==========================================
Apa khabar hari ini? Semoga sihat & ceria.
Hari ini saya nak bercerita tentang beras....yelah bila dah masak menjadi nasi.
Nasi adalah makanan rugi rakyat Malaysia, tak kiralah Melayu, Cina, India dll. Ianya mengandungi kabohidrat bagi membekalkan tenaga & nutrien yg tinggi disebabkan kandungan kanjinya.
Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang beras @ nasi :
1)Terdpt lebih 120,000 jenis beras...(mak oii...banyaknya!) di seluruh dunia!
2)Beras Jasmin seharum namanya, hanya ditanam di Thailand.
3)Beras Basmathi diimpot dr India & Pakistan,ia memanjang 2x ganda apabila dimasak & wangi.
4)Beras Perang @ Brown Rice mampu mencegah beberapa jenis penyakit eg.penyakit hempedu, kurang darah, sembelit, sakit perut & usus,tekanan darah tinggi & rendah, kencing manis, lemah daya seks, lemah saraf & sakit kepala.
5)Nak buangkan kutu beras? Senang je...masukkan beberapa tangkai cili kering @ serai ke dalam bekas beras, insyaallah beras anda tidak lagi berkutu malah berbau wangi!
6)Cara terbaik membasuh beras - Jangan basuh beras lebih drpd 3x, nanti kanjinya akan kurang & khasiatnya hilang. Jangan lupa berselawat ya.
7)Jika anda mahu kuruskan badan dengan tidak memakan nasi, ini adalah kurang tepat!Nasi-sumber tenaga & nutrien! Anda perlu kurangkan pengambilan gula,lemak & minyak & banyakkan bersenam.
8)Nasi Ambang dikenali juga sebagai Nasi Ambeng di kalangan masyarakat Jawa.
9)Nasi Kerabu yang asli hanya terdpt di Negeri Cik Siti Wan Kembang & menjadi hidangan sarapan pagi, tengahari & malam.
10)Untuk melambatkan nasi dari basi, masukkan 3 kuntum bunga cengkih & secubit garam halus & tanaklah sepeti biasa. Insyaallah, nasi anda lambat basi.
Oklah, kalau nak bercerita tentang beras @ nasi ni, sampai besok pun tak habis!Setakat ini dulu, kita jumpa di lain waktu.
Salam Sihat Ceria!
Azlina Mustafa @ Cikgu Ina.
Sunday, January 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment