===========================================
Belajar untuk fokus merupakan satu perkara yang sangat penting dalam memulakan perniagaan internet. Ia boleh menjadi penentu kepada kejayaan perniagaan internet anda.
Tanpa fokus. Perniagaan anda akan hilang halatuju. Ini adalah kerana anda mungkin mempunyai banyak idea perniagaan yang ingin dilakukan. Jangan buat kesemuanya. Fokus pada perniagaan yang sesuai dengan jiwa anda.
Pastikan perniagaan yang dilakukan tidak membebankan anda dan mengganggu hidup dan kerjaya anda jika ianya dilakukan secara part time.
Pendapatan tambahan kini menjadi keperluan utama untuk anda mengatasi masalah kelembapan ekonomi pada hari ini. Jika terlalu banyak idea, fokus pada idea yang anda mahir dan tahu.
Tunggu tips pada akan datang berkenaan pemilihan idea perniagaan yang terbaik.
Salam Usahawan!
Sumbangan -sham
p/s: Idea hanya tinggal idea jika ia tidak dilaksanakan.
Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment