==========================================
Kini kita ke tip senjata buat duit dengan blog!
Senjata yang dimaksudkan di sini ialah suatu alat yang membantu mengukuhkan keadaan atau situasi kejayaan blog anda.
Alat kejayaan blog ini dinamakan Gerakan Belia 4B eh eh bukan,... 4B sahaja, belia xde .. :) 4B ialah:
saya buat dalam bentuk cerita sedikit ek..
1. Bersabar:
Amin (bukan nama sebenar :) ) bersabar di dalam mengekalkan blognya walaupun apa sahaja badai yang melanda. Blognya sudah berkali-kali dipecah-masuk (hack), namun Amin tetap sabar. Tak cukup kawan, lawan juga ada, namun beliau tetap sabar.
Berkat sifat sabar, hari berganti hari, kira bilangan tulisan beliau di blognya telah mencecah ratusan artikel! Antara top ten di enjin carian bagi keyword tertentu dan dikenali oleh penggiat bidang yang sama. Sehari selembar benang, akhirnya menjadi kain.
2. Bersungguh-sunguh
Topik yang dipilih untuk blog beliau adalah minatnya dan cita-citanya. Maka untuk mengekalkan blognya, perlunya kesungguhan di dalam menguruskan blog tersebut. Beliau begitu bersungguh-sungguh di dalam mendapatkan ilmu mengenai blogging samada teknik ataupun teknikalnya. Bahkan beliau terus menerus belajar dan mencari ilmu IM yang praktikal dengan kesungguhan yang tinggi.
3. Berfikiran positif
Beliau tidak patah semangat dan berputus asa walaupun kekeringan idea, beliau tetap menulis diblog nya dengan mencari bahan yang bermutu. Beliau tetap dapat menghasilkan post yang ringkas dan padat.
4. Berterusan
Beliau minat apa yang beliau lakukan. Sebab itu blognya tetap wujud dan dikemaskini secara konsisten. Blognya dibina bukan semata-mata untuk suka-suka atau sekadar cuba-cuba atau trial and error. Beliau akan terus konsisten mengekalkan blognya agar terus berkembang dan berjaya memberikan hasil yang setimpal atas usahanya!
Tip kali ini sedikit panjang. Jika anda hayati "cerita" di atas, seorang anak muda dengan 4B-nya, maka anda akan faham bahawa, untuk mengekalkan atau mendapatkan blog yang berjaya bukanlah senang atau kadang-kadang tidaklah sesusah mana jika... Jika anda bersabar, bersungguh-sungguh, berfikiran positif dan bistiqomah (berterusan).
Saya tinggalkan anda untuk memikirkan apakah "pengajaran" di sebalik cerita
di dalam tip emel kali ini.
Kita jumpa lagi dalam tip-tip yang menarik di masa yang akan datang!
Sumbangan ikhlas
yoji
www.yorizz.com
Thursday, January 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment