Link unit

Tuesday, February 2, 2010

6 TIPS PEMASARAN DENGAN FACEBOOK

==========================================

Minggu ni saya akan berkongsi lagi tips-tips berkaitan pemasaran dan perniagaan internet yang lain.

Anda tentu tahu Facebook kan? Dah buka akaun Facebook ke belum?

Kalau belum, anda hentikan apa pun yang anda buat sekarang dan terus buka satu akaun Facebook di http://facebook.com tapi buka la lepas habis baca email saya ni ok :-)

Kita sebagai seorang ahli pemasaran internet tidak harus mengabaikan Facebook sebagai salah-satu daripada tools dalam memasarkan perniagaan kita (ingat ye..saya sebut memasarkan bukan menjual)

Berikut saya kongsikan 6 tips dalam menggunakan Facebook dengan lebih efektif :

1. Peruntukkan masa untuk beberapa minit dalam sehari untuk explore akaun Facebook anda sendiri. Anda boleh belajar dan try-try pelbagai aplikasi yang disediakan. Ketahui beberapa function asas dan advance.

2. Cari rakan-rakan Facebook yang mempunyai minat yang sama dengan anda. Anda boleh search samada mengikut location, school, workplace atau ciri-ciri lain mengikut kesukaan anda sendiri.

3. Add rakan-rakan yang baru dan jangan lupe approve cepat-cepat jika ada friend request.

4. Cari dan sertai Groups berkaitan bidang dan minat anda.

5. 'Aktif-aktif kan diri mu' di Groups-groups yang anda sertai. Post kan mesej atau artikel-artikel tulisan anda sendiri sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ini boleh meningkatkan tahap visibility anda dalam group tu.

6. Post mesej di Wall anda atau reply dan komen di Wall rakan-rakan anda.


Itu saja yang dapat saya kongsi kan bersama anda pada kali. Dalam menjalankan aktiviti pemasaran melalui laman social networking macam Facebook, pokok-pangkalnya, anda perlu perbanyakkan perkongsian ilmu-ilmu bermanfaat dan lebih kepada nak berkawan daripada nak menjual secara terus semata-mata.

Minggu depan, saya akan berkongsi pula tips-tips berkaitan meningkatkan tahap produktiviti dalam menjalankan tugasan seharian kita. Kira tips tu more on motivation la pula.

Semoga sukses buat anda.

Sahabat Digital Anda,
Khairul Hazwan
http://perniagaandigital.com

No comments:

Post a Comment