Link unit

Tuesday, February 2, 2010

PETUA KESIHATAN

==========================================

Nafas Berbau

Kalau nafas anda berbau, ambil secubit garam, kulit kayu manis & tiga kuntum bunga cengkih, tumbuk bahan2 ni halus2. Lepas tu gosok gigi anda dengan bahan2 yang ditumbuk tadi. Amalkan seminggu sekali, insyallah nafas anda segar mewangi & gigi putih berseri!

Mengurangkan Batuk Selsema

Cara mengurangkan batuk selsema - sapukan sedikit kapur sireh yang dicampurkan dengan minyak kelapa di leher & hidung semasa selsema. Insyallah dapat melegakan batuk selsema terutamanya untuk anak2 kecil.

Melawaskan kencing

Minumlah segelas air basuhan beras (yang benar-benar bersih saja tau!) selepas makan tengahari. Ulangi sehingga sembuh.

Cirit-birit

Tak payah ke klinik, minumlah secawan air basuhan beras & ulangkan pengambilan
sehingga anda lega.

Penawar Sakit Kuning

Bayi yang baru lahir kerap mengalami masalah sakit kuning. Ubatinya dengan cara memandikan bayi dengan air rebusan kulit batang pokok pulasan. Ambil kulit batang pokok pulasan dan rebus hingga mendidih. Biarkan suam baru mandikan bayi. Lakukan 3 hari berturut-turut. InsyaAllah sembuh.

Merawat Bisul

Tumbuk beberapa helai daun pokok semalu hingga hancur. Sapukan di sekeliling bisul sahaja. Jangan sampai tertutup mata bisul. InsyaAllah bisul akan cepat kering dan tidak meninggalkan parut.

No comments:

Post a Comment