===========================================
Siri 3
===========================================
Setiap hari, kita dihujani oleh pelbagai maklumat. Ianya semakin lebat kini, seumpama anda sedang melalui salah satu hari di dalam musim tengkujuh. Dengan kepesatan teknologi dan dibantu pula oleh Internet, kita seolah-olah lemas di dalam kebanjiran maklumat. Pelbagai maklumat disogokkan. Malangnya, hanya sedikit (terlalu sedikit sebenarnya) daripada maklumat-maklumat itu yang membantu kita untuk mengawal penggunaan wang. Sementara yang lain, hampir kebanyakkan maklumat itu tadi menggesa anda mengeluarkan wang (nasib baiklah ada e-Kursus dan newsletter seperti ini.. hehe). Pada akhirnya, wang kita pun keluar ke semua arah. Ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke banyak tempat. Mana tidaknya, iklan dimana-mana. Tentang peluang, tentang teknik hebat, tentang rahsia ajaib, tentang insurans tercanggih dan macam-macam lagi.
Jadi izinkan saya menerangkan kenapa anda mesti mempelajari teknik berjimat. Berikut ialah antara sebabnya;
Terhindar daripada melakukan pembelian yang tidak perlu anda lakukan.
Sudah pasti barangan mereka baik dan berguna. Ianya berharga. Ianya cantik. Ianya hebat. Ianya mengembirakan anda. Saya tidak nafikan, kerana saya sendiri juga membeli beberapa barangan tersebut. Namun jangan lupa untuk selalu menanyakan ini pada diri. Setiap hari, setiap masa dan setiap kali anda berhadapan jurujual yang manis. Tanyakan pada diri anda, adakah anda memerlukan barangan tersebut? Berapa lama barangan tersebut akan anda gunakan? Sebab itulah kebanyakan pembelian saya bukan atas saranan sesiapa (termasuk jurujual tadi). Melainkan atas sebab ia memang saya perlukan.
Mampu mengatur perbelanjaan dengan betul
Dengan mempelajari teknik-teknik berjimat, anda sebenarnya belajar mendisiplinkan diri. Anda belajar mengawal keinginan, dan anda sesungguhnya sedang belajar mengasingkan antara keinginan, kehendak dan keperluan. Anda akan lebih tahu kemana harus wang anda pergi dan jumlahnya.
Anda tidak kehabisan wang
Ini sudah pasti. Kekurangan wang barangkali sesekali masih boleh terjadi, tetapi anda tidak mungkin kehabisan wang. Bagaimanapun selepas semakin mahir, keadaan kekurangan wang itu pun juga akan jarang terjadi lagi. Bagaimana mungkin anda kehabisan wang kalau wang yang anda jimatkan itu disimpan. Malah lebih baik lagi dilaburkan.
Hutang anda langsai dengan cepat
Masalah hutang tertunggak atau hutang habis dengan sangat lambat sebenarnya hanya disebabkan oleh dua alasan sahaja. Pertama, anda tidak mempunyai wang untuk melangsaikannya. Kedua, anda sengaja tidak membayarnya. Itu sahaja. Memandangkan hanya sebilangan kecil yang sengaja melambat-lambatkan pelangsaian hutang, jadi sebahagian besar itu tentulah disebabkan alasan yang pertama. Oleh kerana anda sudah ada wang baki berjimat. Ada lagikah alasan lain kenapa liabiliti anda bertahan sebegitu lebih lama?
Sekianlah sahaja 3 siri e-Kursus Mengubah Paradigma Berjimat. Ini adalah siri terakhirnya. Janganlah sedih sangat sahabatku, kita masih akan berjumpa lagi tapi di rangkaian newsletter KeajaibanPenjimatan.com pula.
Sehingga berjumpa lagi..
_________________________________________________
*(Sumber: Julmazli Dempollok merupakan penyedia newsletter dalam niche penjimatan, kewangan dan motivasi. Sila ke www.KeajaibanPenjimatan.com untuk melanggan newsletter percuma beliau.)
Anda dibenarkan menerbitkan semula artikel ini di dalam blog, ezine, newsletter dan ebook anda untuk apa jua tujuan asalkan tiada perubahan dilakukan terhadapnya. Tetapi anda wajib menyertakan sumber* di atas.
====================================
Penafian
====================================
e-Kursus ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan sahaja. Segala strategi yang digariskan dalam e-Kursus ini mungkin tidak sesuai bagi setiap individu dan tiada jaminan dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu keputusan. Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang terkandung dalam e-Kursus ini. Penulis secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atas risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi daripada apa juga kandungan daripada e-Kursus ini.
Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment