Link unit

Sunday, January 24, 2010

MADU PENYEMBUH LUKA

==========================================

Jika anda tiba-tiba terluka akibat terkena benda tajam, sapukan madu asli pada bahagian tersebut secepat mungkin. Ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan dapat menghalang bakteria dari berkembang serta membuatkan bakteria sukar bernafas didalam luka tersebut. Sebahagian para doktor juga bersetuju dan mengakui bahawa madu adalah agen penyembuh yang cukup berkesan.

15 JENIS BUNGA UNTUK MANDIAN

===========================================


1. Teratai : Warnanya yang putih dapat membantu memulihkan kepenatan.


2. Mawar Putih : Ia bagus sebagai anti penuaan dan untuk sistem endokrin. (Sistem endokrin terdiri daripada beberapa kelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormon terus ke dalam sistem peredaran darah)


3. Kamelia : Warna ungu berkesan untuk meredakan migrain, sakit kepala, tekanan dan trauma.


4. Phacelia : Warna ungunya berkesan unutk mengubati masalah pada hidung dan tonsil.


5. Orkid : Warna ungunya juga bagus untuk mengubati demam dan jangkitan pada telinga.


6. Rosemary : Warna ungunya bagus untuk mengubati tekanan.


7. Bluebell : Warna birunya berkesan untuk komunikasi, gangguan nafsu makan, masalah metabolisma, tiroid dan masalah berat badan.


8. Chickweed : Warna hijaunya bagus untuk orang yang sedang mengalami masalah dalam percintaan, masalah hidup, asma dan sistem respirasi (pernafasan).


9. Dandellion : Warna kuningnya bagus untuk sistem pencernaan,keberanian hidup, paru-paru dan kolesterol.


10. Evening Primrose : Warna kuningnya bagus untuk mengubati tekanan, sakit pinggang dan ginjal.


11. Daffodil : Warna kuningnya bagus untuk kulit, usus kecil, masalah kulit dan gigitan serangga.


12. Yellow Foxglove : Warna kuningnya bagus untuk keseimbangan gula dalam darah, masalah hidup dan masalah di sistem pankreas (pankreas adalah organ pada sistem pencernaan sebagai pengatur kadar gula darah).


13. Daisy : Warna jingganya bagus untuk sistem reproduksi uterus (sistem peranakan wanita), prostat (sistem organ lelaki), sakit menstruasi(haid) dan saluran kencing.


14. Arum Lily : Warna jingganya bagus untuk kesuburan dan kemampuan seksual.


15. Krisan Merah : Warna merahnya bagus untuk sembelit, cirit-birit dan kembung perut.

KHASIAT BUAH NENAS & NENAS BATU

===========================================

Nenas ialah sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas Cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungan gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A,B dan C. Jus nenas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka.

Nenas juga merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Selain itu, ia merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nenas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.

Dalam perubatan dan perbidanan tradisional, nenas dikatakan sangat berguna kepada kaum wanita. Antaranya:

1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda. Untuk proses ini ambil sekali sahaja dalam seminggu.

2. Dengan mengamalkan pengambilannya, jamu dan majun tidak perlu lagi digunakan. Di dalamnya sudah terkandung pelbagai khasiat.

3. Boleh dijadikan ubat untuk menjarakkan kelahiran seterusnya. Minum air nenas selama tempoh hendak menjarakkan anak.

4. Melawaskan kencing.

5. Membantu melancarkan pembuangan angin.

6. Membantu ibu-ibu yang bakal menopaus.

=========================================
Nenas Batu pula boleh mengetatkan vagina.
=========================================

Cara-caranya:

1. Bersihkan buah nenas batu
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas
3. Biarkan selama 1 jam (sehingga buah itu tenggelam)
4. Air tersebut boleh digunakan (diminum) selama 3 hari
5. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering. Selepas seminggu rendam semula seperti proses no.3
6. Nenas batu ketika direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia akan kembang semula apabila dijemur. Jika kelopaknya sudah tidak mengembang lagi bermakna khasiatnya sudah tiada. Boleh la dibuang.
7. Ia dapat bertahan selama setahun atau lebih bergantung kepada kekerapan penggunaanya.

Cara lain untuk guna Nenas Batu ni ialah dengan merebusnya. Tetapi warna airnya akan menjadi lebih kemerahan. Jangan rebus terlalu lama sebab takut anda tidak mampu untuk meminumnya...

Adalah lebih baik meminumnya pada waktu malam sebelum tidur. Kerana waktu malam lebih sejuk berbanding siang. Segelas sehari pun sudah mencukupi sebab ia boleh memanaskan badan anda.

Selain dapat mengetatkan vagina, Nenas Batu juga amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan,penurunan daya seksual, mengimbangi pengaliran darah, dapat memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yang rosak lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir dan kencing berdarah.

Peringatan: Wanita yang mengandung dilarang sama sekali meminum air nenas batu ini.

ANDA TAKKAN JADI KAYA JIKA...

==========================================

Anda tak akan kaya jika anda tidak MENYIMPAN!

Anda tak boleh MENYIMPAN jika anda tak tahu BERJIMAT!

Anda tak boleh BERJIMAT jika anda tak tahu CARANYA!


Antara kata-kata pakar kewangan:

Saya tidak perlu mengupas lebih panjang lebar tentang simpanan, ini kerana simpanan adalah asas kekayaan. Kunci kekayaan bukan pada pendapatan tetapi pada simpanan, rahsia kekayaan bukan bergantung kepada berapa banyak pendapatan anda tetapi berapa banyak yang boleh anda simpan dari pendapatan anda.

"It's not how much you make but how much you keep".

Lebih banyak simpanan anda secara automatik pendapatan anda akan meningkat. Jika anda masih tidak tahu bagaimana untuk menyimpan atau bagaimana simpanan dapat membantu anda, sampai bila-bila pun anda tidak akan jadi senang, tidak kira berapa banyak pendapatan anda sekalipun, anda akan menghabiskan banyak masa bekerja untuk mendapatkan pendapatan lebih dan terus membuang masa dan tenaga anda, tanpa anda sedari masa anda telah banyak dihabiskan. Apa yang ada didepan anda hanyalah barangan yang tidak bernilai walaupun wang anda telah banyak dikeluarkan, kini yang ada hanyalah sisa-sisa kehidupan dihari tua yang penuh dengan kegelapan.

Mereka yang mempunyai simpanan akan hidup lebih senang dan selesa dihari tua, ketika mereka tidak boleh lagi bekerja. Mereka masih boleh menjalani kehidupan tanpa perlukan bantuan sesiapa, hidup tenang tanpa beban kewangan.

Simpanan adalah asas kepada kekayaan.

Mahu memaksimumkan simpanan anda dengan pantas? Penjimatanlah caranya!

Banyak CARA dan JALAN untuk berjimat, tapi kita tak selalu perasan..

Setiap bulan anda akan mendapat gaji. Dari gaji tersebut anda membelanjakan wang anda bagi memenuhi keperluan hidup seharian anda. Mungkin antara belanja wajib yang perlu anda belanjakan adalah seperti di bawah:

Belanja dapur
Minyak kereta
Ansuran kereta
Sewa rumah
Bil Elektrik
Bil Air
Bil telefon
Bayaran pinjaman
Bayaran kad kredit
Dan lain-lain

Jika di lihat dari senarai di atas mungkin anda tidak tahu bahagian mana boleh anda kurangkan supaya pengeluaran wang anda dapat dikurangkan, kerana secara majoritinya jumlah yang perlu dibayar memang tidak boleh dikurangkan lagi.

Bagi anda yang sememangnya mempunyai gaji besar dan mempunyai lebihan wang sudah pasti anda tidak mengalami masalah dalam menghadapi kehidupan seharian namun bagi mengambil langkah persedian zaman gawat, anda juga perlu untuk mengurangkan pengaliran keluar wang anda.

Bagi anda yang boleh kata setiap bulan cukup-cukup makan sahaja perbelanjaan wang anda, anda harus ambil perhatian. Anda seumpama telur di hujung tanduk. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini maka anda berada dalam keadaan yang tidak selamat. Mengurangkan pengaliran keluar wang anda adalah sesuatu yang wajib.

Apatah lagi anda yang sentiasa garu kepala pening memikirkan wang yang tidak cukup setiap bulan. Mahu tidak mahu, susah atau senang anda terpaksa memaksa diri anda melakukan penjimatan dan seterusnya mengurangkan pengaliran keluar wang anda.

Apa pun keadaan ekonomi anda ‘PENJIMATAN’ mampu membantu anda mengurangkan pengaliran keluar wang anda.

Mula berjimat dari sekarang dan anda akan tersenyum di akhir bulan kerana anda ada wang lebih!

Jumpa lagi untuk tips lain. Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Muaz Hadi & Afraha Baiti
pengurusanwang.com