==========================================
Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ceria, Apa khabar pagi ni? Dah sarapan pagi?
Pernahkah anda "skip" atau "terlupa" bersarapan pagi? JANGAN sesekali berbuat demikian! Sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari anda. Dengan bersarapan pagi yang sempurna, anda akan berasa lebih sihat,bertenaga & lebih ceria mengharungi hari anda.
Menu sarapan pagi? Kita, rakyat Malaysia ni ada pelbagai jenis masakan, dari yang "ringan" kepada yang "berat". Nasi Lemak, lontong, roti canai, mee goreng dan macam2 lagilah! Makanlah makanan yang sihat, eg.- bijirin, sayur2an dan buah2an. Kalau nak makan daging, ambil ayam/ikan(white meat)& banyak minum air kosong sekurang2nya 8 gelas sehari).
Bolehlah....makan kari dan masak lemak sekali sekala. Tapi kan, kalau kari/masak lemak yang mak kita masak, tentunya kita makan hari2! Masakan emak yang paling best,kan? Anda tengok pula cara masakan itu dimasak, digoreng, direneh, dibakar, dikukus (steam),digulai (tentunya bersantan) dan lain2 lagi. Pilihlah cara kukus atau bakar(panggang), cara ini lebih sihat.
Ni, saya nak kongsi resepi Ikan kukus ala Thai, senang je memasaknya, org bujang pun boleh buat! (itu pun kalau nak ambik hati girlfriend!) Cara masak - Kukus/Steam (boleh guna peruik nasi kukus ikan)
Bahan2nya
-Ikan Kerapu/Bawal/Senangin/Kembong (jangan pilih ikan banyak tulang)
Bersihkan dan kukus/steam bersama halia.
-Untuk kuahnya
-cili padi (10 biji, nak pedas tambah lagi cili)
-bawang putih 5 ulas (blend cili padi,bawang putih & air setengah belnder)
-limau nipis 2biji (diperah, ambik airnya)
-cendawan (lebih kurang 2 ringgit)
-daun ketumbar 50sen (ini yang beri "taste" yg hebat)
-garam dan gula secukup rasa
cara masak kuah
-renehkan bahan2 yang diblend sampai mendidih, campurkan air limau nipis, cendawan, garam n gula. Tuangkan kuah ke atas ikan kukus anda dan hias dengan daun ketumbar.(Selamat Mencuba!)
Ok, jumpa lagi di lain waktu.
Salam Sihat Ceria.
Azlina Mustafa
Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment