Link unit

Wednesday, January 20, 2010

TEKNIK MANIPULASI SISTEM KEWANGAN

===========================================

Anda hebat!

Kenapa hairan dengan statement saya? Anda memang hebat dan mahu berubah, sebab itu anda masih membaca artikel ini. Sekiranya anda tidak suka membacanya anda boleh tutup je tapi anda akan terlepas tip-tip penting dalam meningkatkan tahap'kesihatan' kewangan anda. Sebab itu saya katakan anda hebat, sebab anda mahu berubah dan anda dah janji dengan saya yang anda akan membaca dan BERTINDAK! Bukan sahaja membaca, tetapi bertindak untuk kewangan anda. Tiada orang yang dapat bantu anda, melainkan anda sendiri! Betul tak???


Manipulasi Kewangan?

Sedar atau tidak, sekiranya anda bijak dan selalu mengkaji, anda akan nampak banyak peluang untuk anda tingkatkan tahap 'kesihatan' kewangan anda. Dalam kata lain, anda boleh memanipulasi sistem kewangan yang ada untuk manfaat anda sendiri. Percaya atau tidak ?

Sebagai contohnya, anda tahu yang pinjaman sekarang menawarkan 3 skim interest iaitu Daily, Monthly dan Yearly interest bergantung kepada skim pinjaman yang ada. Kita pilih contohnya iaitu pinjaman perumahan menggunakan sistem Yearly interest.

Perkiraan jumlah bayaran yang anda perlu bayar pula bagi Yearly ialah bahagi 12 bulan, Monthly pulak bahagi 30 hari, manakala Daily pula bahagi 365 hari. Jadi mengikut kefahaman matematik anda, yang mana paling kurang interestnya? Mestilah Daily interest sebab jumlahnya dibahagikan dengan 365 diikuti dengan Monthly dibahagi 30 dan 12 untuk yearly.

Semakin banyak unit pembahagi, makanya semakin kecillah jumlahnya. Jadi dalam kata lain, Daily interest lebih menguntungkan dengan syarat anda bayar dengan kadar segera. Saya tahu anda sudah sedikit pening, tapi jika anda pening, itu bagus, kerana itu bermakna anda sudah mahu berfikir!

Jadi bagaimana?

Bagaimana anda boleh ambil advantage dari keadaan ini? Di bawah ini saya tunjukkan sedikit perkiraan dan kelebihan Daily dan Monthly scheme ini untuk memudahkan pemahaman anda dan anda boleh nampak di mana penjimatan yang boleh dilakukan.

Katakan lah hutang kereta Honda City anda,
Loan = RM100,000
Interest rate = 6%

Jumlah interest yang akan di caj untuk Daily dan Monthly scheme;
Daily = 100,000 x 6% x 30/365 = RM493.15
Monthly = 100,000 x 6% x 1/12 = RM500.00
=> Interest untuk Daily adalah rendah berbanding Monthly …Anda jimat RM6.85 untuk sebulan
Jika bayaran bulanan anda RM644, untuk skim Daily, jumlah bayaran hutang pokok adalah RM150.85 (644-493.15), dan untuk Monthly scheme, anda hanya bayar RM144 (644-500). Ini bermakna, dengan skim Daily, anda akan membayar lebih kepada duit POKOK anda sekaligus melangsaikan hutang anda lebih cepat

Sudah nampak kelebihannya? Fikirkan sejenak, bagaimana anda boleh berjimat dengan 3 skim interest ini. Tapi ringkasnya, buat pinjaman Daily, untuk cover Yearly skim perumahan anda!!

Fikirkan..
Jumpa lagi untuk tip penting yang lain!
admin pengurusanwang.com

1 comment: