===========================================
Salam hormat,
Soalan yang saya bakal tanya kepada anda ini saya rasa amat sesuai untuk anda.
"Adakah bisnes anda bisnes era baru?"
Untuk menjawab soalan ini, mari kita lihat perkembangan zaman.
Pada era sebelum tamadun, "Hunter-Gatherer Age", kehidupan manusia adalah sama. Walaupun ada seorang ketua puak namun pemimpin puak tersebut tidak memiliki segala kemewahan hidup seperti jet peribadi dan hartanah yang luas mata memandang. Mereka sama-sama keluar memburu, mendapatkan keperluan hidup dan sama-sama merasai hasil buruan mereka secara berkumpulan.
Kemudian, datang pula era pertanian, "Agrarian Age" di mana kaum bangsawan memiliki hartanah yang banyak. Kaum bangsawan ini bersama dengan rakan-rakan mereka adalah satu golongan yang kaya-raya. Satu golongan lagi cuma bekerja untuk kaum bangsawan ini dan mereka, sampai bila pun, tidak akan memiliki hartanah tuan mereka dan kekal miskin.
Maka terhasillah 2 golongan manusia yang ekstrim – yang hidup mewah dan kaya-raya dan yang miskin dan tidak memiliki apa-apa harta.
Selepas era pertanian, muncul pula era industri, "Industrial Age", di mana demokrasi pun diwujudkan. Maka tercipta jugalah golongan pertengahan yang terletak di antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Golongan pertengahan ini mampu hidup dengan selesa dengan mencukupkan keperluan hidup bagi diri dan keluarga.
Pada masa kini, era industri ini sudahpun beralih kepada era informasi,"Information Age", di mana anda sendiri mengalami pelbagai perubahan ketara di dalam sistem ekonomi sekarang. Secara perlahan-lahan, saiz golongan pertengahan ini menguncup dan menjadi kecil. Pada masa yang sama, golongan miskin dan kaya-raya masih kekal (ataupun semakin meningkat).
Persoalannya ialah... adakah kita sedar bahawa zaman di mana kita hidup sekarang sudahpun berlainan dengan zaman di mana ibu bapa kita hidup? Jadi, mungkin bisnes yang anda lakukan pun perlu mengikuti perkembangan zaman supaya lebih banyak kemewahan dapat dicapai.
Saya tak katakan bisnes lama atau konvensional tidak penting. Ianya penting kerana sesetengah bisnes konvensional tak lapuk dek hujan. Tapi, kalau anda sedang mencari bisnes apa untuk anda lakukan pada 2010, anda boleh pertimbangkan bisnes yang sesuai untuk zaman informasi ini.
ikhlas,
Zamri Nanyan
Wednesday, January 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment