Link unit

Tuesday, February 23, 2010

7 Rahsia Affiliate Berjaya

==========================================

Disebabkan saya banyak menerima pertanyaan demi pertanyaan mengenai cara nak promosikan affiliate "Belajar Bisnes Dengan Raja Kamil" ,maka saya mengambil keputusan untuk berkongsi 7 Rahsia Affiliate saya. Taklah rahsia mana pun, ^_^. Tapi, cara ini berkesan buat saya, dan insya Allah, berkesan buat anda juga.

Rahsia # 1

Pre Sell
Bila kita sertai apa-apa affiliate, kita akan diberi URL khas. Salah satu teknik yang berjaya ialah, kita buat satu landing page menceritakan serba ringkas, apa yang pelanggan kita bakal dapat bila ke URL affiliate kita tadi.

Dengan cara ini, trafik yang kita hantar taklah terkejut sangat. Work flow dia begini,
Trafik -> Landing Page -> URL affiliate

Dalam landing page tu, kita senaraikan masalah-masalah, dan penyelesaiannya ialah, Klik Sini (iaitu link affiliate anda tadi). Cuba lah !

Dah cuba rahsia pertama ? Susah? Alah, guna blogspot pun boleh kalau nak buat landing page tu...huhu... Ok, takpe-takpe, kita tengok Rahsia Kedua pula.

Rahsia # 2

Bina Mailing List Yang Targetted
Mailing List ialah senarai email yang kita dapat secara sah. Targetted, iaitu, mailing list yang ada kaitan dengan produk yang kita nak promosikan. Dalam contoh kita ialah promosikan "Belajar Bisnes Internet Dengan Raja Kamil".

Jadi, apa yang kita boleh buat ialah, kita dapatkan autoresponder, yang terbaik ialah Aweber. Selepas itu, kita bina landing page, dalam tu kita masukkan opt-in form (borang online). Tawarkan sesuatu yang percuma dan menarik, pastikan ia ada kaitan dengan "Belajar Bisnes Internet Dengan Raja Kamil". Contohnya, ebook berkaitan dengan cara buat duit online. Kemudian, promosikan di tempat-tempat yang ramai orang. Senang kan?

Selepas itu, buat 14 follow up email (email yang diset untuk dihantar secara automatik). Mailing list ini, kita boleh guna berulang kali jika mempromosikan produk yang saling berkaitan.

Ok, mudah je kan Rahsia Kedua ni?

Rahsia # 3

Biasanya URL affiliate yang kita perolehi dari admin laman web, adalah 'tidak cantik' Contohnya begini, http://www.e-toyol.com/index.php?ref=rk. Tak manis kan , huhu, tapi bagaimana kalau, http://rkurl.com/toyol ?

Nampak lebih ayu gitu, haha. Betulkan? Kalau, http://www.e-toyol.com/index.php?ref=rk
1. serabut
2. kalau orang jenis pendengki, dia akan copy, 'http://www.e-toyol.com/index.php'
je, dan buang link affiliate anda. Rugi je promot, komisen tak dapat.

Tapi kalau, http://rkurl.com/toyol
1. Nampak lebih kemas
2. orang tak boleh nak buang link affiliate kita.

Sebenarnya, selain www.rkurl.com, banyak lagi, cloak tool ni. Kita boleh pakai tinyurl , shorturl dan seangkatan dengannya.

Secara peribadi saya sarankan gunalah www.rkurl.com.... Kerana:
1. Buatan Malaysia (saya punya)
2. Kita boleh track, berapa klik yang link kita tu dapat (kena daftar percuma dahulu)
3. lebih pendek daripada kebanyakan 'tinyurl' kat luar sana.

Ini tip daripada saya, untuk jadikan rkurl kita tadi tu menarik.
1. gunakan keyword pada link, contoh, katakan anda promosikan produk e-toyol, rkurl anda, mestilah, http://rkurl.com/toyol
2. Gunakan huruf besar ketika nak promot, antara http://rkurl.com/Toyol dengan
http://rkurl.com/toyol mana yang anda rasa lebih nak klik?

Ok, itu sahaja untuk rahsia yang ke 3.

(P/S : Kalau anda ada darah tinggi atau kencing manis, Saya sarankan anda minum teh pecah beling. Rupa-rupanya, hari tu, saya batuk-batuk disebabkan pening. Saya pening disebabkan darah tinggi saya naik. Tension kot. Selepas minum pecah beling dan exercise sikit, dah ok. Alhamdulillah.)

Ok, ok, kita sambung tip seterusnya.

Rahsia # 4

Tip seterusnya ialah, kita mesti sentiasa track link affiliate kita. Saya maksudkan track link affiliate ialah, track berapa jumlah trafik yang kita dah dapat, dan berapa jumlah jualan yang kita dah kumpul.

Tujuan dia ada 3.
1. Untuk memastikan trafik yang kita perolehi itu berkualiti
2. Untuk memastikan usaha promosi kita tidak sia-sia
3. Untuk ubah stratergi pemasaran affiliate

Kita pergi satu per satu. "Untuk memastikan trafik yang kita perolehi itu berkualiti" Maksudnya ialah,kekadang kita jadi affiliate produk berkaitan bayi. Tapi, kita promot di forum-forum kereta. Memanglah tak ngam....tapi kita tak pasti pada mulanya. Jadi kita hentam je. Bila kita dapat track trafik dan jualan, kalau conversion lebih 2%, kira oklah. Teruskan lagi promosik kat sana. Ops..ops, conversion tu ialah jumlah jualan bahagi jumlah trafik kemudian darab 100. Kalau hasilnya lebih 2% kira ok lah, kalau lebih 5% kira mantap. Kalau lebih 10% kira superb.

Seterusnya, "Untuk memastikan usaha promosi kita tidak sia-sia". Ye lah, tempat promosi dah betul, etika promosi pun kita dah ikut satu-per satu. Cuma tinggal, web jualan yang kita promosikan tu tak berjaya menarik jualan. Ha, itu ada masalah tu. Gunakan formula conversion seperti di atas. Kalau kurang 2%, katakan 'sayonara' pada affiliate berkenaan. o_^

"Untuk ubah stratergi pemasaran affiliate" Kadang-kadang, cara pemasaran yang kita buat tu yang tak betul. Apa yang perlu kita buat ialah, ambil kertas dan pen. Senaraikan 10 tempat promosi yang sesuai dengan produk yang kita promot tadi. Senaraikan 5 golongan pembeli produk ini. Selepas itu, cuba semak, mungkin ada stratergi yang baru yang boleh kita cuba.

Ok, tip simple je ni. Buatlah ^_^

Rahsia # 5

Kalau ikut kira-kira saya, jika anda telah amalkan semua tip-tip saya sebelum ini, anda kini telah berada sebaris dengan para otai affiliate. Untuk menambahkan lagi ke'otai'an anda, saya akan kongsikan rahsia 'baik punya'.

Buat Iklan Sendiri.

Memanglah kalau kita promosikan produk affiliate, kita kena buat iklan sendiri. Tapi, biasanya, mana-mana program affiliate yang kita sertai tu, admin biasanya ada sediakan bahan-bahan promosi seperti :
1. Banner
2. Artikel
3. Email-email follow up
4. dan lain-lain

baguslah tu kan? Memang bagus, ia jadi tak bagus bila ada :
1. 300 orang gunakan banner yang sama pada blog masing-masing
2. 300 orang gunakan ayat promosi yang sama
3. 300 orang gunakan email yang sama untuk promosi

akibatnya, akan berlakulah 'ad blindness'.

Pernah tak anda baca email berkaitan "Hypro Bulk SMS".
Mula-mula baca : Teruja
Kali Kedua Baca : Berminat
Kali Ketiga Baca : Bosan
Kali Keempat Baca : Meluat
Kali Kelima : Tak Baca dah

ha..itulah simpton-simpton Ad Blindness. Untuk mengelakkan prospek bosan dengan iklan kita, (yang mana, dia mungkin dah baca banyak kali sebelum ini), kita cuba buat iklan sendiri. Kalau banner, buat yang lebih menarik daripada yang asal. Kalau email, buat yang lebih real daripada yang asal. Kalau artikel, buat yang lebih menyentuh perasaan, daripada yang asal (haha)

Ok, simple je, teknik kali ini. Simpel, tapi efek besar.

Rahsia # 6

Untuk berjaya dengan Affiliate buat artikel dan Mini report.

Artikel
Buatlah 2 atau 3 artikel yang sarat dengan tip-tip dan panduan-panduan. Pastikan ia ada kaitan dengan produk yang kita nak promosikan tu. Masukkan juga link affiliate dalam artikel tersebut. Jika artikel yang kita buat tu, best dan menarik, ramai yang akan publishkan di dalam blog masing-masing.

Pada bahagian bawah artikel tu, kita tulislah ayat yang lebih kurang maksudnya begini. "Kongsikan artikel ini dengan pembaca blog anda, asalkan sebarang link di dalam artikel ini tidak diubah" Bila ada 3 atau 4 artikel yang menarik telah siap, kita compilekan jadi sebuah mini report (laporan ringkas). Kemudian, kita sebarkannya secara percuma.

Dalam masa beberapa ketika sahaja, kita akan dapat membawa banyak trafik ke link affiliate kita, seterusnya lebih banyak jualan yang anda perolehi. Owh ya, untuk conver artikel anda kepada PDF, anda boleh gunakan tool ini, http://www.warriorforum.com/warrior-forum-news/2499-warriorpdf-turn-any-page-into-pdf-file-just-printing.html

Rahsia # 7

Akan diupdate nanti...

Selamat berjaya
Salam dari RK

No comments:

Post a Comment