Link unit

Wednesday, January 27, 2010

TEKNIK 'X' MENCARI IDEA MENULIS BLOG

===========================================

Apa khabar? Semoga anda ceria dan sihat walafiat sepanjang masa.

Jom kita terus ke tip seterusnya.Saya harap anda berjaya mempelajari beberapa perkara tentang membina sebuah blog yang berjaya.

Hari ni kita bincang tentang apakah teknik x supaya anda mendapat idea untuk membuat post pada blog anda.

===========================================
3 Teknik Mudah Mendapatkan Idea Menulis Blog
===========================================

Tip yang saya kongsikan pada hari yang lepas adalah tergantung sebenarnya (tidak lengkap)dan saya sengaja melakukan sebegitu. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana untuk mendapatkan idea menulis? Ya, itulah yang kurangnya pada tip dalam emel yang lepas.

Pada tip siri ini, saya akan memberikan 3 cara efektif dan mudah untuk mendapatkan idea menulis yang berkaitan dengan topik blog anda. Tiga cara tersebut adalah:

1. Melawat laman web yang berkaitan dengan topik blog anda

Untuk cara ini, saya berikan salah satu cara saya (psst, rahsia ni). Lawati laman web direktori artikel seperti http://ezinearticles.com/. Di sana terdapat begitu banyak artikel-artikel yang berlainan kategori, maka pilihlah artikel yang berkaitan dengan blog anda.

Baca beberapa artikel dan daripada pembacaan itu pilih salah satu tajuk artikel yang paling menarik minat anda dan tulis kembali mengikut cara dan gaya anda di blog. Ingat, jangan tiru bulat-bulat artikel tersebut, sebaliknya anda menulis daripada kefahaman selepas anda membaca artikel di laman web itu tadi.

2. Melawat blog yang sama bidang dengan anda

Anda lakukan lawatan ke beberapa blog lain untuk membaca apa yang ditulis mereka. Dari pembacaan itu, biasanya akan timbul dua perkara di fikiran anda:

a. Mengulas perkara yang lebih kurang sama dengan apa yang ditulis di blog tersebut

b. Mendapat idea atau sesuatu tajuk yang tertentu sebaik sahaja membaca tulisan-tulisan mereka. Perkara kedua ini secara biasanya akan berlaku.

3. Forum yang berkaitan dengan topik blog

Ini salah satu teknik saya juga. Teknik yang selalu saya guna pakai. Caranya sungguh mudah iaitu anda masuk ke forum yang berkaitan dengan topik blog anda.

Selidik dan perhatikan apakah topik panas yang sedang dibincangkan, atau apakah masalah yang sering dipersoalkan oleh ahli forum. Atau sekurang -kurangnya, apa sahaja topik dan masalah di forum tersebut. Pilih satu topik dan masalah dan tulis satu artikel di blog anda.


Ok, itu saja tip saya pada kali ini. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah hidupkan blog anda. Semoga tip-tip yang anda pelajari dapat membantu anda untuk membina sebuah blog yang berjaya. Jika ada sebarang persoalan berkenaan blog, jangan lupa emel saya masalah yang anda hadapi. Insya Allah saya akan membantu.

Untuk kejayaan anda,

yoji
www.yorizz.com

No comments:

Post a Comment