Link unit

Thursday, January 28, 2010

TEMPAT TINGGAL SELEPAS BERNIKAH

==========================================

Assalammualaikum....

Hari ini saya ingin bercerita tentang pengalaman saya.

Dulu, selepas saya bertunang dengan bakal isteri saya. Saya sudah mula membayangkan tempat tinggal (rumah) yang akan kami diami sebagai suami isteri kelak, selepas berkahwin nanti...

Beberapa perkara telah timbul di fikiran saya sewaktu membayangkan tempat tinggal impian saya dengan isteri nanti..
- bagaimanakah rupa bentuk rumah yang ingin kami diami nanti?
- rumah jenis apakah yang ingin kami diami? rumah teres? apartment? kondo?
- apakah peralatan-perlatan yang perlu ada? sofa? dapur? set bilik tidur?
- perlukah kami membeli rumah atau menyewa sahaja terlebih dahulu?

dan sebagainya...

Memandangkan saya bukanlah dari golongan orang-orang yang "berada", jadi, selepas puas berbincang, berhujah, bergaduh dan bertukar-tukar fikiran dengan bakal isteri saya, kami pun akhirnya telah bersetuju untuk menyewa rumah apartment sahaja selepas berkahwin nanti di dalam memulakan kehidupan kami sebagai suami isteri.

Jadi, sebulan sebelum saya diijabkabulkan, saya sudah pun mula menyewa sebuah rumah apartment untuk tempat tinggal kami berdua selepas berkahwin nanti.

Selepas saya menyewa rumah apartment tersebut, satu persoalan timbul, memandangkan rumah tersebut mempunyai bilik tidur, ruang ramu, serta ruang dapur, dan... memandangkan bajet yang saya ada pula agak terhad , maka satu persoalan yang timbul difikiran saya.... ruang manakah yang perlu dilengkapkan terlebih dahulu? adakah peralatan-peralatan di ruang dapur? atau peralatan-peralatan di ruang tamu? atau set kelengkapan di bilik tidur?.. Manakah yang lebih penting di dalam usaha membina rumahtangga yang bahagia?

Lama juga saya memikirkan hal ini... memandangkan saya akan berumahtangga dan akan mempunyai isteri, maka, sudah pastinya saya ingin merasakan masakan isteri saya nanti.. bukankah itu yang di idam-idamkan oleh seorang bujang yang akan bergelar suami. Menjamah masakan si isteri.. oh! sudah pastinya enak masakan isteri ku nanti.. (saya berangan dalam hati) Tapi! untuk itu.. saya perlulah terlebih dahulu menyediakan alat-alat kelengkapan untuk isteri saya memasak. Jadi.. set kelengkapan memasak agak penting juga untuk membina rumahtangga yang bahagia.

Tetapi, ruang tamu juga agak penting, bayangkan hidup anda tanpa TV dan radio.. anda pulang ke rumah, melihat isteri anda.. dan keadaan rumah anda yang sungguh sunyi sepi, seperti berada di kawasan perkuburan.. Oh! Tidak.. anda mesti memiliki TV. Bila ada tv, mestilah nak ada tempat letak tv, dvd palayer, sofa untuk rileks-rileks serta carpet di ruang tamu. Hmm.. banyak juga belanjanya itu.

Bagaimana pula dengan set bilik tidur? Takkan ingin tidur diatas simen yang beralaskan tikar sahaja? Oh! Abislah sakit-sakit seluruh badan nanti. Almari untuk letak baju serta meja solek juga penting untuk anda berhias dan mempersiapkan diri untuk pergi ke tempat kerja.

Oh!.... satu persoalan yang nampak agak remeh, tapi agak memeningkan kepala juga. Lebih-lebih lagi jika bajet anda untuk rumah baru ini sangat kecil (sebab banyak bajet dah digunakan untuk belanja kahwin).

Jadi, saya ingin bertanya kepada anda.. jika anda!... ruang manakah yang anda akan lengkapkan terlebih dahulu? Adakah ruang di bilik tidur? Ruang tamu? ataupun ruang dapur rumah anda?

Saya mahu anda peningkan kepala dulu untuk fikirkan jawapannya sebelum saya berikan jawapan saya...

Insyallah, jika berkesempatan, dilain hari, saya akan beritahu anda, apa yang telah saya beli dahulu untuk rumah saya, bagi kehidupan baru saya itu.


Oklah, Sekian dulu untuk kali ini.

Wassalam.
mohd suhaimy a.k.a shuth
www.maskahwin.com

No comments:

Post a Comment