Link unit

Wednesday, January 20, 2010

CARA KE 2 JANA WANG DI INTERNET

==========================================

Hari ini saya akan menceritakan cara kedua dari 2 cara yang murah dan mudah untuk menjana pendapatan di internet. Saya telah pun menceritakan serba ringkas mengenai program affiliate sebelum ini dan kali ini cara kedua pula ialah melalui produk yang diberikan Hak Jualan Semula atau Resell Right.

Anda mungkin pernah mendengar perkataan Resell Right atau RR ini di internet begitu juga dengan MRR atau PLR. Semua itu adalah istilah atau shorcut bagi menunjukkan bahawa sesuatu produk itu diberikan Hak Jualan Semula. Ini bermakna setiap produk RR, MRR & PLR diberikan izin untuk anda menjualnya semula kepada orang ramai dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Contohnya, saya telah mengeluarkan ebook MRR yang bertajuk "Panduan Trafik". Saya telah membenarkan orang ramai untuk menjual semula ebook saya tersebut dengan terma dan syarat yang telah saya tetapkan. Ini bermakna telah menerima Resell Right atau Master Resell Right untuk ebook ini.

Kenapa saya kata produk RR ini mampu memberikan pulangan yang lumayan? Ini kerana produk-produk yang diberikan Hak Jualan Semula ini mampu dijadikan produk kita dan boleh dijual secara berterusan tanpa had atau sekatan. Malah kita boleh pula menjadikannya sebagai produk kita sendiri dengan keizinan yang lebih besar seperti mengubah-suai produk, menukar grafik site, mengakui kita penulis atau pencipta produk dan sebagainya - produk jenis ini dikenali sebagai produk PLR.

Produk PLR merupakan produk 'Emas', kenapa?

Itu saya akan ceritakan nanti di lain waktu.

Saya akan jelaskan :

RR - Resell Right

MRR - Master Resell Right

PLR - Private Label Right.

Insya-Allah, berjumpa lagi.

Terima Kasih

Sumbangan Abooain
www.epustaka.com/blog

No comments:

Post a Comment