kerja lebih bijak."
Saya terpaku untuk beberapa saat.
Saya terfikir sendiri-- Adakah saya bekerja cara bijak hari ini?
Anda tentunya tahu, ini bukanlah satu perkara baru. Kita telah mendengar seribu kali. Pada awalnya, ianya tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada saya sehinggalah saya mula FAHAM maksud yang tersembunyi.
Mengetahui dan memahami adalah dua perkara yang berbeza, walaupun ada yang fikir ianya sama sahaja. Dan ianya juga menjadi punca mengapa ramai yang gagal menjana wang di internet selepas mengikuti kursus-- kerana mereka TAHU maklumat tertentu, tetapi tidak faham apa maksud sebenarnya.
Jika anda buat duit banyak dengan bekerja lebih kuat, saya minta maaf kerana tiada apa yang boleh dibanggakan. Anda terpaksa meluangkan lebih banyak masa dan tidak produktif.
Bekerja cara bijak meningkatkan masa yang ada. Ini bermakna,anda meluangkan masa yang sama tetapi anda dibayar lebih berlipat kali ganda.
Itu rahsianya!
Faham konsep ini dan hidup anda akan lebih bahagia. Saya jamin.
Ada banyak cara untuk anda bekerja lebih bijak.
Jika anda mahu mempelajari sesuatu, jangan buang masa buat sendiri. TANYA.
Jika tiada yang menjawab, beli ilmu dan pengalaman orang lain. Ianya lebih cepat dan mudah.
Fokus kepada idea dan perancangan bisnes. Bukan hanya untuk buat duit tetapi bagaimana membina bisnes online yang boleh menjana pendapatan untuk anda untuk jangka masa yang lama.
Anda bekerja bijak dengan membuat sesuatu yang terbukti berkesan untuk menjana wang daripada mencipta sesuatu yang belum pasti. Inovatif, bukannya kreatif!
Saya pasti anda tentu lebih banyak idea untuk bekerja cara bijak. Mungkin lebih baik dari yang saya dedahkan. Yang pastinya...
Saya tak mahu bekerja kuat. Bagaimana dengan anda?
Demi Kejayaan Anda 2010,
Sumbangan daripada Mohd Nizam Dan Adlan
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment