Link unit

Tuesday, February 23, 2010

7 Rahsia Affiliate Berjaya

==========================================

Disebabkan saya banyak menerima pertanyaan demi pertanyaan mengenai cara nak promosikan affiliate "Belajar Bisnes Dengan Raja Kamil" ,maka saya mengambil keputusan untuk berkongsi 7 Rahsia Affiliate saya. Taklah rahsia mana pun, ^_^. Tapi, cara ini berkesan buat saya, dan insya Allah, berkesan buat anda juga.

Rahsia # 1

Pre Sell
Bila kita sertai apa-apa affiliate, kita akan diberi URL khas. Salah satu teknik yang berjaya ialah, kita buat satu landing page menceritakan serba ringkas, apa yang pelanggan kita bakal dapat bila ke URL affiliate kita tadi.

Dengan cara ini, trafik yang kita hantar taklah terkejut sangat. Work flow dia begini,
Trafik -> Landing Page -> URL affiliate

Dalam landing page tu, kita senaraikan masalah-masalah, dan penyelesaiannya ialah, Klik Sini (iaitu link affiliate anda tadi). Cuba lah !

Dah cuba rahsia pertama ? Susah? Alah, guna blogspot pun boleh kalau nak buat landing page tu...huhu... Ok, takpe-takpe, kita tengok Rahsia Kedua pula.

Rahsia # 2

Bina Mailing List Yang Targetted
Mailing List ialah senarai email yang kita dapat secara sah. Targetted, iaitu, mailing list yang ada kaitan dengan produk yang kita nak promosikan. Dalam contoh kita ialah promosikan "Belajar Bisnes Internet Dengan Raja Kamil".

Jadi, apa yang kita boleh buat ialah, kita dapatkan autoresponder, yang terbaik ialah Aweber. Selepas itu, kita bina landing page, dalam tu kita masukkan opt-in form (borang online). Tawarkan sesuatu yang percuma dan menarik, pastikan ia ada kaitan dengan "Belajar Bisnes Internet Dengan Raja Kamil". Contohnya, ebook berkaitan dengan cara buat duit online. Kemudian, promosikan di tempat-tempat yang ramai orang. Senang kan?

Selepas itu, buat 14 follow up email (email yang diset untuk dihantar secara automatik). Mailing list ini, kita boleh guna berulang kali jika mempromosikan produk yang saling berkaitan.

Ok, mudah je kan Rahsia Kedua ni?

Rahsia # 3

Biasanya URL affiliate yang kita perolehi dari admin laman web, adalah 'tidak cantik' Contohnya begini, http://www.e-toyol.com/index.php?ref=rk. Tak manis kan , huhu, tapi bagaimana kalau, http://rkurl.com/toyol ?

Nampak lebih ayu gitu, haha. Betulkan? Kalau, http://www.e-toyol.com/index.php?ref=rk
1. serabut
2. kalau orang jenis pendengki, dia akan copy, 'http://www.e-toyol.com/index.php'
je, dan buang link affiliate anda. Rugi je promot, komisen tak dapat.

Tapi kalau, http://rkurl.com/toyol
1. Nampak lebih kemas
2. orang tak boleh nak buang link affiliate kita.

Sebenarnya, selain www.rkurl.com, banyak lagi, cloak tool ni. Kita boleh pakai tinyurl , shorturl dan seangkatan dengannya.

Secara peribadi saya sarankan gunalah www.rkurl.com.... Kerana:
1. Buatan Malaysia (saya punya)
2. Kita boleh track, berapa klik yang link kita tu dapat (kena daftar percuma dahulu)
3. lebih pendek daripada kebanyakan 'tinyurl' kat luar sana.

Ini tip daripada saya, untuk jadikan rkurl kita tadi tu menarik.
1. gunakan keyword pada link, contoh, katakan anda promosikan produk e-toyol, rkurl anda, mestilah, http://rkurl.com/toyol
2. Gunakan huruf besar ketika nak promot, antara http://rkurl.com/Toyol dengan
http://rkurl.com/toyol mana yang anda rasa lebih nak klik?

Ok, itu sahaja untuk rahsia yang ke 3.

(P/S : Kalau anda ada darah tinggi atau kencing manis, Saya sarankan anda minum teh pecah beling. Rupa-rupanya, hari tu, saya batuk-batuk disebabkan pening. Saya pening disebabkan darah tinggi saya naik. Tension kot. Selepas minum pecah beling dan exercise sikit, dah ok. Alhamdulillah.)

Ok, ok, kita sambung tip seterusnya.

Rahsia # 4

Tip seterusnya ialah, kita mesti sentiasa track link affiliate kita. Saya maksudkan track link affiliate ialah, track berapa jumlah trafik yang kita dah dapat, dan berapa jumlah jualan yang kita dah kumpul.

Tujuan dia ada 3.
1. Untuk memastikan trafik yang kita perolehi itu berkualiti
2. Untuk memastikan usaha promosi kita tidak sia-sia
3. Untuk ubah stratergi pemasaran affiliate

Kita pergi satu per satu. "Untuk memastikan trafik yang kita perolehi itu berkualiti" Maksudnya ialah,kekadang kita jadi affiliate produk berkaitan bayi. Tapi, kita promot di forum-forum kereta. Memanglah tak ngam....tapi kita tak pasti pada mulanya. Jadi kita hentam je. Bila kita dapat track trafik dan jualan, kalau conversion lebih 2%, kira oklah. Teruskan lagi promosik kat sana. Ops..ops, conversion tu ialah jumlah jualan bahagi jumlah trafik kemudian darab 100. Kalau hasilnya lebih 2% kira ok lah, kalau lebih 5% kira mantap. Kalau lebih 10% kira superb.

Seterusnya, "Untuk memastikan usaha promosi kita tidak sia-sia". Ye lah, tempat promosi dah betul, etika promosi pun kita dah ikut satu-per satu. Cuma tinggal, web jualan yang kita promosikan tu tak berjaya menarik jualan. Ha, itu ada masalah tu. Gunakan formula conversion seperti di atas. Kalau kurang 2%, katakan 'sayonara' pada affiliate berkenaan. o_^

"Untuk ubah stratergi pemasaran affiliate" Kadang-kadang, cara pemasaran yang kita buat tu yang tak betul. Apa yang perlu kita buat ialah, ambil kertas dan pen. Senaraikan 10 tempat promosi yang sesuai dengan produk yang kita promot tadi. Senaraikan 5 golongan pembeli produk ini. Selepas itu, cuba semak, mungkin ada stratergi yang baru yang boleh kita cuba.

Ok, tip simple je ni. Buatlah ^_^

Rahsia # 5

Kalau ikut kira-kira saya, jika anda telah amalkan semua tip-tip saya sebelum ini, anda kini telah berada sebaris dengan para otai affiliate. Untuk menambahkan lagi ke'otai'an anda, saya akan kongsikan rahsia 'baik punya'.

Buat Iklan Sendiri.

Memanglah kalau kita promosikan produk affiliate, kita kena buat iklan sendiri. Tapi, biasanya, mana-mana program affiliate yang kita sertai tu, admin biasanya ada sediakan bahan-bahan promosi seperti :
1. Banner
2. Artikel
3. Email-email follow up
4. dan lain-lain

baguslah tu kan? Memang bagus, ia jadi tak bagus bila ada :
1. 300 orang gunakan banner yang sama pada blog masing-masing
2. 300 orang gunakan ayat promosi yang sama
3. 300 orang gunakan email yang sama untuk promosi

akibatnya, akan berlakulah 'ad blindness'.

Pernah tak anda baca email berkaitan "Hypro Bulk SMS".
Mula-mula baca : Teruja
Kali Kedua Baca : Berminat
Kali Ketiga Baca : Bosan
Kali Keempat Baca : Meluat
Kali Kelima : Tak Baca dah

ha..itulah simpton-simpton Ad Blindness. Untuk mengelakkan prospek bosan dengan iklan kita, (yang mana, dia mungkin dah baca banyak kali sebelum ini), kita cuba buat iklan sendiri. Kalau banner, buat yang lebih menarik daripada yang asal. Kalau email, buat yang lebih real daripada yang asal. Kalau artikel, buat yang lebih menyentuh perasaan, daripada yang asal (haha)

Ok, simple je, teknik kali ini. Simpel, tapi efek besar.

Rahsia # 6

Untuk berjaya dengan Affiliate buat artikel dan Mini report.

Artikel
Buatlah 2 atau 3 artikel yang sarat dengan tip-tip dan panduan-panduan. Pastikan ia ada kaitan dengan produk yang kita nak promosikan tu. Masukkan juga link affiliate dalam artikel tersebut. Jika artikel yang kita buat tu, best dan menarik, ramai yang akan publishkan di dalam blog masing-masing.

Pada bahagian bawah artikel tu, kita tulislah ayat yang lebih kurang maksudnya begini. "Kongsikan artikel ini dengan pembaca blog anda, asalkan sebarang link di dalam artikel ini tidak diubah" Bila ada 3 atau 4 artikel yang menarik telah siap, kita compilekan jadi sebuah mini report (laporan ringkas). Kemudian, kita sebarkannya secara percuma.

Dalam masa beberapa ketika sahaja, kita akan dapat membawa banyak trafik ke link affiliate kita, seterusnya lebih banyak jualan yang anda perolehi. Owh ya, untuk conver artikel anda kepada PDF, anda boleh gunakan tool ini, http://www.warriorforum.com/warrior-forum-news/2499-warriorpdf-turn-any-page-into-pdf-file-just-printing.html

Rahsia # 7

Akan diupdate nanti...

Selamat berjaya
Salam dari RK

Penggunaan Ubat-ubatan secara selamat!

==========================================

Hari ini saya hendak berkongsi beberapa tips ttg PENJAGAAN UBAT-UBATAN PESAKIT.

Tips ini saya diberi oleh sahabat baik saya, seorang ahli farmasi.

1)Simpan ubat-ubatan di dalam bekas yang asal.

2)JANGAN campurkan ubat-ubatan di dalam bekas yang sama.

3)JANGAN sesekali tanggalkan LABEL ubat-ubatan anda.

4)TOLONG BUANGKAN/LUPUSKAN ubat-ubatan yang telah tamat tempoh hayatnya.
Anda boleh tuangkan ubat cecair di dalam sink atau tablet di dalam mangkok tandas
(jangan lupa flush tau!)

5)JANGAN berkongsi jarum suntikan dengan orang lain.

6)Simpan ubat-ubatan pada suhu bilik kecuali yang dinyatakan cara penyimpanannya.


PENGGUNAAN UBAT-UBATAN SECARA SELAMAT.

1)BACA label ubat-ubatan dengan teliti.

2)PATUHI dos/sukatan yang telah ditetapkan.

3)ELAKKAN pengambilan yang melebihi dos/sukatan yang telah ditetapkan.

4)JANGAN mengambil ubat tambahan tanpa merujuk doktor/ahli farmasi anda.

5)JANGAN berkongsi ubat dengan orang lain, JANGAN ambil ubat yang diberikan oleh orang lain.

6)Sekiranya simpton penyakit masih belum pulih, hentikan penggunaan ubat tersebut &
rujuk semula doktor/ahli farmasi anda semula.

7)Sila maklumkan kepada doktor/ahli farmasi sekiranya anda hamil/menyusu anak/alah kepada bahan tertentu sebelum mengambil sebarang ubat.

8.PASTIKAN anda menghabiskan ANTIBIOTIK dalam tempoh yang ditetapkan.


MEMAHAMI ARAHAN PENGAMBILAN UBAT.

1)Sebelum makan - 1 setengah jam sebelum makan.

2)Selepas makan - Sejurus selepas makan.

3)Semasa makan - Ketika makan

4)2 kali sehari - setiap 12 jam.

5)3 kali sehari - setiap 8 jam.

6)4 kali sehari - setiap 6 jam.


Semoga tips di atas memberi manafaat besar kepada sahabat2 sekelian.

Jumpa lagi di lain waktu.

Salam Sihat Ceria!
Azlina Mustafa @ Cikgu Ina.

Rahsia Sebenar Buat Duit Di Internet!

==========================================

Jika ditanya kepada saya, apakah kemahiran yang paling kritikal yang mesti ada bagi setiap orang yang ingin berjaya di dalam bidang perniagaan internet?..

Jawapannya.. ada 2 kemahiran..

Dengan hanya 2 kemairan ini sahaja, ianya sudah memadai untuk membolehkan anda menjana beribu-ribu wang di internet setiap bulan.. malah tidak mustahil juga untuk beroleh berpuluh-puluh ribu ringit sebulan jika anda sangat mahir menggunakannya.

Dua kemahiran yang saya maksudkan itu ialah...

Kemahiran #1 : Ilmu Pemasaran Internet (Marketing)
----------------------------------------------------

Ini adalah kemahiran yang sangat kritikal. Ramai orang gagal menjana wang di internet kerana mereka tidak mahir di dalam skill ini. Mereka ada produk yang bagus serta website yang sangat menarik. Tetapi, apabila tiba bab pemasaran, mereka terkebil-kebil. Disebabkan itu, tiada siapa yang akan tahu tentang website serta produk mereka dan sekaligus, menyebabkan tiada siapa yang membelinya.

Jadi, adalah amat-amat kritikal untuk anda mengetahui serta memahirkan diri di dalam "skill pemasaran" di internet, jika anda mahu menjana wang di internet.


Kemahiran #2 : Ilmu Penulisan Jualan (Salescopy)
-------------------------------------------------

Ilmu penulisan jualan ialah satu ilmu dan seni yang digunakan untuk menulis iklan, sms, surat jualan, email, mesej di forum, advertorial, blog review dan segala-gala bentuk penulisan yang bertujuan untuk membuat jualan.

Dengan hanya memiliki 2 kemahiran ini sahaja... anda sudah boleh menjana pendapatan yang lumayan di internet...

- TANPA PERLU mempunyai produk sendiri
- TANPA PERLU membuat atau memiliki website
- TANPA PERLU melayan karenah pelanggan
- TANPA PERLU menguruskan atau menyimpan stok
- TANPA PERLU mengeluarkan sebarang kos/modal

Kaedah buat duit di sebegini, dikenali sebagai... "AFFILIATE".

Ya!... untuk menjana wang di internet dengan mudah & pantas..

Bidang AFFILIATE ialah bidang yang terbaik untuk anda!

TETAPI! untuk berjaya di dalam bidang AFFILIATE ini.. 2 kemahiran yang saya sebutkan di atas, adalah kemahiran yang sangat kritikal dan perlu anda kuasai.

PERSOALANNYA...

Bagaimana untuk menguasai kemahiran tersebut?

"Bagaimana anda boleh menjana beribu-ribu wang di internet dengan hanya menjadi seorang Affiliate?"

Jawapannya : anda perlu mencari ilmu dan memerlukan sesuatu untuk buat rujukan. Misalnya ebook Rahsia Affiliate mungkin sesuai dan dapat membantu anda!

Sekian..

Semoga anda mendapat manfaat darinya..

Yang Ikhlas.
Mohd Suhaimy a.k.a shuth

Wednesday, February 10, 2010

SENARAI LAMAN PROMOSI

==========================================

Laman Iklan Percuma

http://www.intrena.com/iklan
http://www.iklan.com.my/
http://www.cari.com.my/classified/ads
http://www.iklanpercuma.com/
http://www.iklanfree.com/
http://www.infosini.com/
http://www.topclassad.com/


Lain-lain ruang untuk iklan :-


YahooGroups

http://finance.groups.yahoo.com/group/perniagaan_melayu/
http://finance.groups.yahoo.com/group/iklancun/
http://finance.groups.yahoo.com/group/ruang_iklan_percuma/
http://finance.groups.yahoo.com/group/promosi-malaysia/

Public forum

http://carigold.com/
http://nogold.com/
http://www.wanitamelayu.com/forum
http://melayu.com/perkampungan
http://mysembang.com/
http://putera.com/tanya
http://www.tudung-online.com/portal/
http://cakapgold.com/
http://www.raudhah.com/
http://www.syok.org/

Portal iklan percuma

http://iklanpercuma.com/
http://freeiklan.com/
http://iklanfree.com/
http://iklansabah.com/
http://iklansaya.com/
http://www.eiklan.net/
http://www.susahsenang.com/
http://www.cakapgold.com/
http://www.ez-iklan.com/
http://www.iklanbest.com/
http://www.youriklanpercuma.com/
http://www.bincangniaga.com/
http://www.sekawan.net/
http://www.iklanpercuma.biz/
http://www.iklan-niaga.com/
http://ads.ibizpal.com/

Berikut adalah laman iklan yang boleh anda iklankan.

topclassad
infosini
iklan
intrena
Eiklan.net
Freeiklan
IklanPercuma
IklanFree
Intrenamayc
IklanMy
IklanNiaga
E-iklan
UrusNiaga
BincangNiaga
FREEiklan Myniaga2u
Iklan.net.my
MyIklan
IklaNiaga.com
MyKedai2u
PartTime2u
Adpost
Bestiklan
Iklan.net
Iklan101
Free
SusahSenang
RealEstate2u
Macam2adaJomIklan
Myniaga2u
IklanMalaysia

Thursday, February 4, 2010

CARA MUDAH HAPUSKAN HUTANG

==========================================

Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang! Oleh itu anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup yang lebih baik. Dan saya buatkan satu sistem yang boleh anda ikut.

Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masa beberapa tahun saya telah mencipta pelbagai sistem, dan saya akan memperkenalkan salah satu sistem saya yang terbaik kepada anda ;)

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar... hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

1)Hutang stereo RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang. Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Anda gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.

Demi Kejayaan Anda,
Mohd Nizam Dan Adlan

Wednesday, February 3, 2010

KHASIAT BUAH PERIA

==========================================

Pahit-pahit buah peria tetapi banyak khasiatnya. Memang tidak dinafikan peria merupakan sayur yang paling pahit jika dimakan walau dengan apa cara sekalipun. Namun tidak hairan lah buah ini mempunyai khasiat untuk dijadikan ubat.

Pokok peria mempunyai ketinggian sehingga 5 meter dan mempunyai akar tunjang serta akar sisi berserabut. Daunnya berselang seli, mempunyai bunga berwarna kuning dan dapat menghasilkan bunga jantan dan betina secara berasingan. Buahnya pula mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Apabila sudah masak, ia bertukar menjadi warna kekuningan dan jingga merah. Bijinya pula berwarna putih ketika mentah dan menjadi merah apabila sudah masak.

Kandungan pemakanan, galian dan mineral yang terdapat dalam peria terdiri daripada protin, lemak, serat, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin C dan B kompleks. Peria mempunyai kelebihan dari segi perubatan. Peria juga merupakan buah antidot, anti mikrob, penambah selera dan sebagai ubat julap.

Antara khasiat peria ialah:

1. Merawat Diabetis

Melalui kajian, peria dikatakan mempunyai hipoglisemik atau bahan seperti insulin yang dipercayai dapat merendahkan tahap gula dalam darah dan air kencing. Cara pengambilannya ialah :

a. Ambil 4 ke 5 biji buah peria, dibuat jus. Minum setiap pagi ketika perut masih kosong.

b. Ambil Peria yang telah dijadikan serbuk dan ditambah dalam setiap makanan

c. Amalkan meminum air rebusan buah peria atau air serbuk peria.

2. Merawat Buasir

a. Ambil daun pokok peria yang segar, basuh bersih dan dikisar untuk dijadikan jus. Campurkan 3 sudu teh jus daun peria dengan segelas cecair mentega (1 sudu teh mentega + segelas air suam) dan diminum selama sebulan

b. Ambil akar pokok peria, cuci bersih, dan di asah pada belakang pasu dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Sapukan pes akar peria di tempat buasir. Cara ini pun dikatakan mampu merawat masalah buasir.

3. Merawat masalah berkaitan dengan darah

Seperti kegatalan, psoriasis, kudis, kurap dan penyakit kulit yang lain. Caranya dengan mengambil secawan jus peria, dicampur dengan 1 sudu teh jus limau. Amalkan minum semasa perut masih kosong setiap hari selama 4 hingga 6 bulan.

4. Merawat masalah berkaitan dengan pernafasan

Seperti asma, bronkitis (radang saluran pernafasan), faringitis (radang tenggorok), selsema dan rhinitis (alahan). Caranya dengan mengambil sesudu pes akar pokok peria dan dicampukan dengan sesudu madu. Amalkan meminumnya setiap malam selama sebulan.

5. Merawat penyakit kolera(peringkat awal)dan Diarea (cirit-birit)

Kolera adalah penyakit menular di saluran pencernaan. Ketika diperingkat awal ia masih dapat dipulihkan dan daun pokok peria merupakan ubat efektif untuk masalah kolera dan lain-lain diarea. Caranya dengan mengambil 2 sudu teh jus daun peria dicampur dengan 2 sudu teh jus bawang merah dan sesudu jus limau. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.

6. Merawar Alkoholisme

Jus daun peria mempunyai antidot dan juga dikatakan amat berkesan dalam merawat kemabukan akibat alkohol.

7. Masalah cacing

Jus daun peria juga dikatakan mampu diambil untuk mengeluarkan cacing dalam perut.


Perlu diingatkan, walaupun peria mempunyai banyak kegunaannya namun begitu perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakannya terutama bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan di kemudian hari.

Tuesday, February 2, 2010

MEMBINA KREDIBILITI ANDA Di INTERNET !

==========================================

Perniagaan internet adalah perniagaan berasaskan kepercayaan. Ini adalah kerana pembeli perlu membayar terlebih dahulu sebelum menerima produk yang ditempah.Masa untuk menerima produk juga lama iaitu diantara sehari ke beberapa minggu.

Risiko untuk berlaku penipuan juga sangat tinggi.Bagaimana untuk membuatkan orang mempercayai anda dan memberikan duit mereka kepada anda walaupun tidak bertemu dengan anda? Inilah akan saya terangkan dalam email kali ini.

Bagi membina kredibiliti:

1.Jujur dengan pelanggan anda.
2.Letakkan gambar anda. (gambar betul ye)
3.Letakkan nombor telefon atau email bagi membolehkan pelanggan anda menghubungi anda.
4.Mempunyai perniagaan.(ada daftar perniagaan di SSM).
5.Customer support yang pantas.
6.Tunaikan janji kepada pelanggan anda.

Ini adalah antara faktor yang membantu anda membina kredibiliti perniagaan internet. Jangan abaikan setiap aduan pelanggan anda.

Amalkan konsep "pelanggan sentiasa betul".

Ikhlas,
-sham
www.shamsuriyadi.com

20 KEMUSYKILAN TENTANG PELABURAN EMAS

==========================================

Sebelum ini ramai orang bertanya kepada saya berkenaaan ilmu pelaburan emas melalui yang disebarkan oleh Team Rahsia Emas. Sejujurnya saya memang tidak dapat menjawabnya kerana saya bukan pakar dalam bidang pelaburan emas ini.

Oleh sebab itulah, Team Rahsia Emas telah menjawab segala kemusykilan yang sering ditanyakan oleh pembaca web mereka iaitu: http://norabots.com/ar/x/t.php/1391

Mari kita lihat apakah keraguan yang biasa ditanya oleh orang ramai mengenai pelaburan emas yang disampaikan oleh team Rahsia Emas.

===================
SOALAN DAN JAWAPAN
===================

SOALAN: Saya tidak tahu langsung mengenai pelaburan emas ini, tapi berminat untuk mengetahuinya. Bagaimana tu?

JAWAPAN: Ya, memang ramai orang yang tidak mengetahui tentang pelaburan emas. Atas sebab itulah team Rahsiaemas berusaha mengeluarkan ebook yang memberikan panduan lengkap mengenai pelaburan emas yang sebenarnya. Anda bukan sekadar mendapat ebook, tetapi akan dibimbing sehingga pandai oleh pakar pelaburan emas, iaitu En Syukor Hashim.


SOALAN: Bagaimana saya nak memulakan pelaburan emas?

JAWAPAN: Pelaburan emas menjadi sangat mudah apabila anda mengetahui ilmu mengenainya. Dengan kata lain anda perlu mencari ilmu berkenaan pelaburan emas terlebih dahulu. Cara termudah mendapatkan ilmu ini ialah denganmendapatkan e-book dari team rahsia emas. Ini kerana kami akan terus memberitahu anda teknik-teknik dan petua menjana keuntungan dengan emas. Kami juga akan membimbing anda sehingga faham melalui ruangan GOLD MEMBERSHIP. Ini janji team rahsia emas.


SOALAN: Saya ni bergaji kecil, RM1000 sebulan. Bolehkah saya melabur dalam emas?

JAWAPAN: Ya, sudah tentu boleh. Dengan modal 3 angka pun anda sudah boleh mulakan pelaburan emas. Perkara ini dijelaskan di dalam ebook kami. Dengan menggunakan teknik-teknik di dalam ebook ini, anda pasti boleh menjana keuntungan walaupun bermodalkan 3 angka untuk membeli emas.


SOALAN: Berapa modal minimum untuk memulakan pelaburan emas ini?

JAWAPAN: Modal minimum untuk memulakan pelaburan emas adalah 3 angka. Kurang dari RM500 pun anda boleh mulakan pelaburan emas anda.


SOALAN: Di mana saya boleh mendapatkan emas ini?

JAWAPAN: Terdapat banyak institusi yang menjual emas tidak termasuk kedai emas. Namun di dalam ebook ini kami menceritakan institusi yang menjual emas-emas yang khusus untuk tujuan pelaburan. Anda boleh terus membeli emas pelaburan daripada institusi-institusi ini. Ini bagi memastikan pulangan yang maksima kepada anda.



SOALAN: Boleh percaya ke pelaburan emas ni? Saya takut kena tipu..

JAWAPAN: Ya, sudah tentu anda boleh percaya. Dengan panduan yang diberi di dalam ebook team rahsia emas. Kami memberikan jaminan bahawa semua pelaburan emas yang dibuat adalah sah dari segi undang-undang dan tidak ada langsung penipuan. Kami juga memberikan panduan bagaimana anda boleh mengelak daripada skim-skim pelaburan yang bertopengkan emas.


SOALAN: Boleh kaya ke dengan pelaburan emas ini?

JAWAPAN: Ya, sudah tentu boleh. Kami ada dedahkan teknik menjadi kaya dengan pelaburan emas.


SOALAN: Emas ni sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang ke jangka masa pendek ?

JAWAPAN: Emas nie sesuai untuk jangkamasa sederhana (1-3 tahun) dan jangkamasa panjang (5 tahun keatas). Kalau dalam jangkamasa pendek (kurang setahun), boleh juga dapat untung. Tapi kena ada tekniknya. Anda boleh baca teknik tersebut di dalam ebook ini.


SOALAN: Saya student universiti lagi, bolehkah saya melabur emas?

JAWAPAN: Sudah tentu boleh. Dengan modal ratus ringgit sahaja anda dah boleh memulakan pelaburan emas.


SOALAN: Pelaburan emas ni sah ke dari segi syarak? Saya takut ada unsur shubhah atau riba.

JAWAPAN: Ya, pelaburan emas sah dari segi syarak.


SOALAN: Berapa kena bayar nak join ni?

JAWAPAN: Tidak perlu. Anda Cuma perlu beli book ini dan praktikkan teknik-teknik yang diajar. Jika ada soalan maka kami akan berikan bimbingan kepada anda.


SOALAN: Melabur emas ni kita beli barang kemas dan kita simpan kan? Sampai masa harga tinggi kita jual kan?

JAWAPAN: Itu cuma salah satu teknik membuat keuntungan dengan emas. Banyak lagi teknik-teknik yang kami ajarkan kepada anda untuk menjana kekayaan dengan emas. Kami juga ceritakan bagaimana menjana keuntungan dengan emas secara maksima. Kesemuanya akan diketahui apabila anda mendapatkan ebook ini.


SOALAN: Yang saya tahu beli emas masa murah dan jual masa harga tinggi, itu je cara untung dengan emas..Ke ada cara lain?

JAWAPAN: hehehe... banyak lagi teknik menjana keuntungan dengan emas yang boleh diperolehi di dalam ebook ini. Ini cuma satu daripada teknik menjana keuntungan dengan emas.


SOALAN: Team Rahsia Emas ni syarikat macam Etika Emas ye?

JAWAPAN: Oh tidak sama sekali. Kami tidak membuat skim pelaburan emas. Kami membimbing anda membuat pelaburan emas dengan cara yang betul.


SOALAN: Pelaburan emas ni kita beli emas dan simpan sendiri kan? Saya takut la nanti hilang ke atau dicuri.

JAWAPAN: Jangan risau, kami akan tunjukkan bagaimana cara untuk membuat pelaburan emas yang menguntungkan tanpa perlu risau untuk menyimpan dan kehilangan emas. Semuanya didedahkan di dalam ebook ini.


SOALAN: Pelaburan emas dengan pelaburan lain mana lagi bagus?

JAWAPAN: Setiap pelaburan ada kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Pihak kami tak boleh buat perbandingan antara setiap pelaburan kerana kelas yang berbeza. Apa yang kami buat ialah menceritakan kelebihan pelaburan emas. Selepas itu anda boleh membuat perbandingan sendiri.


SOALAN: Bagaimana nak tahu turun naik harga emas?

JAWAPAN: Kami ceritakan perkara ini di dalam ebook tersebut. Jadi dapatkan ebook ini untuk mengetahui jawapannya. http://norabots.com/ar/x/t.php/1391


SOALAN: Saya berminat nak jadi agen Public Gold, macamna ye?

JAWAPAN: Anda boleh menghubungi En. Syukor di talian 013-3819901 atau emelkan kepada admin@jutawanemas.com untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan menjadi agen Public Gold.


SOALAN: Saya nak jumpa En Syukor la untuk mengetahui lebih lanjut mengenai emas. Boleh?

JAWAPAN: Ya, sudah tentu boleh. Tapi pastikan anda tahu serba sedikit tentang pelaburan emas sebelum berjumpa sifu Syukor :)


##########################################

Dengan persoalan yang dijawab oleh team Rahsiaemas ini, saya harap anda dapat sedikit sebanyak pemahaman mengenai ilmu pelaburan emas ini. Ilmu yang datang hanya sekali, di lain masa mungkin kita terpaksa bersusah-payah mencarinya sendiri.

Oleh itu, belajarlah ilmu pelaburan emas ini sekarang! Hanya ilmu yang menjamin kesenangan hidup di masa hadapan.

Dapatkan Ilmu Pelaburan Emas Pertama Di Malaysia di link di bawah.

http://norabots.com/ar/x/t.php/1391

Sekian, terima kasih

Khai M.

p/s: Ada masalah? Pertanyaan kepada Team Rahsia Emas? Sila SMS ke no berikut:
: 014-2976846 - Jamal (urusan pembelian)
: 019-9308302 - Hafiz (urusan pertanyaan emas)
: 013-2126999 (urusan pertanyaan emas)

6 TIPS PEMASARAN DENGAN FACEBOOK

==========================================

Minggu ni saya akan berkongsi lagi tips-tips berkaitan pemasaran dan perniagaan internet yang lain.

Anda tentu tahu Facebook kan? Dah buka akaun Facebook ke belum?

Kalau belum, anda hentikan apa pun yang anda buat sekarang dan terus buka satu akaun Facebook di http://facebook.com tapi buka la lepas habis baca email saya ni ok :-)

Kita sebagai seorang ahli pemasaran internet tidak harus mengabaikan Facebook sebagai salah-satu daripada tools dalam memasarkan perniagaan kita (ingat ye..saya sebut memasarkan bukan menjual)

Berikut saya kongsikan 6 tips dalam menggunakan Facebook dengan lebih efektif :

1. Peruntukkan masa untuk beberapa minit dalam sehari untuk explore akaun Facebook anda sendiri. Anda boleh belajar dan try-try pelbagai aplikasi yang disediakan. Ketahui beberapa function asas dan advance.

2. Cari rakan-rakan Facebook yang mempunyai minat yang sama dengan anda. Anda boleh search samada mengikut location, school, workplace atau ciri-ciri lain mengikut kesukaan anda sendiri.

3. Add rakan-rakan yang baru dan jangan lupe approve cepat-cepat jika ada friend request.

4. Cari dan sertai Groups berkaitan bidang dan minat anda.

5. 'Aktif-aktif kan diri mu' di Groups-groups yang anda sertai. Post kan mesej atau artikel-artikel tulisan anda sendiri sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ini boleh meningkatkan tahap visibility anda dalam group tu.

6. Post mesej di Wall anda atau reply dan komen di Wall rakan-rakan anda.


Itu saja yang dapat saya kongsi kan bersama anda pada kali. Dalam menjalankan aktiviti pemasaran melalui laman social networking macam Facebook, pokok-pangkalnya, anda perlu perbanyakkan perkongsian ilmu-ilmu bermanfaat dan lebih kepada nak berkawan daripada nak menjual secara terus semata-mata.

Minggu depan, saya akan berkongsi pula tips-tips berkaitan meningkatkan tahap produktiviti dalam menjalankan tugasan seharian kita. Kira tips tu more on motivation la pula.

Semoga sukses buat anda.

Sahabat Digital Anda,
Khairul Hazwan
http://perniagaandigital.com

PETUA KESIHATAN

==========================================

Nafas Berbau

Kalau nafas anda berbau, ambil secubit garam, kulit kayu manis & tiga kuntum bunga cengkih, tumbuk bahan2 ni halus2. Lepas tu gosok gigi anda dengan bahan2 yang ditumbuk tadi. Amalkan seminggu sekali, insyallah nafas anda segar mewangi & gigi putih berseri!

Mengurangkan Batuk Selsema

Cara mengurangkan batuk selsema - sapukan sedikit kapur sireh yang dicampurkan dengan minyak kelapa di leher & hidung semasa selsema. Insyallah dapat melegakan batuk selsema terutamanya untuk anak2 kecil.

Melawaskan kencing

Minumlah segelas air basuhan beras (yang benar-benar bersih saja tau!) selepas makan tengahari. Ulangi sehingga sembuh.

Cirit-birit

Tak payah ke klinik, minumlah secawan air basuhan beras & ulangkan pengambilan
sehingga anda lega.

Penawar Sakit Kuning

Bayi yang baru lahir kerap mengalami masalah sakit kuning. Ubatinya dengan cara memandikan bayi dengan air rebusan kulit batang pokok pulasan. Ambil kulit batang pokok pulasan dan rebus hingga mendidih. Biarkan suam baru mandikan bayi. Lakukan 3 hari berturut-turut. InsyaAllah sembuh.

Merawat Bisul

Tumbuk beberapa helai daun pokok semalu hingga hancur. Sapukan di sekeliling bisul sahaja. Jangan sampai tertutup mata bisul. InsyaAllah bisul akan cepat kering dan tidak meninggalkan parut.

PETUA DAPUR

==========================================

Menghilangkan Getah Nangka

Menghilangkan getah nangka - setiap kali anda memotong nangka muda @ pisang muda, tapak tangan & celah2 kuku anda akan terlekat kesan2 kehitaman. Nak hilangkannya senang je...basahkan asam keping & gosoklah pada bahagian kehitaman itu. Lepas tu bilas dengan air bersih. Insyallah, tangan anda bersih & lembut. Boleh juga gunakan asam gelugor - ramas2kan tangan anda & bilas dengan air bersih. Hasilnya.. menakjubkan!

Mengelak nasi yang dimasak menjadi lembik

Masukkan 2 biji telur ayam & biarkan seketika, insyaallah nasi akan mejadi kering dng sempurna.

Nasi Lemak cepat masak

Masukkan sebatang garpu,(sudu pun bolehlah) ke dalam periuk nasi & biarkan sehingga nasi masak.

Mengupas telur rebus dengan mudah

Masukkan sesudu kecil cuka masakan ke dalam periuk rebusan telur, insyaallah senang je nak kupas kulitnya.

Tangan pijar terkena cili

Jangan risau, masukkan tangan anda ke dlm beras selama 5 minit, insyaalah pijar cili akan hilang.