Link unit

Tuesday, February 23, 2010

Penggunaan Ubat-ubatan secara selamat!

==========================================

Hari ini saya hendak berkongsi beberapa tips ttg PENJAGAAN UBAT-UBATAN PESAKIT.

Tips ini saya diberi oleh sahabat baik saya, seorang ahli farmasi.

1)Simpan ubat-ubatan di dalam bekas yang asal.

2)JANGAN campurkan ubat-ubatan di dalam bekas yang sama.

3)JANGAN sesekali tanggalkan LABEL ubat-ubatan anda.

4)TOLONG BUANGKAN/LUPUSKAN ubat-ubatan yang telah tamat tempoh hayatnya.
Anda boleh tuangkan ubat cecair di dalam sink atau tablet di dalam mangkok tandas
(jangan lupa flush tau!)

5)JANGAN berkongsi jarum suntikan dengan orang lain.

6)Simpan ubat-ubatan pada suhu bilik kecuali yang dinyatakan cara penyimpanannya.


PENGGUNAAN UBAT-UBATAN SECARA SELAMAT.

1)BACA label ubat-ubatan dengan teliti.

2)PATUHI dos/sukatan yang telah ditetapkan.

3)ELAKKAN pengambilan yang melebihi dos/sukatan yang telah ditetapkan.

4)JANGAN mengambil ubat tambahan tanpa merujuk doktor/ahli farmasi anda.

5)JANGAN berkongsi ubat dengan orang lain, JANGAN ambil ubat yang diberikan oleh orang lain.

6)Sekiranya simpton penyakit masih belum pulih, hentikan penggunaan ubat tersebut &
rujuk semula doktor/ahli farmasi anda semula.

7)Sila maklumkan kepada doktor/ahli farmasi sekiranya anda hamil/menyusu anak/alah kepada bahan tertentu sebelum mengambil sebarang ubat.

8.PASTIKAN anda menghabiskan ANTIBIOTIK dalam tempoh yang ditetapkan.


MEMAHAMI ARAHAN PENGAMBILAN UBAT.

1)Sebelum makan - 1 setengah jam sebelum makan.

2)Selepas makan - Sejurus selepas makan.

3)Semasa makan - Ketika makan

4)2 kali sehari - setiap 12 jam.

5)3 kali sehari - setiap 8 jam.

6)4 kali sehari - setiap 6 jam.


Semoga tips di atas memberi manafaat besar kepada sahabat2 sekelian.

Jumpa lagi di lain waktu.

Salam Sihat Ceria!
Azlina Mustafa @ Cikgu Ina.

No comments:

Post a Comment