Link unit

Monday, January 3, 2011

Mengekalkan Tenaga Sepanjang Hari

Pilihlah Makanan yang betul untuk merangsang tenaga anda. Apabila bangun dari tidur, pernah x badan anda menjadi lesu sekali. Selepas minum beberapa cawan kopi dan mungkin menghisap beberapa batang rokok baru lah badan anda akan berfungsi dan bertenaga semula. Semasa bekerja pula anda makan coklat atau gula2 untuk memberi tenaga kepada tubuh anda. Mungkin anda xde mood pada hari tu kalau anda xbuat 3 perkara di atas. Betul x?

Kalau begitu anda perlu memilih beberapa jenis makanan berkhasiat untuk merangsang tenaga anda tanpa bergantung kepada 3 perkara di atas kerana semua tu boleh membahayakan kesihatan anda jika diambil secara berlebihan.

Berikut adalah beberapa tip untuk anda kekal bertenaga sepanjang hari.

1. Jangan tinggalkan sarapan, makan tengahari, makan malam dan snek kerana ianya membantu anda lebih bertenaga.

2. Ambil lah snek sekerap yang boleh iaitu pada awal pagi, awal tengahari dan awal petang. Ambil lah snek apabila anda berasa lapar atau anda seorang yang aktif. Jangan biarkan perut lapar dan makan lah setiap 3 atau 4 jam sepanjang hari untuk membantu mengekalkan tenaga yang kuat.

3. Apabila makan, pastikan kombinasi antara kabohidrat, protin dan lemak diambil pada kadar yang betul.

4. Ambil lah snek yang sihat untuk memastikan paras gula dalam darah sentiasa stabil. Jadi anda tidak akan menghadapi masalah tenaga turun dan naik.

5. Lebihkan meminum air masak untuk mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi kerana kekurangan cairan dalam tubuh. Selain itu anda boleh ambil sup, jus dan susu. Elakkan minuman soda dan manis kerana ianya boleh melemahkan tenaga anda.

6. Elakkan makanan yang bergoreng, berlemak dan makanan yang diproses. Lebihkan makan buah dan sayur2an yang segar.