==========================================
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Baiklah, untuk hari ini, mari kita mengulangkaji sedikit perkara asas untuk menambah pelanggan bagi produk ataupun servis anda .
1. Jaminan/Guarantee
Memberi jaminan adalah antara cara paling berkesan meningkatkan kepercayaan orang ramai mendapatkan sesuatu produk. Bakal pelanggan mempunyai pemikiran bahawa produk anda semestinya terbaik, berkesan, bermutu, tidak merugikan pelaburan mereka dan ikhlas. Bagi pihak anda pula, memberikan jaminan dapat menyakinkan pelanggan dengan kualiti produk anda disamping dapat membantu orang ramai dan memastikan pembelian pelanggan adalah berbaloi. Jadi, berikan jaminan bagi produk anda mulai sekarang sekiranya anda belum mencuba kaedah ini.
2. Teaser
Ingat tak semasa file tranformers dulu, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja teaser ditayangkan di TV. Masa tu, saya sudah berpuluh-puluh kali melihat teaser tranformers di Youtube, dan sangat teruja menantikan tayangannya. Mengapa teaser digunakan? Kerana ianya bertujuan untuk mengusik psikologi anda . Menimbulkan perasaan ingin tahu dan minat dalam diri seseorang. Jadi, terbukti disini, teaser memainkan peranan sangat besar dalam menarik pelanggan. Cumanya, adakah teaser tersebut benar-benar seperti yang diinginkan atau sekadar ingin mencari untung tapi tiada kualiti. Kalau anda perasan, telah ramai IM tempatan menggunakan teknik ini bagi menarik pembeli produk mereka. Ianya sangat-sangat berkesan.
3. Testimonial
Kalau laman web jualan anda tiada testimonial, anda sudah membuatkan bakal pelanggan merasa kurang 'bernafsu' untuk membeli. Ya, anda memang boleh mengangkat bakul sendiri dengan mengatakan produk anda lah yang terbaik, berkesan dan seumpama dengannya, tetapi adalah lebih elok ataupun memberi kesan yang efektif adalah dengan memberikan testimonial daripada pelanggan anda untuk disiarkan kepada bakal pelanggan. Ini menunjukkan orang lain telah pun memiliki/menggunakan produk/perkhidmatan anda dan mereka sudah pun menerima manfaatnya. Ini akan memudahkan anda membuat jualan! Hubungi 2-3 orang pelanggan dan nyatakan bahawa anda inginkan testimonial daripada mereka, sebagai alasannya, anda akan siarkan laman web mereka di laman utama produk/servis anda , sekaligus mempromosikan secara percuma nama mereka :)
4. Kupon Diskaun
Saya ada lakukan kaedah kupon ini, dan sememangnya, ianya sangat berkesan. Anda boleh berikan kupon diskaun ini samada sebelum atau selepas jualan pertama. Terpulang kepada kreativiti anda. Bagi saya, sekarang saya memberikan diskaun sebelum mereka mendapatkan servis saya. Bila anda memberikan kupon diskaun, anda sudah pun berjaya membuatkan bakal pelanggan selangkah mendapatkan produk/perkhidmatan yang anda tawarkan.
Banyak lagi cara menambah pelanggan dan apa yang saya kongsikan ini adalah sebahagiannya sahaja.
Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada anda .
Salah usahawan,
Mazlie Nadzri
Thursday, January 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment