Link unit

Sunday, January 24, 2010

ANDA TAKKAN JADI KAYA JIKA...

==========================================

Anda tak akan kaya jika anda tidak MENYIMPAN!

Anda tak boleh MENYIMPAN jika anda tak tahu BERJIMAT!

Anda tak boleh BERJIMAT jika anda tak tahu CARANYA!


Antara kata-kata pakar kewangan:

Saya tidak perlu mengupas lebih panjang lebar tentang simpanan, ini kerana simpanan adalah asas kekayaan. Kunci kekayaan bukan pada pendapatan tetapi pada simpanan, rahsia kekayaan bukan bergantung kepada berapa banyak pendapatan anda tetapi berapa banyak yang boleh anda simpan dari pendapatan anda.

"It's not how much you make but how much you keep".

Lebih banyak simpanan anda secara automatik pendapatan anda akan meningkat. Jika anda masih tidak tahu bagaimana untuk menyimpan atau bagaimana simpanan dapat membantu anda, sampai bila-bila pun anda tidak akan jadi senang, tidak kira berapa banyak pendapatan anda sekalipun, anda akan menghabiskan banyak masa bekerja untuk mendapatkan pendapatan lebih dan terus membuang masa dan tenaga anda, tanpa anda sedari masa anda telah banyak dihabiskan. Apa yang ada didepan anda hanyalah barangan yang tidak bernilai walaupun wang anda telah banyak dikeluarkan, kini yang ada hanyalah sisa-sisa kehidupan dihari tua yang penuh dengan kegelapan.

Mereka yang mempunyai simpanan akan hidup lebih senang dan selesa dihari tua, ketika mereka tidak boleh lagi bekerja. Mereka masih boleh menjalani kehidupan tanpa perlukan bantuan sesiapa, hidup tenang tanpa beban kewangan.

Simpanan adalah asas kepada kekayaan.

Mahu memaksimumkan simpanan anda dengan pantas? Penjimatanlah caranya!

Banyak CARA dan JALAN untuk berjimat, tapi kita tak selalu perasan..

Setiap bulan anda akan mendapat gaji. Dari gaji tersebut anda membelanjakan wang anda bagi memenuhi keperluan hidup seharian anda. Mungkin antara belanja wajib yang perlu anda belanjakan adalah seperti di bawah:

Belanja dapur
Minyak kereta
Ansuran kereta
Sewa rumah
Bil Elektrik
Bil Air
Bil telefon
Bayaran pinjaman
Bayaran kad kredit
Dan lain-lain

Jika di lihat dari senarai di atas mungkin anda tidak tahu bahagian mana boleh anda kurangkan supaya pengeluaran wang anda dapat dikurangkan, kerana secara majoritinya jumlah yang perlu dibayar memang tidak boleh dikurangkan lagi.

Bagi anda yang sememangnya mempunyai gaji besar dan mempunyai lebihan wang sudah pasti anda tidak mengalami masalah dalam menghadapi kehidupan seharian namun bagi mengambil langkah persedian zaman gawat, anda juga perlu untuk mengurangkan pengaliran keluar wang anda.

Bagi anda yang boleh kata setiap bulan cukup-cukup makan sahaja perbelanjaan wang anda, anda harus ambil perhatian. Anda seumpama telur di hujung tanduk. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini maka anda berada dalam keadaan yang tidak selamat. Mengurangkan pengaliran keluar wang anda adalah sesuatu yang wajib.

Apatah lagi anda yang sentiasa garu kepala pening memikirkan wang yang tidak cukup setiap bulan. Mahu tidak mahu, susah atau senang anda terpaksa memaksa diri anda melakukan penjimatan dan seterusnya mengurangkan pengaliran keluar wang anda.

Apa pun keadaan ekonomi anda ‘PENJIMATAN’ mampu membantu anda mengurangkan pengaliran keluar wang anda.

Mula berjimat dari sekarang dan anda akan tersenyum di akhir bulan kerana anda ada wang lebih!

Jumpa lagi untuk tips lain. Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Muaz Hadi & Afraha Baiti
pengurusanwang.com

No comments:

Post a Comment